Facebook Twitter
    Trending
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    • SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Segala yang anda perlu tahu tentang e-Madani

    Segala yang anda perlu tahu tentang e-Madani

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 4, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TUNTUTAN e-Madani boleh dibuat bermula 4 Disember.

    BERMULA 4 Disember, kira-kira 10 juta rakyat Malaysia boleh mula menuntut kredit e-Madani berjumlah RM100 melalui penyedia perkhidmatan e-dompet masing-masing.

    Program e-Madani merupakan inisiatif kerajaan sebagai kesinambungan kepada kejayaan program e-dompet kerajaan sebelum ini.

    Menurut Kementerian Kewangan, program tersebut mempunyai objektif tiga serampang, iaitu untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai dan memanfaatkan rakyat.

    Tempoh tuntutan

    Pendaftaran dan tuntutan e-Madani boleh dibuat sekali untuk setiap pemohon yang layak.

    Tempohnya bermula pada pukul 8 pagi, 4 Disember 2023 sehingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.

    Kredit yang telah diterima pula hanya boleh dibelanjakan sehingga 11.59 malam, 29 Februari 2024. Selepas tarikh tersebut, baki kredit e-Madani yang tidak digunakan akan luput secara automatik.

    Jadi, jangan simpan kredit anda terlalu lama. Rancang perbelanjaan dengan teliti dan manfaatkanlah kredit yang telah diberikan kerajaan.

    Kriteria kelayakan

    Terdapat tiga kriteria kelayakan utama untuk memohon e-Madani, iaitu:

    • Warganegara Malaysia
    • Mencapai umur 21 tahun ke atas pada 2023
    • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 atau mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 15 Julai 2023.

    Selain itu, anda juga perlu memenuhi langkah pengesahan identiti secara elektronik melalui sistem Know-Your-Customer (eKYC) penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan.

    Penting juga untuk diketahui, penerima eBeliaRahmah tidak layak untuk menerima manfaat e-Madani.

    Cara memohon

    Anda boleh menuntut kredit e-Madani melalui empat penyedia perkhidmatan e-dompet, iaitu:

    • MAE (Maybank)
    • Setel
    • ShopeePay
    • Touch ‘n Go eWallet

    Proses pengesahan pula akan berlangsung melalui langkah ini:

    • Muat turun aplikasi e-dompet (mana-mana daripada empat yang terlibat)
    • Ikut arahan yang disediakan dalam aplikasi untuk menuntut kredit e-Madani
    • Penyedia perkhidmatan e-dompet akan melakukan pengesahan identiti secara elektronik (eKYC)
    • Masukkan maklumat yang diperlukan di halaman e-Madani dan tekan “hantar”
    • Anda akan menerima pemberitahuan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan sekiranya tuntutan berjaya

    Proses pengkreditan RM100 secara sekali beri ke dalam e-dompet pilihan anda akan mengambil masa 24 jam sehingga 5 hari daripada tarikh permohonan jika anda memenuhi kelayakan e-Madani dan telah melalui proses pengesahan eKYC.

    Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit e-Madani sekali daripada satu penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.

    Transaksi larangan

    Kredit e-Madani berjumlah RM100 boleh digunakan untuk semua transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit atau perniagaan melalui e-dompet pilihan, kecuali perkara-perkara berikut:

    • Pemindahan peer-to-peer
    • Penebusan tunai
    • Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
    • Bayaran fi berkaitan kerajaan yang terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
    • Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
    • Pembelian permainan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
    • Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian

    Jika terdapat laporan bagi kes pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai, kerajaan boleh mengambil langkah menyekat akaun dan melucut hak kredit mereka.

    Penerima juga mungkin akan terjumpa tawaran penebusan tunai bagi kredit e-Madani dalam media sosial.

    Kementerian Kewangan menasihatkan supaya pengguna sentiasa berwaspada dengan taktik penipuan yang menawarkan khidmat tersebut kerana ia berisiko menghilangkan hak kredit pengguna. – RELEVAN

    Previous Article5 gejala kekurangan vitamin B12, boleh kacau mood
    Next Article Covid-19 masih ada, jaga diri dan keluarga agar tidak dijangkiti

    Artikel berkaitan

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026

    Jangan simpan ini dalam kereta!

    February 9, 2026

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026
    Artikel Terkini

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026

    Jangan simpan ini dalam kereta!

    February 9, 2026

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.