Facebook Twitter
    Trending
    • Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    • 10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan
    • Cara berjimat ketika harga barang naik 
    • Persiapan kewangan untuk orang muda
    • Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…
    • Berapa kali sehari kita patut buang air besar?
    • Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya
    • Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026
    • Kewangan

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026
    • Pendidikan

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026

      Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

      March 30, 2026
    • Kerjaya

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 ragam manusia menguruskan wang

    5 ragam manusia menguruskan wang

    By Zubaidah IbrahimAugust 16, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BERMACAM-MACAM ragam manusia menguruskan kewangan dan yang paling penting jangan sampai merugikan diri.- GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    SETIAP orang mempunyai gaya dan prinsip tersendiri ketika menguruskan kewangan masing-masing. Ia juga bergantung kepada tahap pemahaman dan ilmu dalam pengurusan kewangan.

    Ada yang berani mengambil risiko untuk melabur wang dan ada juga memilih simpanan selamat. Malah, tidak kurang juga yang kurang prihatin dengan kewangan dan memilih untuk mengutamakan gaya hidup serta memberikan ganjaran kepada diri.

    Pakar Hartanah dan Kewangan, Dr. Azizul Azli Ahmad telah memperincikan 5 gaya manusia ketika menguruskan wang masing-masing seperti berikut:

    1. Si penabung

    Orang jenis ini suka menabung, memang bukan benda yang buruk malah ia sesuatu yang baik. Tetapi manusia jenis ini tidak percayakan pelaburan. Mereka percaya bahawa pelaburan sangat dekat dengan kerugian dan penuh risiko.

    Sehinggakan mereka hanya akan memilih instrumen simpanan sahaja untuk menyimpan wang.

    1. Si pelabur

    Bagi si pelabur pula, mereka memanfaatkan sebahagian besar aset yang ada untuk melabur. Malah, mereka sangat dahagakan risiko dan berani mengambil jumlah besar untuk pelaburan.

    Bukan satu kesalahan jika berani, tetapi ia memerlukan ilmu yang baik dan tinggi agar ada keseimbangan antara risiko dan kerugian yang silih berganti.

    1. Si FOMO

    FOMO atau Fear of Missing Out adalah penyakit yang harus kita hindari terutama di zaman yang tiada sempadan ini. Golongan FOMO sangat mengikuti apa sahaja trending dalam gaya hidup, persekitaran dan penampilan.

    Mereka tidak peduli faktor kewangan, yang penting gaya mereka adalah aliran terkini. Mereka percaya ada kereta besar orang akan percaya.

    1. Si BBNU

    Budak Baru Nak Up (BBNU) adalah golongan yang belum mahir mengelola kewangan. Mereka biasanya golongan baru bekerja yang kali pertama menerima gaji dan membeli semua keperluan sebab sedang ingin memberi ganjaran kepada diri.

    BBNU belum mahir merancang, mencatat perbelanjaan kewangan apatah lagi melabur. Mereka merasakan hidup ini harus dinikmati kerana muda hanya sekali.

    1. Si Jaguh

    Golongan ini sangat menghitung setiap perbelanjaan dan cermat. Begitu hebatnya ‘berkira’ sehingga adakalanya mereka ini langsung tidak menikmati pencapaian mereka.

    Mereka ada hujah yang konkrit bagi setiap tindakan yang dilakukan. Namun, sebenarnya kita juga harus menikmati hasil pencapaian kita, setidaknya 10% daripada gaji untuk hiburan diri sendiri dan merasakan nikmat hidup ini. Jangan terlalu berkeras dalam hidup ini.- RELEVAN

    Previous ArticleBerbual bersama Loque: Kenapa suka sadur lagu?
    Next Article Sejarah penciptaan Jalur Gemilang

    Artikel berkaitan

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    April 1, 2026

    Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

    April 1, 2026
    Artikel Terkini

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    April 1, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.