Facebook Twitter
    Trending
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    • Apa erti bekerja dalam kehidupan?
    • Memahami hak sebagai pekerja
    • Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas
    • 15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan
    • Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025

      5 tip belanja raya dengan bijak: Bahagia beraya, poket tak merana

      March 13, 2025
    • Pendidikan

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025

      Pencapaian SPM 2024 terbaik dalam tempoh 11 tahun

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025

      Apa erti bekerja dalam kehidupan?

      May 1, 2025

      Memahami hak sebagai pekerja

      May 1, 2025

      Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas

      April 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu mata malas dan simptom-simptomnya

    Apa itu mata malas dan simptom-simptomnya

    By October 12, 2023Updated:October 13, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    UNIVERSITI Putra Malaysia telah melakukan program saringan mata kepada 62 orang kanak-kanak berumur lima dan enam tahun di Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak.

    SARINGAN penglihatan mata seawal usia lima tahun perlu dilakukan bagi mengenal pasti masalah mata malas (amblyopia) dalam kalangan kanak-kanak seawal mungkin.

    Menurut pakar Oftalmologi, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya. Dr. Muhammad Mohd. Isa, program saringan ini dilakukan kepada kanak-kanak seawal usia lima tahun bertujuan untuk mengesan lebih awal sebarang masalah mata malas.

    “Pengesanan awal ini adalah bagi mengenal pasti sebarang masalah penglihatan supaya keadaan seperti mata malas (amblyopia) dapat diberi rawatan segera sebelum terlambat. 

     “Oleh yang demikian Jabatan Oftalmologi, HSAAS, UPM telah melakukan program saringan mata kepada 62 orang kanak-kanak berumur lima dan enam tahun di Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak(FACE),UPM,” katanya pada Sambutan Hari Penglihatan Sedunia atau World Sight Day.

    MATA malas adalah salah satu gangguan mata yang paling biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak. – GAMBAR HIASAN

    Beliau berkata, saringan ini dilakukan agar tiada keciciran kanak-kanak pra sekolah yang mempunyai masalah penglihatan sebelum memasuki fasa persekolahan.

    “Pengesanan awal ini bagi mengenal pasti sebarang masalah penglihatan dan dapat diberi rawatan sebelum terlambat. 

    “Kami juga melakukan penerangan mengenai tanda-tanda awal serta masalah penglihatan yang kebiasaannya berlaku dalam kalangan kanak-kanak kepada guru-guru dan penjaga di FACE, UPM serta memberi pendedahan bagaimana saringan penglihatan dijalankan kepada kanak-kanak,” katanya.

    Tambah beliau, keputusan saringan yang dibuat di FACE, UPM mendapati seramai 30 orang kanak-kanak mempunyai tahap penglihatan dibawah paras normal.

    “Kami akan memberikan pemeriksaan lebih lanjut kepada kanak-kanak tersebut untuk mengetahui status penglihatan mereka dan sebarang masalah seperti ralat refraksi mata dapat diubati bagi mencegah mata malas,” katanya.

    Sementara itu, menurut Johns Hopkins medicine, mata malas adalah salah satu gangguan mata yang paling biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak. 

    “Mata malas berlaku apabila penglihatan pada satu atau mungkin kedua-dua mata terjejas kerana mata dan otak tidak berfungsi dengan betul. 

    “Keadaan ini kadangkala dikelirukan dengan strabismus juga dikenali sebagai salah jajaran mata,” katanya.

    Antara simptom mata malas adalah seperti berikut: 

    • Salah jajaran mata atau strabismus
    • Persepsi kedalaman yang lemah dan penglihatan periferi
    • Penutupan mata berulang kali atau juling
    • Mata yang tidak bergerak ke arah yang sama apabila kanak-kanak cuba fokus
    • Pusing kepala atau senget kepala yang berterusan

    – RELEVAN

    featured kanak-kanak kesihatan malas mata
    Artikel Terkini

    Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

    May 7, 2025

    Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

    May 6, 2025

    Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

    May 2, 2025

    Apa erti bekerja dalam kehidupan?

    May 1, 2025

    Memahami hak sebagai pekerja

    May 1, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.