Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 604 pelajar diploma jadi keluarga baharu UPSI

    604 pelajar diploma jadi keluarga baharu UPSI

    By August 18, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    NORKHALID bersama pelajar dan ibu bapa sebelum para pelajar mendaftar di kolej kediaman. - GAMBAR IHSAN UPSI

    SERAMAI 604 pelajar diploma ambilan Ogos 2023 mendaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 13 Ogos lalu, sekali gus menjadi keluarga baharu untuk universiti pendidikan tunggal negara itu.

    Pendaftaran pelajar yang diadakan di Dewan Kolej Ungku Omar, Kampus Sultan Azlan Shah turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin dan Timbalan Pendaftar Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Maskana Ahmad.

    Menurut Norkhalid, semua pelajar yang mendaftar pada hari itu dialu-alukan kehadirannya sebagai keluarga baharu untuk UPSI.

    “Saya berharap semua pelajar baharu diploma akan sama-sama melonjakkan nama UPSI sebagai universiti pendidikan nombor satu di negara ini.

    “Saya berharap pelajar akan belajar bersungguh-sungguh dan tidak mensia-siakan wang ringgit serta pengorbanan ibu bapa yang datang dari pelbagai latar belakang,” katanya.

    Pada hari pendaftaran di Kolej Kediaman Awang Had Salleh, Norkhalid bersama pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) turut menyambut kehadiran pelajar dan ibu bapa yang datang dari seluruh negara.

    Semua pelajar diploma baharu tersebut akan ditempatkan di Kolej Awang Had Salleh. 

    Pelbagai kemudahan kondusif disediakan di kolej kediaman itu, membuatkan pelajar dan ibu bapa teruja dengan keluasan serta keselesaan yang ditawarkan.

    Sepanjang tiga hari selepas pendaftaran, para pelajar mengikuti Minggu Intelektual dan Interaksi Anak Kandung Suluh Budiman (Millenia).

    Dalam program orientasi itu, JHEPA turut menyediakan pelbagai slot, termasuk berkaitan kebajikan, pilihan raya kampus, penggunaan sistem portal pelajar dan slot bersama pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

    Pengarah Program Millenia, Nur Atiqa Balqis Abdul Samad berkata, pihaknya berharap agar pelajar-pelajar diploma sentiasa mencari ruang dan peluang dalam mengembangkan bakat mengikut platform yang telah disediakan.

    Kata Bendahari Kehormat Majlis Perwakilan Pelajar UPSI itu, para pelajar perlu berani mencuba dan mencari pengalaman yang lebih luas di alam universiti, sekali gus menbentuk peribadi dan akhlak yang lebih cemerlang.

    “Saya berharap semua pelajar baharu akan sentiasa meneroka tempat-tempat menarik yang ada di UPSI termasuk kawasan Muallim yang terkenal dengan kawasan sungai dan gunung-ganang yang cantik,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleMakanan yang perlu diambil dan dielakkan untuk penghidap PCOS
    Next Article MPC bangunkan modul produktiviti untuk pelajar UiTM

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.