Facebook Twitter
    Trending
    • Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas
    • Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian
    • Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya
    • ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian
    • Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini
    • Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha
    • Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat
    • Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026

      Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

      May 27, 2026

      Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

      May 26, 2026

      Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

      May 26, 2026

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026
    • Kerjaya

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tertekan dengan masalah kewangan? Ikuti 3 langkah mudah ini

    Tertekan dengan masalah kewangan? Ikuti 3 langkah mudah ini

    By Umi FatehahAugust 10, 2023Updated:August 10, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya - GAMBAR HIASAN KAROLINA GRABOWSKI/PEXELS

    WANG boleh menjadi punca kita tertekan dalam hidup. Kajian dan penyelidikan juga berulang kali menunjukkan bahawa ia adalah salah satu sebab yang paling kerap disebut sebagai punca tekanan dan kebimbangan. 

    Tetapi, ada caranya untuk mengurangkan tekanan kewangan. Sama sahaja seperti kita mengalami tekanan dalam kehidupan. Kita akan cari apa sahaja cara untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan. Perkara yang sama juga perlu dilakukan untuk mengurangkan atau menghilangkan tekanan kewangan.

    Berikut merupakan petua menghilangkan tekanan akibat kewangan.

    1. Kenal pasti punca menyebabkan tekanan kewangan dan atasinya

    Kadangkala tekanan wang ini datang entah dari mana dan secara tiba-tiba. Mungkin juga anda tertekan kerana baru sahaja membuat perbelanjaan wang yang besar di luar jangkaan atau terlebih berbelanja sehingga lari bajet.

    Tidak kira bagaimana kebimbangan kewangan muncul dalam hidup tetapi penting untuk anda mewujudkan amalan pengurusan tekanan yang sesuai. Mungkin anda boleh cuba lakukan brisk walk, meditasi atau apa-apa sahaja yang tidak menggunakan wang.

    1. Terima dengan apa yang terjadi dan teliti semula

    Ramai orang tidak diajar cara berurusan dengan wang apatah lagi terkesan dengan pelbagai emosi. Selain itu, tekanan berkaitan wang juga boleh membuat anda terasa terasing atau kesunyian. Hal ini kerana kebanyakan orang yang mengalami masalah kewangan berasa seakan-akan hanya mereka sahaja yang mengalaminya.

    Namun, ia tidak benar. Tanyalah mana-mana pakar kewangan atau jutawan sekalipun, setiap orang mempunyai rantaian masalah berkaitan wang.

    Sekarang, tindakan anda seterusnya bergantung kepada situasi. Katakan, anda sudah meneliti semula apakah yang menyebabkan anda tertekan dan ternyata ia berpunca daripada terlebih berbelanja. 

    Jadi, tindakan sewajarnya mungkin perlu merekodkan setiap aliran wang yang keluar dan masuk. Dengan cara ini, anda akan tahu kemana dan apa punca wang selalu habis sebelum hujung bulan. Anda juga akan lebih berhati-hati dalam berbelanja agar tidak melebihi bajet.

    1. Jangan takut untuk minta tolong

    Walaupun ia masalah kewangan peribadi anda sendiri, tetapi tidak bermakna segalanya perlu dihadapi seorang diri. Memang hakikatnya sukar untuk bercakap tentang masalah kewangan kepada sesiapa mungkin kerana malu atau tidak mahu membebankan orang lain. 

    Tetapi, sebenarnya ada sahaja orang yang boleh bantu di saat anda dalam situasi sukar sebegini.

    Jika mempunyai rakan atau keluarga yang dipercayai, mungkin anda boleh meluahkan masalah kepada mereka. Pastinya mereka akan memberi sokongan moral atau bantuan dari segi kewangan.

    Selain itu, anda juga boleh mendapatkan khidmat daripada pakar kewangan. Sama seperti anda memanggil jurulatih peribadi atau pakar pemakanan untuk membantu mencapai matlamat kesihatan tubuh badan.

    Pakar kewangan akan memberi nasihat dan cara mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh anda.- RELEVAN

    Previous ArticleBuku hartanah dan kewangan
    Next Article 5 tip berhadapan dengan manusia narsistik

    Artikel berkaitan

    Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

    June 1, 2026

    Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

    June 1, 2026

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    May 29, 2026

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    May 28, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026
    Artikel Terkini

    Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

    June 1, 2026

    Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

    June 1, 2026

    Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    May 29, 2026

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    May 28, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.