Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 3.5 juta lelaki di Malaysia mati pucuk, ramai tak tahu boleh dirawat

    3.5 juta lelaki di Malaysia mati pucuk, ramai tak tahu boleh dirawat

    By Zubaidah IbrahimDecember 28, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MATI pucuk boleh berpunca daripada stres, tekanan, kebimbangan dan gangguan stres pascatrauma (PTSD).

    MELIHAT kepada dilema yang terpaksa dihadapi oleh lelaki dan kesukaran untuk mendapatkan akses bagi merawat masalah kesihatan seksual kaum Adam telah mendorong Dr. Samhan untuk membuka Him Clinic (Forhimclinic.com) pada awal tahun ini.

    Him Clinic beroperasi secara dalam talian dengan dibantu 17 orang kakitangan.

    “Berdasarkan pengalaman merawat pesakit lelaki, mereka lebih suka mendapatkan rawatan secara dalam talian berbanding pergi ke klinik fizikal.

    “Menyedari tabiat mereka itu, saya menyediakan platform khas untuk membantu masalah lelaki dengan rawatan berkesan, selamat dan doktor bertauliah.

    “Selepas membuat pendaftaran, doktor akan menghubungi pesakit dan mereka perlu menjawab beberapa soalan untuk mengetahui tahap masalah,” tutur bapa kepada tiga orang cahaya mata itu.

    Doktor akan membuat konsultasi dengan pesakit mengenai permasalahan yang dihadapi untuk memberikan rawatan dan ubat yang bersesuaian.

    Sejak beroperasi awal tahun ini, Him Clinic telah berjaya membantu seramai 60,000 pesakit lelaki.

    BIDANG KESIHATAN LELAKI

    Dr. Samhan memberitahu, bidang kesihatan lelaki sangat luas seperti penyakit kelamin, masalah seksual, psikologi, kanser prostat dan benign prostatic hyperplasia.

    Setakat ini Him Clinic hanya merawat dua jenis masalah iaitu mati pucuk dan ejakulasi pramatang memandangkan rawatan untuk masalah ini sesuai dilakukan secara dalam talian.

    ARTIKEL BERKAITAN: Padam tabu kesihatan seksual lelaki, Dr. Samhan kongsi kesedaran di laman sosial

    Tetapi untuk masalah lelaki yang lain memerlukan pesakit berjumpa doktor secara fizikal untuk rawatan selanjutnya. Jelas beliau, ramai yang tidak tahu mati pucuk sebenar boleh dirawat sehingga ada yang tidak bersama dengan isteri selama beberapa tahun.

    “Oleh itu, saya menggesa mereka yang mengalami masalah ini untuk mendapatkan rawatan segera.

    “Mati pucuk boleh berpunca daripada stres, tekanan, kebimbangan dan gangguan stres pascatrauma (PTSD).

    “Penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol dan jantung juga boleh menyebabkan mati pucuk tetapi ia masih boleh rawat.

    “Di samping itu, kecederaan saraf belakang, kemalangan, pembedahan di bahagian zakar dan masalah onani berisiko mati pucuk,” ujar anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

    Kongsi beliau lagi, ada pesakitnya yang berusia 20 tahun telah mengalami masalah mati pucuk kerana ketagihan onani dan pornografi.

    Sementara itu, mengulas mengenai punca kemandulan dalam kalangan lelaki pula, Dr. Samhan memberitahu, ia boleh terjadi disebabkan beberapa faktor seperti pengambilan gula terlalu tinggi, makanan segera, kurang bersenam, merokok dan obesiti.

    SUNTIKAN TESTOSTERON

    “Selain itu, pengambilan suntikan testosteron juga boleh menjadi punca kemandulan

    “Mereka yang membina badan cenderung untuk mengambil suntikan tersebut supaya otot dapat dibina dengan cepat.

    “Suntikan itu akan mengecutkan testis kerana testis tidak lagi menghasilkan  testosteron (‘kilang’ hasilkan testosteron sudah tutup) maka sperma yang dihasilkan tidak lagi berkualiti,” katanya yang berpengalaman lapan tahun bertugas di bahagian kecemasan.

    Besar harapan Dr. Samhan untuk membantu lelaki lebih sihat dan cakna dengan penjagaan kesihatan.

    Ini memandangkan jangka hayat lelaki lebih pendek berbanding wanita kerana mereka kurang menjaga kesihatan.

    Beliau juga merancang untuk membuka klinik kesihatan lelaki secara fizikal pada masa akan datang untuk memastikan rawatan kesihatan lelaki dapat dilakukan dengan lebih komprehensif.

    Di samping membuat perkongsian di laman sosial, Dr. Samhan juga telah menulis buku berkaitan kesihatan lelaki bertajuk Sampai Menang dan Bangkit Keras. Beliau juga aktif menulis buku kesihatan am.

    Dalam pada itu, Dr. Samhan turut mengingatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan iklan penjualan produk yang banyak menggunakan gambar dan videonya untuk menipu orang ramai. Pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan atas populariti yang diraih oleh beliau untuk menipu pengguna. – RELEVAN

    Previous ArticleKawan belum bayar hutang? Ikuti tip ini untuk minta dengan cara baik
    Next Article Senarai cuti umum 2024

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.