Facebook Twitter
    Trending
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    • Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • Kenali punca mata kering
    • Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026

      Kenali punca mata kering

      June 2, 2026

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    By AMAL HAYATI FAUZIMay 21, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol. - GAMBAR HIASAN CANVA

    KOLESTEROL tinggi sememangnya membahayakan nyawa kerana ia boleh berlaku tanpa sebarang gejala yang jelas. Jika tidak dikawal, keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan masalah salur darah tersumbat.

    Selain pengambilan ubat dan pemeriksaan kesihatan berkala, pemilihan makanan yang betul juga memainkan peranan penting untuk membantu menurunkan paras kolesterol dalam badan. 

    Oat bantu singkir kolesterol

    Oat merupakan makanan terbaik untuk membantu mengawal kolesterol kerana ia kaya dengan serat larut yang membantu membuang kolesterol dari badan.

    Ia juga membuatkan seseorang kenyang lebih lama sekali gus membantu mengawal berat badan.

    Cara mudah menikmatinya ialah dengan mengambil oat bersama susu rendah lemak atau menyediakan “overnight oat” yang dicampur dengan buah-buahan segar.

    Ikan berlemak baik untuk jantung

    Ikan seperti salmon, sardin, tuna dan ikan kembung kaya dengan omega-3 yang membantu menjaga kesihatan jantung serta menurunkan trigliserida, iaitu lemak utama dalam aliran darah.

    Pengambilan ikan berlemak disarankan sekurang-kurangnya dua kali seminggu sebagai sebahagian daripada diet sihat.

    Kekacang sebagai snek sihat

    Badam, walnat dan kacang tanah tanpa garam mengandungi lemak baik yang membantu mengurangkan kolesterol dalam badan.

    Selain mudah dibawa ke mana-mana, kekacang juga sesuai dijadikan snek yang lebih sihat berbanding makanan ringan tinggi garam dan gula.

    Avokado kaya lemak tidak tepu

    Avokado terkenal sebagai sumber lemak tidak tepu yang baik untuk kesihatan jantung. Buah ini juga mempunyai kandungan serat yang tinggi.

    Ia boleh dimakan begitu sahaja atau ditambah ke dalam salad dan sandwic sebagai pilihan makanan yang lebih berkhasiat.

    Buah tinggi serat bantu kawal kolesterol

    Buah-buahan seperti epal, oren dan beri mengandungi serat yang membantu menurunkan kolesterol dalam badan.

    Selain itu, buah-buahan juga kaya dengan vitamin dan antioksida yang baik untuk kesihatan secara keseluruhan.

    Sayur hijau rendah kalori dan tinggi nutrisi

    Sayur hijau seperti bayam, brokoli, sawi dan kailan mengandungi serat serta antioksida yang membantu menjaga kesihatan tubuh. Pada masa sama, sayur-sayuran ini rendah kalori dan sesuai diamalkan dalam diet harian.

    Kacang soya dan tofu sebagai alternatif sihat

    Produk berasaskan kacang soya seperti tofu, tempeh dan susu soya tanpa gula boleh dijadikan pengganti kepada daging berlemak.

    Protein tumbuhan ini membantu mengawal kolesterol selain menjadi pilihan lebih sihat untuk pemakanan harian.

    Pilih minyak yang lebih sihat

    Penggunaan minyak juga memainkan peranan penting dalam mengawal kolesterol. Pilih minyak seperti minyak zaitun, kanola atau bunga matahari berbanding minyak tepu. Selain itu, kaedah masakan yang lebih sihat seperti rebus, kukus, panggang dan tumis juga digalakkan.

    Makanan yang perlu dikurangkan

    Bagi individu yang mempunyai paras kolesterol tinggi, beberapa jenis makanan perlu dikurangkan, antaranya:

    • Makanan bergoreng
    • Kulit ayam
    • Daging berlemak
    • Makanan berproses
    • Kek dan pastri
    • Minuman manis berlebihan

    Gaya hidup sihat bantu kawal kolesterol

    Selain menjaga pemakanan, perubahan gaya hidup juga penting untuk membantu menurunkan kolesterol.

    Antara langkah yang boleh diamalkan ialah:

    • Berjalan kaki sekurang-kurangnya 30 minit sehari
    • Menurunkan berat badan jika berlebihan
    • Mengurangkan pengambilan gula dan makanan bergoreng
    • Tidur mencukupi antara tujuh hingga lapan jam sehari
    • Konsisten mengamalkan gaya hidup sihat sekurang-kurangnya enam hingga 12 minggu

    Perubahan kecil yang dilakukan secara konsisten mampu memberi kesan besar terhadap kesihatan jantung dan tahap kolesterol untuk tempoh yang panjang. – RELEVAN

    Previous ArticleMitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    Next Article Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    Artikel berkaitan

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026

    Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

    June 3, 2026
    Artikel Terkini

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.