Facebook Twitter
    Trending
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Senarai cuti umum 2026
    • Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 
    • Berwaspada bila susut berat badan
    • Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang
    • 10 pekerjaan permintaan tinggi 2026
    • Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros
    • 5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025

      5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

      December 26, 2025

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025
    • Kewangan

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      December 31, 2025

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025
    • Kerjaya

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Memerangi gula, naik taraf kemudahan dan inisiatif kesihatan lain dalam Belanjawan 2025

    Memerangi gula, naik taraf kemudahan dan inisiatif kesihatan lain dalam Belanjawan 2025

    By October 18, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEBANYAK RM45.3 bilion peruntukan disediakan untuk Kementerian Kesihatan dalam Belanjawan 2025, menjadikannya sebagai penerima kedua terbesar dalam belanjawan tersebut selepas Kementerian Pendidikan.

    Jumlah tersebut meningkat berbanding RM41.2 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sistem penjagaan kesihatan yang rumit dan pemaduan badan kesihatan awam dengan swasta sangat diperlukan ketika ini.

    Berpandukan matlamat tersebut, beberapa langkah telah digariskan dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober.

    1. Penyasaran subsidi kesihatan

    Menurut Anwar, penyasaran subsidi bakal turut melibatkan sektor kesihatan awam. 

    Beliau berkata, golongan berpendapatan tinggi wajar menyumbang kepada perkhidmatan kesihatan lebih baik di hospital kerajaan.

    Dengan itu, penjimatan yang diraih dapat dimanfaatkan untuk membiayai peranti perubatan bagi pesakit miskin serta menaik taraf peralatan hospital dan klinik awam.

    2. Naik taraf prasarana kesihatan

    Kerajaan menyediakan RM1.35 bilion bagi menyelenggara prasarana kesihatan termasuk membaiki tandas hospital yang uzur dan wad-wad pesakit yang usang.

    Dalam pada itu, kerajaan juga bakal terus menaik taraf klinik-klinik daif seluruh negara. 

    Di bawah pemerintahan Madani setakat ini, peruntukan naik taraf klinik ditingkatkan setiap tahun, iaitu RM100 juta (2023), RM150 juta (2024) dan RM300 juta untuk tahun hadapan.

    Sementara itu, Perkhidmatan Komuniti Bergerak terus diperbanyak dengan peruntukan RM100 juta bagi memenuhi keperluan masyarakat desa dan pedalaman.

    Perkhidmatan tersebut memudahkan masyarakat mendapat khidmat kewangan dan kerajaan, termasuk khidmat kesihatan melalui:

    • Perkhidmatan Komuniti Bergerak Sabah Sarawak yang diperluas ke Kampung Pangaraan, Sabah dan Pulau Bruit, Sarawak.  
    • Klinik bergerak oleh hospital pengajar universiti yang diteruskan seperti rawatan saringan mamogram oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya.  
    • Klinik Gigi Bergerak yang ditambah sembilan lagi, menjadikan 54 buah di seluruh negara. 

    3. Perang terhadap gula 

    Menurut Anwar, Malaysia merupakan antara negara paling obes di rantau Asia Tenggara. Musuh utama penyakit tidak berjangkit adalah gula.

    Bagi menyokong perang terhadap gula (war on sugar), kerajaan bercadang menaikkan duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 sebanyak 40 sen seliter. 

    Beliau berkata, hasil yang diraih bakal dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan kesihatan awam, antaranya meliputi:

    • Penambahan bekalan ubat SGLT-2 inhibators bagi kegunaan rawatan diabetes.
    • Penyediaan rawatan dialisis peritoneal untuk pesakit buah pinggang tahap akhir. 

    Dalam pada itu, sebagai sokongan terhadap Agenda Nasional Malaysia Sihat, sebanyak RM27 juta disediakan bagi merancakkan lagi aktiviti sukan dan riadah rakyat, termasuk penganjuran Hari Sukan Negara.

