Facebook Twitter
    Trending
    • Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan
    • Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya
    • Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang
    • Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan
    • Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan
    • 7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol
    • Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?
    • Cikgu marah bukan kerana benci
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

      August 18, 2025

      Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

      August 15, 2025

      7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

      August 14, 2025

      Ancaman kanser prostat, tanda awal kanser prostat dan langkah mengatasinya

      August 11, 2025

      Makin ramai sakit tetapi masih tak jaga makan

      August 7, 2025
    • Kewangan

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025

      RMK13: Tiga fokus utama RMK13

      July 31, 2025
    • Pendidikan

      Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

      August 18, 2025

      Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

      August 18, 2025

      Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

      August 15, 2025

      Cikgu marah bukan kerana benci

      August 13, 2025

      Carilab perkenal platform digital carian makmal pertama negara

      August 13, 2025
    • Kerjaya

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bilangan penduduk bukan warganegara bertambah, populasi Malaysia 33.4 juta

    Bilangan penduduk bukan warganegara bertambah, populasi Malaysia 33.4 juta

    By August 1, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    POPULASI penduduk bukan warganegara di Malaysia meningkat kepada 3 juta pada 2023, berbanding 2.4 juta pada 2022. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    POPULASI penduduk di Malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta orang, meningkat 2.1 peratus berbanding 32.7 juta pada 2022.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan tersebut disebabkan oleh pertambahan bilangan penduduk bukan warganegara yang meningkat daripada 2.4 juta pada 2022 kepada 3.0 juta pada 2023.

    Kata beliau, penduduk warganegara meningkat daripada 30.2 juta pada 2022 kepada 30.4 juta pada 2023 dengan pertumbuhan kecil, iaitu 0.7 peratus.

    “Tiga negeri, iaitu Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Selangor telah melepasi kadar pertumbuhan nasional 2.1 peratus, masing-masing dengan 5.1 peratus, 2.6 peratus dan 2.2 peratus.

    “Tiga negeri yang mencatatkan komposisi penduduk tertinggi pada 2023 ialah Selangor (21.6 peratus) diikuti Johor (12.3 peratus) dan Sabah (10.8 peratus).

    “Sebaliknya, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah, iaitu masing-masing 0.3 peratus dan 0.4 peratus,” katanya dalam kenyataan pada 31 Julai.

    Disebabkan pertambahan bilangan penduduk bukan warganegara, komposisi golongan tersebut turut meningkat daripada 7.6 peratus pada 2022 kepada 8.9 peratus pada 2023, sekali gus mengurangkan komposisi penduduk warganegara daripada 92.4 peratus kepada 91.1 peratus.

    Menurut Mohd. Uzir, perubahan komposisi tersebut selaras dengan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April 2022 dan pelaksanaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 mulai Januari 2023.

    Jantina dan umur

    Dari segi komposisi jantina, penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan pada 2023, iaitu masing-masing dengan jumlah 17.5 juta dan 15.9 juta.

    Nisbah jantina bagi keseluruhan penduduk ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Populasi Malaysia 33.2 juta, kelahiran hidup meningkat (data suku pertama 2023)

    Bagi tempoh 2022 hingga 2023, nisbah jantina warganegara kekal pada 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala untuk bukan warganegara, ia menurun daripada 227 kepada 226 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

    “Secara keseluruhan, kesemua negeri di Malaysia mencatatkan lelaki melebihi perempuan kecuali Perlis (99L : 100P) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (98L : 100P).

    “Negeri yang mencatatkan nisbah jantina tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 115 lelaki bagi setiap 100 perempuan diikuti oleh Johor (114L : 100P), Pahang (113L : 100P) dan Selangor (113L : 100P),” kata Mohd. Uzir.

    Dari segi umur, komposisi penduduk berumur 15 hingga 64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.6 peratus pada 2022 kepada 70 peratus pada 2023.

    Peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) pula meningkat daripada 7.2 peratus kepada 7.4 peratus bagi tempoh sama.

    Sementara itu, komposisi penduduk berumur 0 hingga 14 tahun (umur muda) pada 2023 menurun kepada 22.6 peratus berbanding 23.2 peratus pada 2022.

    “Umur penengah penduduk Malaysia mencecah 30.7 tahun pada 2023, meningkat daripada 30.4 tahun pada tahun sebelumnya.

    “Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk umur muda tertinggi dengan 36.1 peratus. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan komposisi penduduk umur bekerja tertinggi dengan 75 peratus.

    “Perak kekal sebagai negeri paling tua pada 9.7 peratus manakala Johor telah muncul sebagai negeri menua (7 peratus),” jelas Mohd. Uzir.

    Komposisi kaum dan kepadatan penduduk

    Menurut Mohd. Uzir, bumiputera menyumbang 70.1 peratus daripada 30.4 juta warganegara pada 2023, berbanding 69.9 peratus pada 2022.

    Komposisi kaum Cina pula menurun kepada 22.6 peratus berbanding 22.8 peratus pada 2022 manakala kaum India dan lain-lain masing-masing kekal pada 6.6 peratus dan 0.7 peratus.

    ARTIKEL BERKAITAN: Peningkatan populasi tua, penyakit tak berjangkit antara cabaran kesihatan di Malaysia

    Tambah Mohd. Uzir, Malaysia turut mencatatkan kepadatan penduduk sebanyak 101 orang bagi setiap kilometer persegi.

    “Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai kepadatan penduduk tertinggi dengan 8,235 orang bagi setiap kilometer persegi, diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya (2,017 orang) dan Pulau Pinang (1,718 orang).

    “Sarawak mempunyai kepadatan penduduk terendah dengan 20 orang bagi setiap kilometer persegi, diikuti Pahang (45 orang) dan Sabah (48 orang),” terangnya. – RELEVAN

    DOSM featured pendidikan populasi populasi Malaysia

    Artikel berkaitan

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025

    Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    August 15, 2025

    Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

    August 15, 2025

    7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

    August 14, 2025
    Artikel Terkini

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025

    Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    August 15, 2025

    Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

    August 15, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.