Facebook Twitter
    Trending
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 negara dengan kadar gaji minimum tertinggi di dunia

    5 negara dengan kadar gaji minimum tertinggi di dunia

    By September 8, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LUXEMBOURG merupakan antara negara yang menetapkan kadar gaji minimum tertinggi di dunia. - GAMBAR HIASAN/POLINA SUSHKO (Unsplash)

    MENURUT Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), gaji minimum bermaksud jumlah upah yang perlu dibayar majikan kepada pekerja untuk kerja yang dilaksanakan dalam tempoh tertentu, yang tidak boleh dikurangkan baik melalui perjanjian kolektif atau kontrak individu.

    Pelaksanaan gaji minimum sudah meluas ke seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Pada 1 Mei 2022, perintah gaji minimum yang ditetapkan untuk pekerja di Malaysia adalah sebanyak RM1,500 sebulan.

    Menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF), sebanyak 84 peratus negara dunia telah memasukkan perintah gaji minimum dalam perundangan negara masing-masing setakat 2020.

    Jumlah gaji minimum berbeza mengikut negara, malah kaedah penetapannya juga berbeza. Ada negara yang menggunakan pengiraan gaji bulanan, mingguan atau jam. Jumlahnya akan berbeza mengikut jumlah jam bekerja yang ditetapkan dalam undang-undang buruh di negara tersebut.

    Mungkin ada yang tertanya, negara mana yang mempunyai kadar gaji minimum tertinggi di dunia? Relevan  jawabkan soalan itu dengan senarai lima negara dengan kadar gaji minimum tertinggi ini.

    Mari kita lihat.

    • Australia – RM69.44 sejam / RM2,638.78 seminggu

    Australia mencatatkan antara kadar gaji minimum tertinggi di dunia ketika ini. Bermula 1 Julai lalu, gaji minimum di negara itu ditingkatkan kepada AU$882.80 (RM2,638.78) seminggu atau AU$23.23 (RM69.44) sejam. Ini membolehkan pekerja di negara itu menerima gaji minimum kira-kira RM10,000 sebulan.

    Perintah gaji minimum di Australia meliputi semua pekerja berumur 21 tahun ke atas. Bagi pekerja 21 tahun ke bawah, pelatih dan orang kurang upaya (OKU), kadarnya berbeza.

    • Luxembourg – RM12,859.39 sebulan

    Luxembourg mungkin tidak sepopular negara Eropah lain tetapi mereka mempunyai pembangunan ekonomi dan taraf kehidupan yang sangat baik. 

    Untuk pekerja tanpa kemahiran berumur 18 tahun ke atas, gaji minimum yang ditetapkan adalah pada 2,570.93 euro (RM12,859.39) sebulan. Untuk yang berkemahiran pula, ia mencecah 3,085,11 euro (RM15,431.24) sebulan.

    Luxembourg turut menetapkan gaji minimum untuk bekerja berumur 17 hingga 18 tahun (2,056.74 euro/RM10,287.49 sebulan) dan 15 hingga 17 tahun (1,928.20 euro/RM9,644.56 sebulan).

    • Belanda – RM9,978.68 sebulan / RM2,302.50 seminggu / RM460.57 sehari

    Berbeza dengan kebanyakan negara lain, Belanda tidak menetapkan kadar gaji minimumnya mengikut jam, sebaliknya mengikut hari, minggu dan bulan. Negara Eropah itu juga akan menyemak kadar gaji minimumnya dua kali setahun, iaitu pada 1 Januari dan 1 Julai.

    Bermula 1 Julai lalu, gaji minimum untuk pekerja berusia 21 tahun ke atas di Belanda ditetapkan pada 1,995 euro (RM9,978.68) sebulan, 460.40 euro (RM2,302.50) seminggu dan 92.08 euro (RM460.57) sehari.

    • New Zealand – RM62.71 sejam / RM501.66 sehari / RM2,508.32 seminggu

    Gaji minimum di New Zealand meliputi semua pekerja berumur 16 tahun dan ke atas namun dibezakan dengan tahap pekerjaan, iaitu dewasa, pemula dan pelatih.

    Untuk pekerja dewasa, kadar gaji minimum selama sejam bekerja adalah pada NZ$22.70 (RM62.71). Untuk sehari penuh atau lapan jam, kadarnya NZ$181.60 (RM501.66) manakala untuk seminggu atau 40 jam, kadarnya NZ$908 (RM2,508.32).

    Ini membolehkan pekerja di New Zealand memperoleh sekurang-kurangnya kira-kira RM10,000 setiap bulan.

    • United Kingdom – RM60.89 sejam

    Seperti kebanyakan negara Eropah lain, United Kingdom (UK) juga membezakan kadar gaji minimumnya mengikut umur. Terdapat lima kategori yang ditetapkan, iaitu 23 tahun dan ke atas, 21 hingga 22 tahun, 18 hingga 20 tahun, bawah 18 tahun dan pelatih.

    Untuk pekerja berumur 23 tahun dan ke atas, kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah 10.42 pound sterling (RM60.89) sejam.

    Ini bermakna, untuk yang bekerja 40 jam seminggu, mereka boleh memperoleh kira-kira RM2,435.55 seminggu dan kira-kira RM9,700 sebulan. – RELEVAN

    Previous ArticlePakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat
    Next Article Graduan baharu boleh runding gaji lebih tinggi dengan 5 cara ini

    Artikel berkaitan

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026
    Artikel Terkini

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.