Facebook Twitter
    Trending
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    • Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?
    • Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam
    • Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ekonomi MADANI: Peluang pekerjaan dengan gaji bermakna jadi keutamaan

    Ekonomi MADANI: Peluang pekerjaan dengan gaji bermakna jadi keutamaan

    By Umi FatehahJuly 27, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    EKONOMI MADANI: Peluang pekerjaan dengan gaji bermakna jadi keutamaan. - FARIZ RUSADIO

    DATUK Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat sebagai kerangka ekonomi baharu Malaysia.

    Perdana Menteri berkata, kerangka baharu tersebut akan menjadi wadah untuk mengangkat semula darjat dan martabat negara dengan menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara.

    “Kita telah terperangkap dalam kitaran ekonomi yang berbahaya iaitu kos sara hidup tinggi, gaji rendah, keuntungan rendah dan kurang nilai daya saing. 

    “Faedah pertumbuhan perlu diagih secara seimbang dan gaji atau upah rakyat mesti setimpal dengan hasil kerja mereka. Purata gaji dan upah tenaga kerja dalam negara juga masih rendah iaitu sekitar 35 peratus,” jelas beliau.

    Tambah beliau, Laporan Survei Gaji dan Upah 2021 mendedahkan kemelut akibat gaji yang rendah, khususnya melibatkan golongan muda berumur 24 tahun ke bawah. 

    Kata beliau, separuh daripada pekerja Malaysia juga menerima gaji kurang daripada RM2,250 sebulan. 

    “Belia khususnya graduan berhak meraih pendapatan bermakna. Keadaan ini tentunya merisaukan dan negara yang bertanggungjawab perlu merangka program bagi mengatasinya,” katanya.

    Justeru itu, berikut merupakan beberapa hal berkaitan gaji yang telah disebut oleh Perdana Menteri.

    Peluang pekerjaan dengan gaji bermakna

    Kemampuan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dengan gaji yang bermakna kepada rakyat Malaysia akan menjadi ukuran utama kejayaan Ekonomi MADANI.

    Pelaksanaan dasar menyokong peningkatan upah

    Kadar upah dan gaji buruh berbanding jumlah keseluruhan pendapatan di Malaysia adalah sebanyak 32.4 peratus bagi tahun 2022. 

    Bagi mencapai perkongsian ekonomi yang lebih seimbang, kerajaan akan melaksanakan dasar yang menyokong peningkatan upah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada tahap 45 peratus selaras dengan tahap negara lebih maju.

    Kaji semula tahap gaji minimum

    Kerajaan akan melakukan kajian semula tahap gaji minimum sebagai usaha untuk memastikan setiap rakyat memperoleh gaji yang bermakna dan setara dengan pekerjaan mereka.

    Selain pelaksanaan gaji minimum, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia sedang memperhalus model gaji progresif ke arah kenaikan pendapatan yang lebih terangkum. 

    Peningkatan pendapatan selaras dengan produktiviti adalah kritikal bagi memastikan tahap kualiti hidup yang bermakna dalam menangani cabaran kos sara hidup.

    Mengurangkan kebergantungan pada buruh asing

    Kebergantungan pada buruh asing kurang mahir menyumbang kepada nilai gaji keseluruhan yang rendah. Ini juga mengurangkan moral dan insentif majikan untuk berinovasi dan meningkatkan tahap berdaya saing. 

    Kerajaan berhasrat melaksanakan levi pekerja asing berperingkat (tiered foreign worker levies) iaitu sebahagian peningkatan hasil levi akan dikhususkan untuk program automasi serta latihan untuk pekerja tempatan.

    Penyelarasan gaji penjawat awam

    Kerajaan dikatakan akan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam mengikut kemampuan kewangan kerajaan. 

    Sementara kajian gaji dan elaun diperincikan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen. 

    Bantuan khas ini akan memanfaatkan kira-kira 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak dan lebih sejuta pesara. 

    Kata Perdana Menteri, melalui pemberian permulaan ini, diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi MADANI, memberi perkhidmatan terbaik sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan agar hasrat kerajaan untuk merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan. – RELEVAN

    Previous Article12 bantuan untuk rakyat dalam pembentangan Ekonomi MADANI
    Next Article Lebih separuh pencari kerja mahu sertai MNC, budaya toksik antara yang dirisaukan

    Artikel berkaitan

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026
    Artikel Terkini

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.