Facebook Twitter
    Trending
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    • Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • Kenali punca mata kering
    • Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026

      Kenali punca mata kering

      June 2, 2026

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ketahui punca dan rawatan sakit tekak

    Ketahui punca dan rawatan sakit tekak

    By Zubaidah IbrahimAugust 11, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RASA pedih, kering, kesukaran menelan dan gatal di tekak membuatkan kita berasa kurang selesa.- GAMBAR HIASAN/ANGELS FOR HUMANITY/UNSPLASH

    PASTINYA, setiap orang pernah mengalami sakit tekak. Kebiasaannya, ia menjadi tanda-tanda awal hendak demam ataupun disebabkan oleh alergi. Rasa pedih, kering, sukar menelan dan kegatalan membuatkan kita berasa kurang selesa.

    Menerusi hantaran di Facebook, Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad berkongsi empat punca yang menyebabkan masalah sakit tekak seperti berikut:

    1. Jangkitan virus

    Jangkitan virus merupakan jangkitan biasa dalam populasi kita. Contoh virus yang boleh menyebabkan sakit tekak termasuk virus selsema, croup dan mononucleosis. Ia sering menjadi punca sakit tekak ketika menelan.

    2. Jangkitan bakteria

    Jangkitan bakteria menyebabkan simptom yang lebih serius dan sakit. Strep throat ataupun sakit tekak akibat jangkitan Streptococcus boleh menyebabkan sakit tekak yang serius dan kesusahan menelan.

    Jika bakteri adalah penyebab sakit tekak, anda memerlukan antibiotik. Jangkitan bakteria tekak boleh menyebabkan komplikasi kepada jantung ataupun masalah buah pinggang jika tidak dirawat.

    3. Alahan

    Alahan merupakan respon tubuh badan yang sensitif terhadap alergen. Alergen boleh termasuk debu, debunga ataupun titisan hingus yang mengalir ke arah tekak daripada hidung anda.

    4. Kerengsaan udara kering, bahan kimia atau asap rokok

    Jika sakit tekak tersebut lebih daripada seminggu, ia mungkin disebabkan perkara lain seperti bahan yang menyebabkan kerengsaan pada bahagian tekak seperti berikut:

    a)  Asap rokok, udara persekitaran yang kering dan air selesema yang mengalir daripada hidung ke bahagian tekak boleh menyebabkan iritasi dibahagian tekak. 

    b) Menjerit dengan banyak juga akan menyebabkan bahagian tekak mengalami iritasi dan keradangan.

    c) Bernafas melalui mulut. Perkara ini selalu berlaku ketika seseorang mengalami selesema dan hidung tersumbat.

    d) Masalah Gastroesophageal Reflux Disease (GERD). Asid daripada dalam perut akan naik ke bahagian tekak menyebabkan keradangan dibahagian tersebut.

    RAWATAN SAKIT TEKAK

    Zubaidi berkata, sekiranya anda mempunyai sakit tekak yang tidak diketahui asal-usulnya, maka anda perlu berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajarnya.

    “Doktor akan bertanya soalan tentang jangka masa sakit tekak, simptom-simptom yang berkenaan dan rawatan yang pernah diambil.

    “Selepas itu, doktor membuat pemeriksaan pada tekak dengan visualisasi tekak anda. Kebanyakan semasa rawatan, doktor akan nampak tekak yang kemerah-merahan kerana radang tekak.

    “Doktor akan mendapatkan sampel dari tekak anda untuk membuat kultur bagi menentukan jenis kuman jangkitan. Hal sedemikian penting untuk menentukan keperluan antibiotik dalam rawatan anda,” katanya.

    Secara amnya, antibiotik akan diberikan sekiranya anda mempunyai jangkitan bakteria pada tekak.

    Sekiranya anda memerlukan ujian yang selanjutnya, anda perlu mendapatkan bantuan doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ENT)

    Jangkitan virus pada tekak anda akan sembuh sendiri dalam masa dua hingga tujuh  hari. Doktor akan memberikan nasihat supaya berehat di rumah sepenuhnya supaya sistem imun dapat melawan jangkitan.

    Beliau turut kongsikan petua rawatan sakit tekak yang boleh anda lakukan di rumah seperti berikut:

    • Kumur air garam boleh mengurangkan kerengsaan dibahagian tekak seterusnya mengurangkan rasa sakit tekak. Anda boleh menggunakan satu sudu garam dimasukkan ke dalam satu gelas air kosong. Kemudian kumur air tersebut di bahagian tekak.
    • Penyediaan minuman suam seperti teh dengan madu ataupun air lemon boleh membantu melegakan sakit tekak anda.
    • Menghisap lozenges yang membantu mengurangkan kesakitan.
    • Rehatkan tekak anda dengan mengurangkan percakapan.
    • Jika anda mempunyai pelembap udara, ia dapat membantu mengurangkan sakit tekak dengan pembekalan udara yang lembap.
    • Makanan untuk sakit tekak adalah makanan yang lembut dan senang ditelan. Contohnya bubur, oat ataupun sup.
    • Elakkan makanan yang menyebabkan batuk termasuk makanan pedas, kering dan keras. Contohnya, kari ataupun biskut kering.

     PENCEGAHAN

    Pencegahan sakit tekak melibatkan gaya hidup dan pengurangan pendedahan kepada jangkitan.

    Asingkan diri anda daripada orang yang sakit, terutamanya selsema. Jika masih perlu untuk berurusan dengan orang tersebut, sila lindungi diri anda dengan menggunakan topeng muka.

    Amalkan pemakanan yang sihat dan sentiasa mencuci tangan anda. Kurangkan juga menyentuh tangan ke mata ataupun muka anda. Selain itu, dapatkan rehat dan minum air yang mencukupi.- RELEVAN

    Previous Article5 peringatan kepada semua pengundi untuk PRN
    Next Article Mengenali kesatuan sekerja dan fungsinya kepada pekerja

    Artikel berkaitan

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026

    Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

    June 3, 2026
    Artikel Terkini

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.