Facebook Twitter
    Trending
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    • SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

    Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

    By Umi FatehahDecember 24, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang. - GAMBAR HIASAN JAKUB ZERDZICKI

    SETIAP kali menjelang tahun baharu, ramai memasang azam untuk memperbaiki kedudukan kewangan masing-masing. Namun, azam yang sama sering berulang. Mahu menyimpan lebih banyak dan bebas daripada beban hutang. 

    Niat itu tidak salah tetapi kerana pendekatan yang tidak realistik dan kurang disiplin menyebabkan azam ini sukar dicapai.

    Tahun 2026 wajar menjadi titik perubahan. Dalam keadaan kos sara hidup yang terus meningkat, kadar faedah pinjaman yang tidak menentu dan ketidaktentuan ekonomi global, keupayaan mengurus simpanan dan hutang bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan.

    Menurut Grow Financial, berikut ialah empat azam kewangan yang wajar diikuti oleh semua orang.

    1. Semak semula bajet bulanan

    Langkah paling asas tetapi sering diabaikan dalam pengurusan kewangan ialah menyemak semula bajet bulanan secara berkala. 

    Bajet yang berkesan enam bulan lalu mungkin tidak lagi sesuai hari ini. Penting untuk kita menilai semula jumlah pendapatan, perbelanjaan tetap serta corak simpanan semasa. Bajet bukan sekadar senarai angka tetapi panduan yang menentukan ke mana wang anda pergi setiap bulan.

    Grow Financial turut mencadangkan agar anda mencuba pelbagai kaedah bajet seperti kaedah sampul surat, kaedah 50/30/20 atau bajet sifar (zero-based budget). Setiap orang mempunyai keperluan dan cabaran berbeza. Jadi bajet terbaik ialah yang mampu dipatuhi secara konsisten.

    1. Pilih strategi khusus untuk tangani hutang berfaedah tinggi

    Hutang dengan kadar faedah tinggi merupakan antara punca utama tekanan kewangan. Kunci untuk mengurangkan hutang bukan sekadar membayar ansuran minimum tetapi mempunyai strategi yang jelas dan berdisiplin.

    Dua kaedah yang sering disarankan ialah kaedah snowball dan avalanche. Kaedah snowball memberi fokus kepada melangsaikan hutang dengan baki paling kecil terlebih dahulu. Kejayaan kecil ini membantu meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.

    Kaedah avalanche pula menumpukan kepada hutang dengan kadar faedah tertinggi terlebih dahulu bagi mengurangkan jumlah faedah keseluruhan dalam jangka panjang. Kedua-duanya berkesan, namun pemilihan strategi perlu disesuaikan dengan personaliti dan kemampuan kewangan individu.

    Apa yang lebih penting ialah komitmen untuk tidak menambah hutang baharu ketika dalam proses melangsaikan hutang sedia ada. Tanpa perubahan tabiat, usaha pengurangan hutang akan menjadi sia-sia.

    1. Tingkatkan simpanan sebanyak satu hingga lima peratus

    Ramai beranggapan simpanan hanya boleh dimulakan selepas hutang selesai sepenuhnya. Namun, pendekatan ini kurang tepat. Masa merupakan aset paling berharga dalam simpanan dan menangguhkan simpanan hanya akan merugikan.

    Grow Financial mencadangkan agar anda meningkatkan kadar simpanan sebanyak satu hingga lima peratus sahaja sebagai permulaan. Kenaikan kecil ini mungkin kelihatan tidak signifikan tetapi dalam jangka panjang, konsistensi akan memberi kesan besar.

    Jika lima peratus dirasakan terlalu membebankan, mulakan dengan satu peratus dan tingkatkan secara berperingkat apabila kewangan semakin stabil. Simpanan yang dilakukan secara konsisten lebih berkesan berbanding simpanan besar yang tidak berterusan.

    Bagi mengoptimumkan simpanan, anda digalakkan untuk menggunakan akaun simpanan berfaedah lebih tinggi supaya wang yang disimpan dapat berkembang tanpa memerlukan usaha tambahan.

    1. Mulakan kira-kira untuk hari persaraan

    Persaraan sering dianggap isu yang perlu difikir apabila sudah tua. Ini menyebabkan ramai yang menangguh-nangguh membina simpanan untuk masa depan. 

    Namun, azam kewangan yang kukuh perlu merangkumi perancangan persaraan walaupun anda masih muda dan setahun jagung dalam dunia kerjaya.

    Semakin awal simpanan persaraan dimulakan, semakin besar manfaat kesan penggandaan faedah (compound interest). Menunggu sehingga kononnya ‘masa yang tepat’ selalunya menyebabkan masa terbuang tanpa disedari.

    Grow Financial menegaskan bahawa perancangan persaraan bukan tentang jumlah yang besar tetapi tentang membina tabiat menyimpan secara konsisten. 

    Menjadikan persaraan sebagai sebahagian daripada azam kewangan 2026 adalah langkah matang ke arah kestabilan jangka panjang, sekali gus mengurangkan risiko bergantung sepenuhnya kepada orang lain pada masa hadapan. – RELEVAN

    Previous ArticleLuca Paciola, Bapa Perakaunan
    Next Article 5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

    Artikel berkaitan

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026

    Jangan simpan ini dalam kereta!

    February 9, 2026

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026
    Artikel Terkini

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026

    Jangan simpan ini dalam kereta!

    February 9, 2026

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.