Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 kemahiran keibubapaan untuk besarkan anak dengan baik

    5 kemahiran keibubapaan untuk besarkan anak dengan baik

    By Umi FatehahDecember 5, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 kemahiran keibubapaan untuk besarkan anak dengan baik. - GAMBAR HIASAN YURI SHIROTA/UNSPLASH

    PERJALANAN menjadi ibu bapa dan membesarkan anak bukanlah satu perkara yang mudah. 

    Ia tidak semudah memberi makan, membeli pakaian yang cantik dan hantar ke sekolah. Konteks ‘keibubapaan’ dan ‘membesarkan anak’ jauh lebih besar dan kompleks.

    Untuk membesarkan anak menjadi manusia yang baik, yakin dan kuat untuk menghadapi cabaran dunia memerlukan pelbagai bentuk usaha daripada kedua-dua ibu dan bapa.

    Berikut ialah beberapa kualiti yang boleh diberi perhatian untuk membantu anak-anak menjadi orang yang bijak dari segi emosi, berpersonaliti unggul dan berkebolehan.

    1. Komunikasi

    Menjadi ibu bapa dan membesarkan anak melibatkan elemen komunikasi yang berterusan. Komunikasi yang dimaksudkan termasuklah – “jangan sentuh barang itu!” atau “jangan lari!” 

    Tidak kiralah berapa umur anak anda sekalipun, membangunkan kemahiran komunikasi yang baik dari peringkat umur awal akan memudahkan proses membesarkan anak dan membina karakter anak yang baik.

    Gunakan bahasa yang sesuai dengan umur. Ada kalanya, anak-anak mungkin tidak akan bertindak balas terhadap tingkah laku dengan bahasa yang tenang dan jelas tetapi hubungan yang positif bermula dengan komunikasi.

    1. Mendengar secara aktif

    Ramai kanak-kanak suka bercakap. Mereka ingin memberitahu tentang mainan, bertanya soalan dan kongsikan bermacam-macam lagi perkara yang mereka fikirkan. 

    Sebagai ibu bapa, peringkat awal tumbesaran anak adalah masa yang sesuai untuk berlatih mendengar dengan aktif dan menunjukkan kepada anak-anak bahawa anda mengambil berat tentang apa yang mereka katakan. 

    Sekiranya kemahiran ini dipraktikkan, ia akan mengajar anak-anak bahawa mereka boleh datang bercerita atau mengadu kepada anda dalam apa jua perkara, terutamanya apabila mereka semakin dewasa dan menghadapi masalah yang lebih besar. 

    Ibu bapa sepatutnya menjadi penyokong nombor satu anak-anak. Kemahiran ini semestinya dapat mengeratkan lagi hubungan dan mewujudkan kepercayaan antara anak dengan ibu bapa.

    1. Empati

    Menurut sebuah kajian daripada University of Rochester Medical Center, bahagian otak kanak-kanak yang bertanggungjawab untuk fungsi kawalan emosi masih belum sempurna terbentuk sehinggalah mereka mencapai umur lewat 20-an. Dalam fasa perkembangan itu, akan ada beberapa ketika yang mereka tidak mampu untuk faham atau mengikut arahan.

    Sebagai orang dewasa, penting untuk kita memberi layanan kepada kanak-kanak dengan empati dan belas kasihan agar minda mereka boleh berkembang tanpa tekanan atau kekeliruan. Ia juga akan membantu mereka untuk lebih memahami apa itu empati dan nilainya dalam kehidupan.

    1. Pendidikan

    Sebagai ibu bapa, anda mungkin guru pertama buat anak. Anda mengajar mereka makan, berjalan dan bercakap sebelum mereka memulakan pendidikan formal. 

    Walaupun anak-anak sudah mula bersekolah, anda masih mengajar mereka dengan membantu membuat kerja rumah dan menggalakkan tingkah laku positif.

    Mempelajari pendidikan dan kemahiran bimbingan yang berbeza boleh membantu anda mencari kaedah terbaik untuk mengajar anak-anak dan membantu mereka cemerlang dalam akademik. 

    1. Beri pujian

    Kajian menunjukkan bahawa pujian daripada ibu bapa membantu membina daya tahan dan harga diri anak-anak. Malah, pujian yang tidak agresif seperti mengangkat ibu jari sebenarnya lebih bagus berbanding pujian yang berlebihan.

    Sebagai ibu bapa, anda harus berusaha menjadi penyokong anak-anak dengan memberi pujian dan membantu mereka mewujudkan perasaan sayangkan diri sendiri. 

    Perlu diingatkan juga bahawa penting untuk berbuat demikian dengan teliti dan strategik supaya mereka mempunyai ruang untuk berkembang dan tidak berasa tertekan untuk terus cemerlang. – RELEVAN

    Previous ArticleCovid-19 masih ada, jaga diri dan keluarga agar tidak dijangkiti
    Next Article 6 langkah cipta bahagia bersama pasangan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.