    Menurut Anwar, skop pelepasan cukai pendapatan individu ke atas perbelanjaan perubatan akan diperluas meliputi bayaran ujian pengesanan penyakit, pembelian peralatan pemeriksaan kesihatan dan kit ujian pengesanan penyakit.

    Artikel berkaitan: Belanjawan 2025: STR, bantuan keluarga miskin dan inisiatif lain

    Artikel berkaitan: Belanjawan 2025: Di sebalik angka RM421 bilion

    4. Perkhidmatan kesihatan awam berdaya tahan

    Dalam Belanjawan 2025, sistem dan struktur kesihatan awam terus diperkasa supaya lebih berdaya tahan, mampan dan mandiri.

    Kerajaan memperkenalkan Rakan KKM yang melibatkan kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC). Ia bertujuan menyediakan pilihan perkhidmatan kesihatan berbayar pada kadar berpatutan kepada pesakit. 

    Pelaksanaannya bakal bermula di lima hospital kerajaan yang mempunyai permintaan tinggi serta infrastruktur sesuai, seperti Hospital Cyberjaya dengan peruntukan awal RM25 juta. 

    Dalam pada itu, kerajaan juga meningkatkan jalinan kerjasama dengan 91 hospital swasta bagi menyumber luar pesakit Kementerian Kesihatan melibatkan perkhidmatan seperti kardiologi, radiologi dan nefrologi.

    Menurut Anwar, pendekatan tersebut secara tidak langsung bakal mewujudkan elemen persaingan bagi mendapatkan harga terbaik buat kerajaan. 

    Katanya, penyumberluaran tersebut turut diteruskan dengan Institut Jantung Negara (IJN) melibatkan pesakit jantung dari kalangan pesara kerajaan. 

    Kerajaan juga bakal melaksanakan dasar offtake atau perolehan khusus daripada syarikat yang membuat pelaburan domestik baharu untuk mengeluarkan produk farmaseutikal dan peranti perubatan kritikal. 

    Pendekatan tersebut dapat menyokong keterjaminan bekalan ubat dari sumber tempatan dan berupaya mengurangkan kos dalam jangka masa sederhana.

    5. RM100 juta untuk Pusat Kecemerlangan Kesihatan

    Bagi mengukuhkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan, kerajaan memperuntukkan RM100 juta ringgit termasuk untuk perolehan terkini. 

    Pemberian tersebut adalah untuk mengiktiraf pakar-pakar kesihatan terbaik negara yang berkhidmat di hospital kerajaan termasuk di pusat-pusat kecemerlangan.

    Di samping pusat kecemerlangan sedia ada, kerajaan turut melaksanakan kerja-kerja awalan bagi menubuhkan Pusat Kanser di Kuching dan Hospital Pakar Jantung di Kota Kinabalu.

    6. Tabung untuk penghidap penyakit jarang jumpa 

    Kerajaan juga mewujudkan sebuah Tabung Penyakit Jarang Jumpa.

    Tahun hadapan, peruntukan bagi menampung kos perubatan bagi penyakit tersebut ditingkatkan kepada RM25 juta. Selain itu: 

    • Skim Mysalam juga diperluas untuk turut meliputi penyakit jarang jumpa dan artritis reumatoid.
    • Sumbangan ke dalam Tabung Penyakit Jarang Jumpa juga layak mendapat potongan cukai bersamaan jumlah sumbangan sebenar.

    7. Meningkatkan Elaun Tugas Atas Panggilan

    Kementerian Kesihatan akan melaksanakan sistem kerja baharu di hospital dan klinik kesihatan secara bersasar. 

    Bagi fasiliti kesihatan yang mengguna pakai sistem tersebut, kerajaan bersetuju supaya Elaun Tugas Atas Panggilan dinaikkan antara RM55 hingga RM65 kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan jabatan tertentu. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    December 31, 2025

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025

    Berwaspada bila susut berat badan

    December 30, 2025

    Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang

    December 30, 2025

    10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

    December 29, 2025
    Artikel Terkini

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    December 31, 2025

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025

    Berwaspada bila susut berat badan

    December 30, 2025

    Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang

    December 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.