Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

    Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

    By Umi FatehahOctober 1, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara. - GAMBAR HIASAN LEELOOTHEFIRST/PEXELS

    SETIAP Oktober diraikan sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara di seluruh dunia. Simbol reben merah jambu menjadi peringatan bahawa kanser ini boleh dihadapi sesiapa sahaja terutama wanita. 

    Di Malaysia, kanser payudara masih menjadi antara penyebab utama kematian wanita akibat kanser. Namun begitu, langkah pencegahan dan pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa.

    Pada masa sama, masih ramai yang tidak pasti proses pemeriksaan kanser payudara atau di mana tempat terbaik untuk melakukan ujian. Berikut adalah panduan bagi membantu mengelak daripada menghadapi kanser.

    Bila perlu buat pemeriksaan?

    Pemeriksaan kanser payudara bukan hanya untuk wanita yang berusia atau mempunyai simptom. Semua wanita digalakkan melakukan pemeriksaan mengikut kategori seperti berikut:

    • Berumur 20-39 tahun: Lakukan pemeriksaan sendiri (Breast Self-Examination, BSE) setiap bulan. Dapatkan pemeriksaan klinikal oleh doktor setiap tiga tahun sekali.
    • 40 tahun ke atas: Lakukan BSE setiap bulan. Pemeriksaan klinikal oleh doktor setiap tahun. Disarankan buat mamogram setiap dua tahun sekali, terutama jika ada faktor risiko.
    • Mempunyai sejarah keluarga (contoh ibu, kakak, adik menghidap kanser payudara): Disarankan jalani pemeriksaan lebih awal dan kerap.

    Di mana untuk membuat pemeriksaan?

    Klinik kesihatan kerajaan menyediakan pemeriksaan asas secara percuma atau dengan bayaran minima. Doktor di klinik akan memberikan surat rujukan ke hospital lebih besar untuk mendapatkan mamogram atau pemeriksaan lanjut.

    Hospital kerajaan mempunyai kemudahan mamogram, ultrasound dan rawatan susulan dengan kos yang rendah berbanding sektor swasta. 

    Bagi mereka yang mahu pemeriksaan lebih cepat tanpa perlu menunggu giliran panjang, hospital dan klinik swasta menawarkan perkhidmatan yang sama tetapi pada harga lebih mahal.

    Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan hospital juga menganjurkan program mamogram bergerak atau kempen kesihatan awam terutamanya di kawasan luar bandar. 

    Program sebegini memberi peluang kepada lebih ramai wanita menjalani pemeriksaan tanpa perlu keluar jauh dari tempat tinggal mereka.

    Kos dan subsidi kerajaan

    Salah satu faktor yang sering menjadi kerisauan ialah kos. Di klinik dan hospital kerajaan, pemeriksaan asas biasanya percuma. Mamogram pula boleh dilakukan dengan bayaran antara RM50 hingga RM150. 

    Di hospital swasta, kos mamogram lazimnya sekitar RM150 hingga RM300 manakala ultrasound mencecah RM100 hingga RM200.

    Namun, kerajaan melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyediakan Mammogram Screening Programme (MSP) iaitu skim mamogram percuma atau bersubsidi untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. 

     

    Program tersebut bertujuan meringankan beban kos dan mendorong lebih ramai wanita membuat pemeriksaan awal. 

    Sila rujuk kepada Klinik Nur Sejahtera LPPKN berhampiran untuk mendapatkan senarai pusat-pusat mamogram yang menyertai Program Subsidi Ujian Mamogram ini atau layari http://mamogram.lppkn.gov.my. 

    Persediaan sebelum pemeriksaan

    Jika sudah menetapkan janji temu, pastikan anda membawa kad pengenalan serta surat rujukan (jika ada). 

    Pakailah pakaian dua lapis seperti blaus dan seluar atau skirt supaya lebih mudah ditanggalkan ketika pemeriksaan. Elakkan juga daripada menggunakan deodoran, losyen atau bedak di bahagian ketiak dan payudara kerana ia boleh mengganggu hasil imbasan mamogram.

    Paling penting, persiapkan diri dari segi mental. Ingatlah bahawa pemeriksaan ini hanya mengambil masa singkat tetapi boleh memberi kesan besar dalam melindungi kesihatan anda.

    Anda juga disarankan untuk melakukan pemeriksaan selepas haid kerana pada masa itu payudara kurang sensitif.

    Elakkan juga untuk minum minuman yang berkafein (kopi, teh, air berkabonat dan coklat) selama seminggu atau dua minggu sebelum hari temujanji. Kafein boleh menyebabkan payudara terasa sakit. 

    Panduan ini adalah permulaan untuk mengesan kanser payudara dan langkah awal untuk mengawal kanser.- RELEVAN

    Previous ArticleTujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume
    Next Article Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.