Facebook Twitter
    Trending
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    • Tips makan luar secara sihat
    • Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025

      5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

      November 12, 2025

      Bangun pagi rasa lemau? ini mungkin puncanya

      November 12, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

    Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

    By Umi FatehahNovember 30, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ANCAMAN tersembunyi internet, telefon pintar. - GAMBAR HIASAN MIKA BAUMEISTER/UNSPLASH

    SABAN tahun, teknologi dunia semakin canggih. Reka bentuk dan teknologi telefon pintar juga berubah dengan pesat.

    Dari segi keselamatan, hanya beberapa tahun lalu teknologi tercanggih adalah menggunakan cap jari. Kini imbasan wajah dan mata sudah mendominasi.

    Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil, imbasan tersebut boleh disimpan secara digital sebagai data.

    Presiden MCCA, Siraj Jalil

    “Kerana itulah kalau tidak ada suara semak dan imbang melalui gerakan aktivis, khususnya dalam kepenggunaan, banyak evokasi yang tidak dapat kita bongkar ataupun dedahkan kepada masyarakat. 

    “Ada banyak hal yang perlukan penjelasan sebab kita pengguna yang bukan pakar dalam dunia teknologi. Kita hanya kagum dengan apa yang dihidangkan oleh teknologi. 

    “Penting untuk kita tahu dan sedar apa buruknya agar kemudahan yang dinikmati tidak akan memakan diri,” tegasnya.

    Menurut Siraj, dalam pada kita seronok menggunakan teknologi, peranti, perisian dan aplikasi, perlu ada suara yang memaklumkan kepada masyarakat untuk berhati-hati.

    Data sebagai raja

    Kata beliau, telefon pintar adalah yang paling mudah untuk dieksploitasi penjenayah siber, lebih-lebih lagi kerana ia sangat dekat dengan pengguna dan digunakan untuk hampir semua urusan.

    Baru-baru ini, kongsi beliau, pihak polis berjaya menumpaskan sindiket jenayah siber antarabangsa membabitkan penjualan pencontoh (template) penipuan dan pancingan data kewangan melalui laman web.

    “Apabila ada permintaan, maka akan ada penawaran. Permintaan itu bukan seorang dua tetapi mungkin dalam jumlah yang kita sendiri tidak dapat jangka. 

    “Sepantas mana evolusi teknologi ini berkembang, sepantas itu jugalah penjenayah siber ini bergerak dalam membangunkan teknologi mereka sendiri untuk mengeksploitasi data dan maklumat,” katanya.

    Justeru, tegas Siraj, pengguna perlu ada kesedaran yang tinggi ketika menggunakan teknologi.  

    “Bayangkan sekiranya ada platform kecerdasan buatan (AI) seakan Chatgpt tetapi dalam versi pembuatan kod virus atau kod godam. 

    “Maknanya, taip sahaja virus apa yang mereka nak dan terus keluar command. Dalam pada AI memudahkan urusan dari segi benda baik, ada juga AI yang tolong dan memudahkan penjenayah siber untuk buat jahat. 

    “Mereka boleh mendapatkan data termasuk kad kredit dan kad debit yang kita sudah masukkan dalam telefon pintar ketika menggunakan e-dompet. 

    “Tidak semua orang menggunakan perisian antivirus dalam telefon pintar masing-masing. Rata-rata memasang antivirus pada komputer sahaja,” jelasnya.

    Ancaman tersembunyi

    Menurut beliau lagi, situasi tersebut menggambarkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu keselamatan dan privasi. 

    Mungkin ramai yang mengganggap keselamatan digital hanya terancam apabila penjenayah berada dalam dalam jarak fizikal yang dekat sedangkan kemajuan teknologi membolehkan ancaman datang dari mana-mana sahaja lokasi di dunia.

    Mungkin teknologi tersebut dicipta dengan tujuan risikan atau intipan oleh pihak berkuasa tetapi ia disalah guna untuk jenayah.

    “Dalam dark web (web gelap) juga ada ramai penjenayah menawarkan perkhidmatan menggodam, curi data, pemalsuan identiti, mengedar dadah dan sebagainya. 

    “Apa sahaja jenis perkhidmatan jenayah siber yang anda boleh fikirkan dan yang tidak terfikir, semuanya tersedia di web gelap. Secara keseluruhannya, mudah sahajalah kalau ada orang berniat jahat mahu mencuri data atau godam telefon kita. 

    “Mereka akan menghantar pautan-pautan yang sekali baca, kita rasa meyakinkan. Contohnya seperti apa yang berlaku di Telegram. Klik pautan ini untuk mendapatkan bantuan tunai dan sebagainya. 

    “Itu cara yang paling mudah untuk mereka curi data kita. Jadi, jangan sewenang-wenangnya klik apa-apa pautan. Teliti dan siasat terlebih dahulu. 

    “Dengan satu klik sahaja, kerugian atau akibat yang anda perlu hadapi nanti sangat-sangat besar,” jelasnya.

    Pemerkasaan pendidikan siber

    Disebabkan itu, Siraj dan MCCA mencadangkan kepada kerajaan untuk segerakan pembentukan akta berkaitan jenayah siber dan wujudkan silibus pendidikan siber yang lebih mendalam di sekolah. 

    Beliau menegaskan, dua perkara tersebut akan membantu masyarakat memahami lebih banyak perkara tentang internet dan dunia siber. Kedua-duanya juga boleh melindungi masyarakat daripada menjadi mangsa jenayah siber.

    “Hari ni kita hanya ada Akta Komunikasi dan Multimedia yang khusus untuk komunikasi tetapi dalam aspek keselamatan diri pengguna siber belum ada. 

    “Namun, saya difahamkan akta berkaitan siber ini akan dibentang pada bulan Mac tahun hadapan di bawah agensi keselamatan siber negara,” tambahnya. – RELEVAN

    ancaman featured internet kewangan scam scammer siber telefon pintar

    Artikel berkaitan

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025

    Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

    November 13, 2025
    Artikel Terkini

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.