Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    By Umi FatehahJanuary 13, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat. - GAMBAR HIASAN RENS D/UNSPLASH

    ADAKAH anda tergolong dalam kalangan yang masih menyimpan hutang puasa bertahun-tahun? Ada dalam kalangan orang Islam yang masih keliru tentang bila qada’ perlu dilakukan dan bila fidyah dikenakan, menyebabkan hutang puasa sering ditangguh tanpa menyedari implikasinya.

    Apa itu fidyah?

    Fidyah ialah denda atau bayaran sebagai ganti untuk puasa wajib yang ditinggalkan bagi golongan yang tidak mampu menggantikannya. Ia diwajibkan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan dan diberikan kepada golongan fakir dan miskin. 

    Hukumnya wajib dilaksanakan kerana ia merupakan tanggungan kepada Allah SWT jika ditinggalkan begitu sahaja. 

    Siapa perlu membayar fidyah?

    Menurut penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, golongan yang wajib dikenakan fidyah puasa termasuk:

    • Orang tua lemah dan pesakit yang tiada harapan sembuh
    • Ibu yang mengandung dan menyusukan bayi
    • Orang yang telah meninggal dunia dengan hutang puasa yang belum diganti
    • Musafir, pesakit dan orang yang melambatkan ganti puasa (qada’)

    Dengan kata lain, kewajipan membayar fidyah tidak terhad kepada orang uzur sahaja. Ia turut dikenakan kepada sesiapa yang menunda qada’ puasa sehingga melewati tahun berikutnya walaupun dalam keadaan sihat.

    Kenapa hutang puasa yang dilambatkan jadi masalah?

    Ramai menyangka menangguhkan qada’ puasa tidak mendatangkan sebarang kesan tetapi sebenarnya apabila seseorang gagal menggantikan puasa Ramadan terdahulu sebelum memasuki Ramadan seterusnya, fidyah menjadi kewajipan syarak yang harus dipenuhi. 

    Selain itu, puasa yang tertangguh masih tanggungjawab ibadah dan meninggalkannya tanpa qada’ atau fidyah ialah berdosa kerana mengabaikan kewajipan agama. Menunaikannya pula memberi pahala kerana melengkapkan tuntutan ibadah yang tertunda.

    Fidyah bukan pengganti qada’ secara mutlak

    Satu lagi kekeliruan biasa ialah orang ramai sering anggap bahawa dengan membayar fidyah, mereka tidak perlu menggantikan puasa yang tertinggal sama sekali. 

    Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa fidyah tidak menggantikan kewajipan qada’ secara mutlak. Fidyah hanya dikenakan jika seseorang tidak menggantikan puasa pada waktu yang ditetapkan dan qada’ itu tetap perlu dilaksanakan apabila mampu. 

    Contoh realiti:

    Seorang Muslim meninggalkan lima hari puasa pada Ramadan tahun lalu, lalu menggantinya selepas masuk Ramadan tahun seterusnya tanpa membayar fidyah. Berdasarkan pandangan fikah yang dipraktikkan di Malaysia, fidyah tetap wajib dibayar kerana qada’ itu ditangguhkan ke tahun berikutnya, selain perlu menggantikan puasa tersebut. 

    Mengurus hutang puasa bertahun-tahun: Apa perlu dilakukan?

    • Kenal pasti berapa hari yang tertinggal – Rujuk catatan sendiri atau kira semula rekod puasa bertahun-tahun.
    • Ganti puasa (qada’) – Lakukan secara berperingkat di luar bulan Ramadan apabila mampu.
    • Bayar fidyah untuk setiap hari yang ditinggalkan yang tidak diganti tepat pada masanya.
    • Bayaran fidyah boleh dibuat melalui pusat zakat negeri atau institusi agama Islam yang dipertanggungjawabkan. 

    Kenapa perlu dibayar awal?

    Ramai menunggu detik hampir Ramadan untuk memikirkan hutang puasa mereka. Namun, lebih baik urusan ini diselesaikan awal kerana:

    • Ia memberi ketenangan jiwa sebelum tiba bulan mulia
    • Tidak kelam kabut apabila bulan Ramadan semakin hampir
    • Memberi masa untuk memahami hukum dengan lebih jelas.

    Fidyah bukan soal ganti cepat sebelum Ramadan tiba semata-mata, ia adalah amanah syarak yang perlu dilunaskan apabila seseorang menyedari kewajipannya. – RELEVAN

    Previous ArticleCara menabung paling ‘bare minimum’
    Next Article Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.