Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lebih separuh pencari kerja mahu sertai MNC, budaya toksik antara yang dirisaukan

    Lebih separuh pencari kerja mahu sertai MNC, budaya toksik antara yang dirisaukan

    By Umi FatehahJuly 28, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja - GAMBAR HIASAN GLENN CARSTEN

    PASARAN kerja sememangnya sangat kompetitif, baik bagi mereka yang sedang mencari kerja, mahupun pihak organisasi dan agensi pekerjaan. 

    Menurut LinkedIn, pencari kerja menyelidik reputasi sesebuah organisasi sebelum memohon pekerjaan. 

    University of Nottingham Malaysia (UNM) baru-baru ini menjalankan Tinjau Selidik Pelajar UNM 2023 untuk memupuk persefahaman antara pencari kerja dan majikan dengan memahami persepsi dan keutamaan pasaran kerjaya hari ini.

    Profesor Madya Pengurusan dan Keusahawanan di UNM, Dr. Michael Mustafa berkata, pekerjaan yang memberikan tugasan berulang dan tidak merangsangkan minda tidak selari dengan perkembangan alaf baru. 

    “Bakat-bakat generasi baharu inginkan pekerjaan yang membawa cabaran dan memberikan autonomi untuk menyerlahkan kreativiti dan keupayaan untuk membina jaringan. 

    “Kami juga melihat tenaga kerja mencari syarikat yang prihatin dari segi sosial dan juga kerjaya yang mencetus kesan positif,” tambah beliau.

    Tempoh tahun jeda masih agak popular dalam kalangan graduan

    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji ketersediaan graduan untuk menyertai pasaran kerjaya selepas tamat pengajian. 

    Seramai 50.8 peratus daripada responden berkata mereka tidak memerlukan tahun jeda atau tempoh gap year manakala 49.2 peratus responden berkata mereka bercadang untuk berehat. 

    Daripada golongan yang mahu berehat, 39.7 peratus berkata mereka ingin mengambil masa antara satu hingga dua bulan, manakala 34.5 peratus memilih tempoh yang lebih lama antara tiga hingga enam bulan. 

    Antara sebab mengambil tempoh tahun jeda yang dikongsi para responden termasuk ingin meluangkan masa bersama keluarga, masa untuk muhasabah diri dan masa untuk merancang laluan kerjaya.

    Kaedah mencari kerja dalam kalangan graduan baharu

    Dalam soal mencari pekerjaan, responden berkata kaedah mencari kerja pilihan utama mereka ialah di LinkedIn (76.1 peratus), diikuti dengan laman web pengiklanan kerja seperti Hiredly (69.9 peratus). 

    Sebanyak 64.6 peratus responden mengatakan mereka juga menggunakan kaedah alternatif lain termasuk cadangan daripada rakan atau keluarga. 48.7 peratus responden pula menggunaan khidmat nasihat kerjaya universiti dan 43.4 peratus mencari kerja di pameran kerjaya. 

    Keselamatan, kestabilan dan kemajuan kerjaya 

    Apabila ditanya mengenai organisasi pilihan mereka, 51.7 peratus daripada responden memilih syarikat multinasional (MNC), diikuti oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan 16.9 peratus. 

    Antara pilihan lain ialah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pemula. Beberapa responden juga memilih mereka mahu menubuhkan perniagaan mereka sendiri atau mahu menceburi bidang pekerjaan gig ekonomi. Responden yang selebihnya pula menyatakan mereka tidak pasti sebab atau aspek yang dipentingkan untuk memilih syarikat.

    Responden menyatakan bahawa antara daya tarikan MNC termasuk tahap piawaian tinggi yang wujud dalam syarikat terkemuka, faedah yang menarik dan gaji yang lebih tinggi. 

    Selain itu, responden juga berkongsi bahawa mereka mempunyai peluang untuk memanfaatkan sumber pelbagai bakat yang ada kepada organisasi dan mempunyai kemungkinan untuk naik pangkat dalam rangkaian syarikat tersebut.

    Kebimbangan kerjaya pertama

    Sebilangan besar responden menekankan budaya syarikat sebagai kebimbangan utama ketika mula menceburi pekerjaan pertama mereka. 

    Lebih khusus lagi, kebimbangan budaya kerja toksik dan rakan sekerja yang mempunyai kelompok sendiri adalah aspek yang dianggap oleh graduan baharu sebagai tanda amaran yang boleh menentukan berapa lama mereka akan kekal di sesebuah syarikat. 

    Kebimbangan lain termasuk peluang pertumbuhan yang terhad dari segi kemajuan kerjaya dan gaji, sekatan terhadap kreativiti dan fleksibiliti oleh penyelia, keraguan tentang keserasian kemahiran graduan dengan tugas yang diberikan dan tuntutan kerja yang tinggi. – RELEVAN

    featured glc kerjaya mnc pencarian kerja
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.