Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    By Umi FatehahJanuary 16, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini. - GAMBAR HIASAN KAMPUS/PEXELS

    RAMAI ibu bapa berdepan cabaran yang sama. Setiap kali sayur dihidangkan, anak terus menggeleng kepala. Ada yang menolak pinggan, ada terus tutup mulut. Hakikatnya, kanak-kanak memang cenderung memilih makanan berdasarkan rasa dan tekstur, bukan nilai pemakanan.

    Namun, kekurangan pengambilan sayur boleh memberi kesan kepada tumbesaran anak kerana sayur-sayuran kaya dengan vitamin, mineral dan serat yang penting untuk sistem penghadaman dan imuniti.

    Menurut perkongsian di Bright Path, terdapat pelbagai cara kreatif untuk memperkenalkan sayur-sayuran kepada anak kecil tanpa perlu memaksa atau menjadikan waktu makan sebagai medan perang. Dengan sedikit kreativiti, sayur boleh diselitkan dalam makanan kegemaran mereka tanpa disedari.

    1. Campur sayur dalam muffin atau pancake

    Sayur seperti zukini dan lobak merah boleh diparut halus dan dicampurkan ke dalam adunan muffin atau pancake. Selain menambah nutrien, sayur ini juga menjadikan tekstur lebih lembap dan rasa sedikit manis secara semula jadi.

    Jika anak sensitif dengan tekstur, sayur boleh dimasak dan dikisar terlebih dahulu. Labu dan avokado juga antara pilihan yang mudah menyamar dalam adunan tanpa mengubah rasa.

    1. Sos berasaskan sayur

    Sos tomato ialah asas terbaik untuk menyelitkan sayur. Lada benggala, lobak merah atau labu butternut yang telah dimasak boleh dikisar bersama sos sebelum dihidangkan dengan pasta, piza atau lasagna. Tekstur yang licin dan rasa tomato yang dominan membantu menyembunyikan rasa sayur sepenuhnya.

    1. Selit sayur dalam bebola daging atau burger

    Sayur yang diparut halus atau dikisar seperti cendawan, bayam dan lobak merah boleh dicampur bersama daging kisar. Selain meningkatkan nilai pemakanan, kaedah ini juga menjadikan daging lebih lembut dan berjus.

    1. Tukar sayur jadi fries

    Kadangkala, cara kita menamakan makanan memberi kesan besar kepada penerimaan anak. Potong lobak merah, labu butternut atau ubi keledek memanjang seperti kentang goreng, gaul dengan sedikit minyak dan bakar hingga rangup. Panggil ia fries dan lihat bagaimana rasa ingin tahu mengatasi rasa curiga anak-anak.

    1. Campurkan sayur dalam smoothie

    Smoothie ialah ‘senjata rahsia’ ibu bapa. Bayam, zucchini atau lobak merah boleh dicampur bersama buah-buahan manis seperti pisang atau mangga tanpa mengubah rasa. Tambahan yogurt atau susu membantu mengekalkan rasa yang biasa untuk anak.

    1. Nugget brokoli berkeju

    Brokoli sering menjadi sayur yang paling sukar diterima anak. Namun, rasanya yang agak neutral memudahkan ia diselitkan dalam makanan lain. 

    Brokoli yang dikukus dan dicincang halus boleh dicampur dengan serbuk roti, telur dan keju parut, kemudian dibentuk kecil dan dibakar hingga keemasan. Saiz kecilnya sesuai untuk tangan anak dan mudah dicicah.

    1. Nasi atau quinoa berperisa sayur

    Bijirin seperti nasi atau quinoa boleh dimasak menggunakan stok sayur yang dikisar berbanding air biasa. Kaedah ini menambah nutrien dan rasa tanpa meninggalkan ketulan sayur yang boleh menyebabkan anak menolak makanan.

    Resipi ringkas stok sayur

    Bahan-bahan:

    • 2 batang lobak merah (dipotong)
    • 1 biji kentang atau ubi keledek kecil (dipotong)
    • 1 cawan brokoli
    • 4 cawan air

    Cara penyediaan:

    Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan direbus hingga mendidih. Kecilkan api dan reneh selama 20 hingga 30 minit. Kisar hingga halus atau tapis jika mahukan stok jernih. Simpan di peti sejuk sehingga empat hari atau bekukan dalam acuan ais.

    Makan sayur sepatutnya menjadi pengalaman yang menyeronokkan, bukan paksaan. Cuba biasakan anak dengan sayur sejak kecil dan hidangkan ia sebagai sebahagian biasa dalam hidangan.

    Melibatkan anak semasa membeli barangan dapur atau membenarkan mereka memilih sayur sendiri juga boleh meningkatkan minat untuk mencuba.

    Dengan pendekatan yang santai dan kreatif, sayur bukan lagi musuh di meja makan sebaliknya menjadi sebahagian daripada rutin pemakanan sihat anak. – RELEVAN

    Previous ArticleApabila rambut beruban proses melindungi diri
    Next Article Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.