Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 langkah kejar kerjaya impian

    5 langkah kejar kerjaya impian

    By Umi FatehahOctober 4, 2023Updated:October 5, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Matlamat ini akan membantu anda menentukan laluan kerjaya yang jelas dan mengenal pasti keperluan pendidikan untuk ke arah kerjaya impian. - GAMBAR HIASAN RAJA JAAFAR ALI

    ADAKAH anda seorang pelajar sekolah menengah atau universiti? Baca artikel ini kerana ia akan membantu anda menetapkan matlamat kerjaya demi masa hadapan.

    Mengapa penting untuk anda menetapkan matlamat kerjaya pada peringkat awal? Hal ini kerana ia akan membantu anda menentukan laluan kerjaya yang jelas dan mengenal pasti keperluan pendidikan untuk ke arah kerjaya impian.  

    Berikut, Relevan senaraikan lima matlamat kerjaya yang perlu dikenal pasti oleh pelajar agar dapat merancang matlamat kerjaya dengan lebih teliti.

    1. Menguasai kemahiran dalam industri kerjaya impian

    Di samping mengambil aliran atau kursus yang selari ke arah kerjaya impian, para pelajar juga dinasihatkan untuk menguasai juga kemahiran sampingan yang berkaitan. 

    Kemahiran-kemahiran ini boleh menjadikan pelajar sebagai calon lebih berpotensi kerana mereka menunjukkan nilai yang hebat di samping prestasi pelajar yang baik dengan pendidikan mereka.

    Sebagai contoh, pelajar yang mempelajari pengurusan perniagaan mungkin boleh menumpukan juga untuk membangunkan kemahiran kewangan mereka bagi menjadi lebih baik dalam pengurusan perniagaan kewangan. 

    Menetapkan matlamat untuk menambah baik atau mempelajari kemahiran khusus membantu pelajar menumpukan pada kemahiran tepat yang mungkin mereka perlukan untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian, terutamanya dalam industri yang sangat kompetitif.

    1. Berusaha untuk cemerlang dalam akademik

    Ramai pelajar menetapkan matlamat untuk mendapat keputusan akademik yang cemerlang. Meskipun ada pihak yang mengatakan beberapa majikan tidak begitu mementingkan keputusan akademik tetapi ia semestinya akan membantu anda lebih menonjol.

    Memperolehi keputusan cemerlang juga boleh membentuk kemahiran pelajar dalam bidang dipilih dan mungkin memberikan lebih banyak peluang praktikal atau internship untuk mengasah kemahiran bagi menjadi bakal pekerja yang diingini majikan. 

    Beberapa syarikat berprestij hanya mengambil pelajar cemerlang sebagai staf bagi memaksimumkan bakat dan pekerja yang berkredibiliti di syarikat mereka.

    1. Bina rangkaian profesional

    Menetapkan matlamat untuk membangunkan rangkaian profesional yang kukuh boleh membantu pelajar membuat hubungan penting dalam industri mereka sebelum tamat pengajian. 

    Faedah daripada membina rangkaian ini mungkin akan menyediakan peluang pekerjaan atau cadangan untuk prospek pekerjaan masa hadapan. Sebagai contoh, pelajar kejuruteraan mungkin menetapkan matlamat untuk menghadiri sekurang-kurangnya satu persidangan kejuruteraan setiap tahun untuk menjalin rangkaian dengan jurutera berpengalaman.

    Di samping itu, mereka juga boleh mempelajari tentang syarikat yang terbaik dalam pasaran dan menawarkan gaji serta faedah lumayan. Para pelajar juga akan lebih jelas tentang piawaian dan apa-apa maklumat terbaru dalam industri.

    1. Tetapkan dan berusaha untuk mencapai gaji tertentu

    Tidak dinafikan, gaji adalah salah satu faktor penting dalam pemilihan kerjaya tidak kiralah sama ada dalam kalangan pelajar atau pekerja yang berpengalaman. 

    Sebagai contoh, pelajar jurusan reka bentuk grafik mungkin mahu bekerja dengan syarikat yang menawarkan gaji RM5,000 ke atas untuk menjalani kehidupan yang selesa dan membayar semula pinjaman pendidikan.

    Pertimbangkan gaji ideal yang diinginkan dan bagaimana boleh mencapainya dalam bidang anda kerana matlamat sedemikian boleh membantu menentukan pilihan majikan yang betul.

    1. Cari tempat latihan industri yang tepat

    Ramai pelajar mencari latihan industri untuk mewujudkan laluan kerjaya yang jelas dalam industri yang mereka inginkan. Latihan industri atau praktikal ialah peluang untuk belajar tentang industri dan bekerja di syarikat tersebut untuk tempoh masa tertentu. 

    Sesetengah latihan menawarkan bayaran, tetapi masih ada lagi beberapa syarikat yang menawarkan pengalaman latihan praktikal tanpa gaji. Menetapkan matlamat memilih syarikat yang betul untuk menjalani latihan praktikal ialah cara terbaik untuk mewujudkan laluan kerjaya dan meneroka syarikat tempatan. 

    Sebagai contoh, pelajar undang-undang mungkin meneroka latihan dengan firma guaman tempatan untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti harian pejabat undang-undang dan prosedur undang-undang. – RELEVAN

    featured graduan kerjaya kerjaya impian pelajar

    Artikel berkaitan

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.