Facebook Twitter
    Trending
    • 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    • Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    • Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    • Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Parut buli yang tidak akan sembuh

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    By Nur Aliya Qistina AsyrafJanuary 8, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Parut buli yang tidak akan sembuh. GAMBAR HIASAN CANVA
    Nur Aliya Qistina Asyraf

    SETIAP senyuman yang diukir oleh seorang mangsa buli seringkali menyembunyikan banyak penderitaan dan parut yang mendalam. Inilah realiti yang jarang kita ketahui. Mereka hidup dengan rutin biasa seperti kita, namun perbezaannya adalah mereka membawa beban emosi yang tidak pernah diluahkan. 

    Itupun, masih ramai yang tidak sedar kata-kata dan perlakuan mampu beri impak besar terhadap kehidupan seseorang. Itulah zaman yang sedang kita lalui, dimana kurangnya kesedaran terhadap isu buli dan masih ramai yang memandang enteng isu ini.

    Kesannya tidak dapat dilihat secara fizikal, namun keyakinan diri mereka dibunuh, kebahagiaan diri mereka diragut dan masa depan mereka menjadi kabur. Hidup mereka ibarat sebuah cermin yang sudah retak, masih memantulkan fizikal mereka, namun tidak jelas siapa sebenarnya di cermin itu.

    Statistik dan kesan psikologi yang semakin parah

    Menurut artikel daripada Busthami Nur, Malaysia pernah mencatatkan data peningkatan secara konsisten dalam kes buli iaitu pada tahun 2012, Menteri Pendidikan melaporkan sebanyak 4,159 pelajar (3.88%) terlibat dalam kes buli, dan antara 2012 dan 2015, lebih daripada 14,000 kes direkodkan, dan kebanyakannya ialah buli fizikal. 

    Pada tahun 2021, satu kajian melibatkan 4,469 pelajar menunjukkan 79.1% pelajar terlibat dalam kes buli. Statistik itu meningkatkan kebimbangan tentang keselamatan dan kesihatan mental pelajar. Ini merupakan data yang berjaya direkodkan, bagaimana pula dengan yang tidak berjaya direkodkan?

    Menurut kajian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), kebanyakan mangsa buli mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD). Dalam artikel yang ditulis Mustapa Kamal, PTSD merupakan sebuah keadaan kesihatan mental yang berlaku apabila seseorang itu masih “tersangkut” dalam trauma yang sudah lama berlaku. 

    Kebiasaannya ia muncul dalam empat cara iaitu kerap mengalami mimpi buruk atau kilas balik (Intrusion Symptoms), mereka akan cuba mengelak melakukan sesuatu yang boleh mengingatkan semula pada kejadian traumatik itu (Avoidance and Numbing), fikiran dan emosi yang lebih ke arah negatif seperti tidak yakin diri, mudah marah, mudah takut atau mudah rasa bersalah (Alterations in  Mood and Cognition), dan akhir sekali tubuh badan mereka akan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga seperti mudah terkejut dan bertindak secara melulu (Arousal).

    Perlakuan buli merupakan sebuah perkara kejam yang boleh dilakukan terhadap seseorang kerana ia mampu meninggalkan kesan berpanjangan terhadap mangsa seperti trauma, kurang keyakinan diri, kemurungan ataupun kembimbangan sosial. 

    Perkara yang lebih kejam apabila penyakit ini memerlukan rawatan jangka masa lama untuk sembuh, malahan mangsa perlu mengulangi kenangan perit tersebut secara terus-menerus demi menyembuhkan trauma mereka.

    Implikasi buli secara menyeluruh

    Selain gangguan emosi, mangsa terkesan daripada segi akademik dan prestasi diri, terutama dalam pelajaran ataupun kerjaya. Tanpa kita sedar, terdapat orang di sekeliling seperti rakan-rakan dan ahli keluarga yang telah menjadi mangsa buli, namun tiada yang menyedarinya kerana kebanyakan mangsa buli tidak pernah dan tidak mahu menceritakan pengalaman pahit mereka itu kerana menganggap ianya sebagai kelemahan diri. 

    Pada akhirnya, mereka menunjukkan tindak balas buli tersebut melalui perilaku mereka yang sering kita anggap sebagai kurang fokus dan tiada motivasi untuk berjaya. Menurut artikel daripada Karsodikromo, kebanyakan mangsa buli mengalami tekanan perasaan yang boleh menyebabkan hilang motivasi untuk melakukan sesuatu, perasaan kecewa yang ekstrem, malah turut berpotensi untuk menghadapi kemurungan, dan berisiko untuk mencederakan diri atau manamatkan nyawa sendiri. 

    Jadi, adakah kita sebagai rakan atau keluarga cukup peduli dengan orang di sekeliling kita yang sedang menderita dengan trauma yang dialami mereka ataupun turut mencemuh mangsa-mangsa ini dengan gelaran ‘pemalas’?

    Selain itu, buli menyebabkan mangsa menghadapi kesukaran untuk bersosial, dan memberi kepercayaan pada orang lain kerana mereka rasa malu dan seolah-olah tidak diterima oleh masyarakat sekeliling. 

    Antara perilaku mangsa-mangsa buli yang sering kita lihat, namun tidak terlalu peduli adalah sikap suka mengasingkan diri daripada berinteraksi dengan orang sekelilingnya. Malahan, ada antara kita yang menganggap sikap tersebut hanyalah citra diri mereka sebagai seorang pendiam yang memilih untuk tidak bersosial. 

    Tetapi, adakah kita sedar mangsa-mangsa buli ini memilih untuk tidak bersosial kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap orang-orang sekeliling disebabkan trauma buli yang dialami berpunca daripada orang terdekat yang mematahkan kepercayaan mereka.

    Kesimpulannya, buli merupakan perilaku buruk dan kejam yang dilakukan kepada seseorang. Kesannya ibarat parut yang tidak akan sembuh, malahan berdarah apabila disentuh. 

    Sebagai masyarakat yang prihatin, adakah kita sudah cukup peduli terhadap mangsa-mangsa buli ataupun menutup mata dan telinga kerana menganggap penderitaan mereka bukanlah tanggungjawab kita?

    Setiap mangsa buli mengalami tindak balas yang berbeza-beza tetapi penderitaan mereka masih sama. Oleh itu, cukuplah kita memandang enteng tentang isu buli ini dan mula bertindak sebagai masyarakat prihatin yang peduli dengan penderitaan yang dialami oleh setiap mangsa buli. – RELEVAN

    Penulis merupakan pelajar sarjana muda tahun akhir kursus Komunikasi Media Baharu, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
    Previous ArticleTarikh penting buat rakyat Malaysia
    Next Article Beli dulu baru menyesal kemudian

    Artikel berkaitan

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026
    Artikel Terkini

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.