Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    By AMAL HAYATI FAUZIApril 1, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada.. - GAMBAR HIASAN CANVA

    MENGUNYAH ais mungkin kelihatan seperti tabiat biasa, tetapi jika dilakukan secara kerap ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan khususnya pada gigi dan tubuh badan secara keseluruhan.

    Menurut Healthline, keinginan untuk mengunyah ais juga boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan tertentu seperti kekurangan nutrisi atau gangguan pemakanan.

    Apa punca keinginan mengunyah ais?

    Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang gemar atau ketagih mengunyah ais, antaranya:

    1. Anemia dan kekurangan zat besi

    Zat besi penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Kekurangan oksigen ini dipercayai menyebabkan sesetengah individu cenderung untuk mengunyah ais kerana ia boleh meningkatkan aliran darah ke otak agar lebih segar.

    1. Pica (gangguan pemakanan)

    Pica ialah satu gangguan yang menyebabkan seseorang terdorong untuk memakan bahan selain makanan seperti ais.

    Dalam kes mengunyah ais, ia dikenali sebagai pagophagia iaitu subkategori pica yang melibatkan pengambilan ais secara obsesif. Keadaan ini sering dikaitkan dengan masalah kesihatan mental atau ketika hamil.

    Bila perlu berjumpa doktor ?

    Sekiranya mendapati diri kerap mengunyah ais secara berlebihan selama lebih sebulan, adalah disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

    Bagi wanita hamil pula, pemeriksaan perlu dilakukan lebih awal kerana kekurangan vitamin dan mineral boleh memberi kesan serius kepada ibu dan bayi.

    Kesan kepada kesihatan gigi

    Gigi manusia tidak direka untuk menahan tekanan daripada mengunyah ais yang keras setiap hari. Antara kesan yang boleh berlaku termasuk:

    • Hakisan enamel gigi (lapisan luar gigi)
    • Gigi menjadi sensitif terhadap panas dan sejuk
    • Risiko kaviti (gigi berlubang) meningkat
    • Retak atau kerosakan pada gigi

    Enamel yang rosak tidak boleh dipulihkan, dan ini boleh menyebabkan masalah pergigian yang lebih serius dalam jangka masa panjang.

    Komplikasi akibat anemia

    Jika anemia dan kekurangan zat besi tidak dirawat, ia boleh menjadi lebih serius dan membawa kepada:

    • Masalah jantung seperti pembesaran jantung atau kegagalan jantung
    • Komplikasi kehamilan seperti kelahiran pramatang dan berat bayi rendah
    • Gangguan perkembangan fizikal dan mental dalam kalangan kanak-kanak

    Risiko gangguan pica

    Walaupun mengunyah ais tidak menyebabkan kecederaan dalaman, individu yang mengalami pica berisiko untuk memakan bahan berbahaya lain. Ini boleh mengakibatkan:

    • Masalah usus
    • Sumbatan dalam saluran pencernaan
    • Koyakan usus
    • Keracunan
    • Jangkitan
    • Risiko tercekik

    Cara merawat ketagihan mengunyah ais

    • Anemia kekurangan zat besi: Pengambilan suplemen zat besi biasanya dapat mengurangkan keinginan mengunyah ais dengan cepat
    • Pica: Rawatan mungkin melibatkan terapi psikologi serta ubat seperti antidepresan
    • Masalah gigi atau rahang: Dapatkan pemeriksaan doktor gigi bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk – RELEVAN
    Previous ArticleBerapa kali sehari kita patut buang air besar?
    Next Article Persiapan kewangan untuk orang muda

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.