Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Luca Paciola, Bapa Perakaunan

    Luca Paciola, Bapa Perakaunan

    By AMAL HAYATI FAUZIDecember 24, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Luca Pacioli, Bapa Perakaunan

    PRINSIP perakaunan dianggap sebagai subjek yang memfokuskan kepada angka, laporan kewangan dan pematuhan piawaian. Namun, sejarah membuktikan bahawa perakaunan lahir daripada pemikiran yang lebih mendalam merangkumi nilai moral, falsafah hidup dan kebijaksanaan dalam membuat sebarang keputusan.

    Tokoh utama di sebalik pembentukan prinsip perakaunan ialah Luca Pacioli yang merupakan seorang sarjana asal Itali pada zaman Renaissance. Beliau dijuluki dengan panggilan sebagai Bapa Perakaunan yang termaktub dalam buku sejarah hari ini.

    Bagaimana prinsip perakaunan dibentuk

    Pada zaman pembaharuan berkurun tahun lalu, setiap transaksi kewangan bukan hanya melibatkan urusan ekonomi semata-mata. Sebaliknya, ia juga memberi kesan kepada masyarakat berkait dengan moral, sosial, politik dan agama. Prinsip ini mementingkan keseimbangan dan kesederhanaan sebagai asas ketika membuat keputusan berkait isu kewangan.

    Konsep ratio atau akaun pada ketika itu dikaitkan dengan idea perkadaran. Satu prinsip falsafah dikenali dalam bahasa roman sebagai “in medio stat virtus” menjadi pegangan terpenting pada masa itu untuk membanteras sebarang bentuk penyelewengan kewangan. Secara tidak langsung perkara ini dijadikan iktibar dan prinsip perakaunan yang menekankan ketelusan dan tanggungjawab juga wujud.

    Sumbangan Luca Pacioli dalam dunia perakaunan

    Bakti terbesar Luca Pacioli adalah melalui beberapa karya agungnya termasuk Summa de arithmetica dan geometria yang meletakkan perakaunan setaraf dengan ilmu matematik.

    Cendekiawan ini memperincikan sistem catatan bergu yang merupakan perkara terpenting dalam sistem perakaunan sebagai satu kaedah yang merekodkan setiap transaksi. Cara ini harus memastikan setiap urus niaga direkodkan secara seimbang. Jika berlaku sebaliknya bermaksud terdapat kesilapan yang perlu dibetulkan.

    Luca Pacioli turut memperkenalkan struktur sistematik dalam perakaunan. Antaranya ialah penyediaan inventori diikuti penggunaan buku lejar bagi menyusun rekod kewangan. Selain itu, pendekatan secara berperingkat juga ditekankan demi memastikan ketelitian dalam setiap aspek berkait dengan kewangan.

    Prinsip perakaunan sebagai cermin kehidupan

    Bagi Luca Pacioli, perakaunan dikiaskan sebagai cermin atau dalam bahasa purba ialah speculum iaitu tempat seseorang menilai tindakan dan imej mereka. Istilah “spekulasi” dalam dunia kewangan hari ini juga berakar daripada konsep ini.

    Melalui rekod kewangan, individu dan sesebuah organisasi dapat menilai sama ada tindakan mereka wajar, beretika dan selari dengan nilai masyarakat.

    Ketika zaman Revolusi Perindustrian, perakaunan mula berkembang sebagai alat praktikal untuk mengurus perniagaan berskala besar. Walaupun fokusnya lebih tertumpu kepada kecekapan serta keuntungan, prinsip seperti keseimbangan dan ketelusan yang diasaskan oleh Luca Pacioli sendiri jugalah yang menjadi penanda aras dan amalan pada dunia perakaunan zaman moden.

    Prinsip perakaunan dipelajari dalam institusi pendidikan

    Hari ini, prinsip perakaunan diajar seawal peringkat sekolah menengah dan diteruskan di institusi pengajian tinggi. Pelajar belajar konsep asas seperti persamaan perakaunan, debit dan kredit, penyediaan penyata kewangan serta kepentingan rekod yang tepat.

    Walaupun pendekatannya lebih moden dan berpandukan piawaian antarabangsa, asas pemikiran intelek seperti Luca Pacioli masih kekal dan tidak ditelan dek zaman. Perakaunan bukan hanya melatih mengira, malah membentuk pemikiran seseorang lebih kritis, teliti dan bertanggungjawab.

    Peluang kerjaya dalam bidang perakaunan

    Kerjaya dalam bidang ini adalah stabil dan sentiasa berkembang kerana ia merupakan struktur terpenting dalam pembentukan negara sepanjang zaman. Peranan akauntan kini melangkaui tugas asalnya seperti penyediaan akaun dan audit kepada tugas di tahap tertinggi seperti penasihat kewangan dan pakar tadbir urus.

    Kemunculan kerjaya baharu dalam bidang ini seperti perakaunan forensik, percukaian antarabangsa, kewangan Islam membuktikan perakaunan terus berevolusi dengan prinsip asasnya yang dipraktikkan sejak dahulu oleh Luca Pacioli.

    Sehubungan itu, pemilihan elektif prinsip perakaunan di peringkat sekolah menengah adalah pilihan yang tepat terutama pada pelajar yang mempunyai minat terhadap subjek matematik. Mata pelajaran ini membuka laluan kepada pelbagai kerjaya profesional dan mebina kemahira membuat keputusan berasaskan fakta. – RELEVAN

    Previous ArticleMasscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan
    Next Article Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

    Artikel berkaitan

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.