Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    By Umi FatehahJanuary 7, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca. - GAMBAR HIASAN TYSON/UNSPLASH

    SELAMA ini, darah tinggi atau hipertensi sering dianggap penyakit orang dewasa khususnya warga emas. Namun realitinya, masalah ini semakin dikesan dalam kalangan kanak-kanak malah pada usia sekolah rendah. 

    Antara faktor utama yang semakin membimbangkan ialah pengambilan makanan berproses yang berlebihan dalam diet harian kanak-kanak.

    Menurut pakar kesihatan, perubahan corak pemakanan dan gaya hidup moden telah menjadikan kanak-kanak lebih terdedah kepada penyakit yang sebelum ini jarang dikaitkan dengan usia muda.

    Darah tinggi dalam kalangan kanak-kanak

    Hipertensi berlaku apabila tekanan darah berada pada paras lebih tinggi daripada julat normal secara berterusan. Bagi kanak-kanak, paras tekanan darah normal berbeza mengikut umur, jantina dan ketinggian.

    Menurut Mayo Clinic Health System, darah tinggi dalam kalangan kanak-kanak sering tidak menunjukkan simptom yang jelas, menyebabkan ramai ibu bapa tidak menyedari masalah ini sehingga ia dikesan melalui pemeriksaan kesihatan.

    Makanan berproses antara penyumbang utama

    Makanan berproses seperti sosej, nugget, mi segera, makanan segera, snek dan minuman bergula lazimnya mengandungi kandungan garam (natrium), gula dan lemak tepu yang tinggi.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan natrium yang berlebihan merupakan salah satu faktor utama peningkatan tekanan darah, termasuk dalam kalangan kanak-kanak. Natrium berlebihan menyebabkan tubuh menahan lebih banyak air, sekali gus meningkatkan tekanan dalam saluran darah.

    WHO turut menegaskan bahawa pengurangan pengambilan natrium sejak usia muda mampu mengurangkan risiko hipertensi dan penyakit kardiovaskular pada masa hadapan.

    Namun, majoriti kanak-kanak mengambil natrium melebihi paras yang disyorkan. Sumber utama natrium bukan datang daripada garam yang ditambah ketika memasak tetapi daripada makanan berproses dan makanan segera.

    Ini termasuk makanan yang sering dianggap ringan seperti biskut, keropok dan makanan sejuk beku yang sebenarnya mengandungi natrium tersembunyi dalam kuantiti tinggi.

    Obesiti, gaya hidup dan darah tinggi

    Selain pemakanan, gaya hidup sedentari memburukkan keadaan. Kanak-kanak kini lebih banyak menghabiskan masa dengan skrin dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

    Menurut laporan dalam Today’s Dietitian, obesiti kanak-kanak mempunyai kaitan rapat dengan tekanan darah tinggi dan risiko ini meningkat apabila diet harian tinggi dengan makanan ultra-berproses.

    Laporan tersebut turut mendapati pengambilan makanan ultra-berproses berkait secara langsung dengan peningkatan tekanan darah, meskipun faktor berat badan dan tahap aktiviti fizikal telah diambil kira.

    Kesan jangka panjang jika tidak dikawal

    Menurut WHO, kanak-kanak yang mengalami darah tinggi berisiko tinggi untuk terus mengalami hipertensi apabila dewasa. Keadaan ini meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan masalah buah pinggang pada usia lebih muda berbanding generasi terdahulu.

    Tekanan darah tinggi juga boleh memberi kesan terhadap keupayaan kognitif dan kesihatan salur darah dalam jangka panjang.

    Pakar kesihatan menegaskan bahawa pencegahan perlu bermula di rumah. Ibu bapa digalakkan untuk mengehadkan pemberian makanan berproses, menyediakan makanan segar dan seimbang serta membiasakan anak-anak membaca label pemakanan.

    Memasak di rumah dan mengurangkan makanan segera merupakan langkah paling berkesan untuk mengawal pengambilan garam dan gula dalam kalangan kanak-kanak. – RELEVAN

    Previous Article7 makanan mesra usus
    Next Article Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.