Facebook Twitter
    Trending
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    • Guru bukan pembantu peribadi anak
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025

      Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

      May 19, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Covid-19 masih ada, jaga diri dan keluarga agar tidak dijangkiti

    Covid-19 masih ada, jaga diri dan keluarga agar tidak dijangkiti

    By Umi FatehahDecember 5, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Covid-19 masih ada, jaga diri dan keluarga agar tidak dijangkiti - GAMBAR HIASAN MEDAKIT LTD/UNSPLASH

    BARU-baru ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan kenyataan berikutan situasi terkini Covid-19 di Malaysia. 

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, meskipun terdapat peningkatan kes Covid-19 dilaporkan dalam negara, keadaan masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada. 

    “KKM akan terus memantau situasi dan varian Covid-19 dari semasa ke semasa. 

    “Petugas kesihatan sama ada di fasiliti kesihatan awam dan swasta telah diminta untuk sentiasa berwaspada dengan peningkatan kes Covid-19 dan mempunyai high index of suspicion ke atas pesakit yang mempunyai gejala saluran pernafasan akut, terutama terhadap golongan yang berisiko tinggi,” jelas beliau.

    Setakat 3 Disember 2023, jumlah kes baharu Covid-19 dilaporkan sebanyak 1,124 kes dan dua daripadanya merupakan kes import. 

    Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,108,379 kes.

    Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 610 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 5,094,830 kes.

    Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 15,327 kes dengan 15,001 kes atau 97.9 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

    Sebanyak 318 kes atau 2.1 peratus pesakit dirawat di hospital, tiga kes atau 0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan lima kes atau 0 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.

    Justeru itu, KKM menasihati orang ramai supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut: 

    • Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau cecair pembasmi kuman (sanitizer).
    • Bagi mereka yang mempunyai gejala dinasihatkan untuk berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, adalah dinasihatkan untuk memakai pelitup muka dengan cara yang betul bagi mengelakkan penularan jangkitan.
    • Kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung juga digalakkan untuk memakai pelitup muka.
    • Mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform and Seek) sekiranya bergejala.
    • Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk terutama kepada kumpulan berisiko tinggi.
    • Mendapatkan rawatan antiviral Paxlovid di klinik kesihatan terdekat bagi individu positif Covid-19 dan berisiko tinggi bagi mengurangkan risiko mendapat komplikasi jangkitan yang serius.
    • Mendapatkan dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan, morbiditi dan kematian terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi. – RELEVAN
    covid-19 featured kesihatan KKM
    Artikel Terkini

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025

    Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

    May 20, 2025

    Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

    May 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.