Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta Semesta: Ilmu geografi yang mungkin anda belum pernah tahu

    Fakta Semesta: Ilmu geografi yang mungkin anda belum pernah tahu

    By Umi FatehahOctober 9, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Fakta Semesta: Ilmu geografi yang mungkin anda belum pernah tahu - ATLAS OBSCURA

    BUMI kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan dan rahsia yang belum diketahui oleh manusia. Jika anda fikir sudah mempunyai pengetahuan yang kukuh tentang bumi dan geografinya, barangkali apa yang anda tahu setakat ini tentang bumi hanyalah sebahagian kecil sahaja. 

    Terdapat banyak fakta menarik tentang bumi yang mungkin tidak diajar dalam kelas geografi. Untuk itu, Relevan senaraikan 7 fakta geografi yang mungkin anda belum pernah tahu sebelum ini.

    1. Gunung Everest bukan gunung tertinggi di dunia
    Gunung Everest. – GAMBAR OLEH EUGENE GA/UNSPALSH

    Gunung Everest boleh dikatakan gunung yang paling terkenal di dunia. Ramai orang sanggup mempertaruhkan nyawa hanya untuk sampai ke puncak gunung itu, bagi merebut peluang untuk berada pada kedudukan yang lebih dekat dengan bulan.

    Namun, ia adalah tanggapan umum yang kurang tepat kerana Gunung Everest bukan gunung tertinggi di dunia. Ia mungkin dianggap sebagai gunung tertinggi jika diukur bermula dari atas paras laut.

    Tetapi, jika diukur bermula dari pangkal gunung yang terletak di dasar lautan Pasifik, gelaran gunung tertinggi di dunia sebenarnya milik Gunung Mauna Kea yang terletak di Hawaii. 

    Diukur bermula dari atas paras laut, Mauna Kea mempunyai ketinggian sebanyak 13,769 kaki berbanding Everest dengan 29,035 kaki. Tetapi jika diukur daripada pangkalnya di dasar laut, tingginya mencecah 32,800 kaki iaitu 3,000 kaki lebih tinggi daripada Gunung Everest.

    1. Mexico City semakin tenggelam ke dalam bumi
    Mexico City. – GAMBAR OLEH WIKIPEDIA

    Mexico City pada mulanya dibina di atas tasik pada tahun 1325. Namun, Mexico City yang kita lihat hari ini tenggelam sekitar 3.2 kaki setiap tahun. 

    Sebelum kedatangan orang Eropah, orang Aztec telah menjalankan penambakan tanah di Lago de Texcoco untuk membina sebuah pulau buatan manusia. Kemudian, orang Sepanyol membina struktur pulau itu pada tahun 1521 di atas runtuhan yang sedia ada.

    Walau bagaimanapun, disebabkan kebergantungan penduduk tempatan kepada air yang diambil dari bawah bandar tersebut, Mexico City telah tenggelam setinggi 32 kaki sejak 60 tahun lalu.

    1. Terdapat lebih 7,600 pulau di Filipina
    Kepulauan Filipina. – WIKIPEDIA

    Walaupun terdapat beberapa sebab kukuh mengapa Filipina sering dirujuk sebagai Kepulauan Filipina, ada beberapa sebab lagi yang tidak diketahui umum.

    Secara keseluruhan, Kepulauan Filipina mempunyai lebih daripada 7,641 pulau, iaitu melebihi anggaran yang dilakukan oleh penyelidik sebelum ini (7,107).

    Ini menyebabkan akhbar tempatan Filipina mengakui bahawa perubahan itu adalah peringatan tentang bagaimana pengetahuan, termasuklah pengetahuan saintifik, adalah soal kepercayaan. Ada baiknya untuk pemikiran kritis kita untuk sentiasa ingat bahawa pengetahuan dan penyelidikan pakar juga ada faktor ketidakpastiannya.

     

    1. Alaska merupakan sebahagian daripada hujung barat dan hujung timur Amerika Syarikat
    Alaska. – WIKIPEDIA

    Jika melihat sepintas lalu pada peta, Alaska mungkin jelas kelihatan sebagai negeri paling barat di Amerika Syarikat (AS). Walaupun ini benar, ia juga merupakan bahagian paling timur AS.

    Ini mungkin kerana ia terbentang jauh ke barat sehingga jatuh ke hemisfera timur. Selain itu, Pulau Semisopochnoi yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Aleutian Alaska, secara teknikalnya adalah bahagian paling timur di seluruh Amerika Utara.

    1. Pulau unik di Filipina
    Vulcan Point. – ATLAS OBSCURA

    Di suatu tempat di dunia, terdapat sebuah pulau di tengah-tengah tasik. Tasik itu pula terletak di pulau yang berada di dalam tasik.

    Tasik yang dimaksudkan itu terletak di sebuah pulau. Agak mengelirukan, bukan?

    Di Filipina, terdapat pulau Vulcan Point yang terletak di dalam Main Crater Lake. 

    Main Crater Lake itu terletak di Pulau Volcano. 

    Pulau Volcano itu pula terletak di Tasik Taal. 

    Tasik Taal boleh ditemui di Pulau Luzon, iaitu pulau terbesar dan paling ramai penduduk di Filipina.

    1. Kejadian siang dan malam berlaku secara serentak di Rusia
    Gorky Park, Moscow. – EGOR FILIN/UNSPLASH

    Meskipun sudah mengambil kira saiz Rusia yang besar, ia tetap perkara yang luar biasa untuk mengetahui bahawa Rusia mempunyai 11 zon waktu daripada 24 zon di seluruh dunia! 

    Ini bermakna di sebahagian Rusia, penduduknya bangun pada pukul 7 pagi, manakala di sebahagian yang lain sedang makan malam pada waktu yang serentak.

    1. Batu terbesar di dunia di Australia
    Gunung Augustus. – WIKIPEDIA

    Walaupun ia diberi nama Gunung Augustus, ia sebenarnya bukan gunung tetapi sebuah batu yang besar. Ia boleh ditemui di Pedalaman Australia (Australia Outback), berdiri dengan ketinggian 2,300 kaki tinggi dan boleh dilihat sejauh lebih daripada 100 batu.

    Menariknya, batu raksasa ini dua kali ganda lebih besar daripada Batu Ayers, iaitu batu granit yang terkenal. Selain itu, Gunung Augustus juga berusia 1,650 juta tahun! – RELEVAN

     

    Fakta Semesta featured geografi pendidikan
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.