Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut

    Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut

    By Umi FatehahOctober 2, 20255 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut. - GAMBAR AFP

    MISI Global Sumud Flotilla (GSF) terus mendapat perhatian dunia apabila lebih 50 buah kapal dengan perwakilan daripada sekurang-kurangnya 44 negara yang membawa pejuang kemanusiaan masih nekad menuju ke Gaza walaupun berdepan risiko dipintas tentera Israel. 

    Mereka bukan sahaja mencabar sekatan laut Israel yang berlarutan sejak 2007 tetapi juga mencerminkan solidariti masyarakat dunit terhadap nasib rakyat Palestin yang terperangkap dalam perang yang berpanjangan.

    Israel sekat laluan pejuang GSF

    Menurut Reuters, pasukan tentera Israel telah menghentikan 13 kapal yang membawa pasukan aktivis dan bantuan ke Gaza tetapi 30 bot lain masih meneruskan pelayaran menuju wilayah Palestin yang musnah akibat perang.

    Sebuah video daripada Kementerian Luar Israel yang disahkan oleh Reuters menunjukkan aktivis paling berpengaruh, Sweden Greta Thunberg, duduk di atas geladak kapal dikelilingi tentera Zionis.

    “Beberapa kapal dalam flotila Hamas-Sumud telah berjaya dihentikan dengan selamat dan para penumpangnya sedang dipindahkan ke sebuah pelabuhan Israel.

    “Greta dan rakan-rakannya selamat dan sihat,” kata Kementerian Luar Israel di platform X. 

    Konvoi GSF menghimpunkan lebih 40 kapal yang membawa kira-kira 500 penumpang merangkumi ahli parlimen, peguam dan aktivis bersama bekalan ubat-ubatan dan makanan untuk mangsa genosid di Gaza.

    Gerakan kemanusian itu juga memuat naik beberapa video di media sosial dengan mesej daripada penumpang di atas kapal yang memegang pasport dan mendakwa mereka diculik serta dibawa ke Israel tanpa kerelaan. 

    Mereka turut mengulangi bahawa misi ini adalah usaha kemanusiaan tanpa keganasan.

    Kecaman keras terhadap tindakan kejam Israel

    Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean turut menjadi tumpuan seluruh dunia apabila negara termasuk Turki, Sepanyol dan Itali menghantar bot atau dron sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya warganegara mereka memerlukan bantuan meskipun Israel berulang kali memberi amaran supaya berpatah balik.

    Kementerian Luar Negara Turki menyifatkan tindakan Israel terhadap GSF sebagai serangan pengganasan yang membahayakan nyawa orang awam tidak bersalah.

    Presiden Colombia, Gustavo Petro pada Rabu lalu mengarahkan pengusiran seluruh delegasi diplomatik Israel selepas dua warganya ditahan dalam perjalanan meneruskan misi tersebut. 

    Petro turut menyifatkan penahanan di bawah arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai berpotensi menjadi jenayah antarabangsa baharu dan menuntut pembebasan warganya. Beliau juga menamatkan perjanjian perdagangan bebas Colombia dengan Israel.

    Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Israel memintas flotila, sambil menyatakan bahawa lapan rakyat Malaysia telah ditahan.

    “Dengan menyekat misi kemanusiaan, Israel telah menunjukkan penghinaan mutlak bukan sahaja terhadap hak rakyat Palestin malah terhadap hati nurani dunia.

    “Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila warganegara kita terlibat.

    “Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Tindakan Israel memintas GSF juga mencetuskan protes di Itali dan Colombia. Kesatuan sekerja Itali mengumumkan mogok umum pada Jumaat sebagai tanda solidariti dengan flotila bantuan antarabangsa tersebut.

    Tentera laut Israel sebelum ini memberi amaran bahawa flotila itu sedang menghampiri zon pertempuran aktif dan melanggar sekatan sah serta meminta mereka mengubah haluan. Mereka turut menawarkan untuk menyalurkan bantuan dengan selamat melalui saluran rasmi ke Gaza.

    30 bot masih berlayar ke Gaza

    Misi GSF adalah cubaan terkini untuk memecahkan sekatan laut Israel terhadap Gaza yang sebahagian besar wilayahnya kini musnah akibat genosid yang berlangsung selama hampir dua tahun.

    Serbuan pada Rabu lalu dikecam penganjur GSF sebagai jenayah perang. Mereka mendakwa tentera Israel menggunakan tindakan agresif seperti meriam air namun mengesahkan tiada penumpang yang tercedera.

    Kapal-kapal itu berada kira-kira 70 batu nautika dari Gaza ketika dipintas iaitu dalam zon yang diawasi Israel bagi menghalang sebarang bot menghampiri. Penganjur berkata komunikasi mereka turut diganggu termasuk siaran langsung kamera dari beberapa bot.

    Berdasarkan data penjejakan flotila, 13 kapal telah dipintas atau dihentikan setakat awal Khamis. Namun penganjur tetap bertegas dan menyatakan bahawa misi GSF akan diteruskan.

    Semakin menghampiri Gaza

    Penganjur GSF dalam sebuah hantaran di Telegram berkata bahawa setakat ini, 30 kapal masih berlayar menuju Gaza dengan jarak hanya kurang daripada 46 batu nautika daripada Gaza. 

    Dalam sebuah kenyataan di X, Duta Israel di Itali berkata penolakan berterusan untuk menyerahkan bantuan melalui saluran rasmi menunjukkan objektif sebenar bukanlah kemanusiaan tetapi provokasi.

    Terdahulu, Israel telah mengenakan sekatan laut terhadap Gaza sejak Hamas mengambil alih wilayah itu pada 2007. Sejak itu, sudah beberapa kali aktivis antarabangsa cuba menghantar bantuan melalui laut.

    Pada 2010, sembilan aktivis terbunuh apabila tentera Israel menaiki flotila enam kapal yang membawa 700 aktivis pro-Palestin dari 50 negara.

    Pada Jun tahun ini, tentera laut Israel menahan Greta Thunberg dan 11 anak kapal daripada sebuah kapal kecil yang dianjurkan kumpulan pro-Palestin, Freedom Flotilla Coalition ketika mereka menghampiri Gaza.

    Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza selepas serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 yang menurut Israel menyebabkan kira-kira 1,200 orang terbunuh dan 251 dijadikan tebusan. 

    Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, sejak serangan Israel itu, kira-kira lebih 65,000 rakyat Gaza telah terkorban. 

    Dalam keadaan genting ini, doa dan sokongan moral daripada kita semua amat bermakna. Semoga konvoi pejuang GSF dilindungi dan berjaya menyampaikan bantuan kepada rakyat Gaza yang amat memerlukannya. – RELEVAN

    Previous ArticleApa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 
    Next Article Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.