Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penderaan kewangan: Ancam dan kawal pasangan menggunakan wang

    Penderaan kewangan: Ancam dan kawal pasangan menggunakan wang

    By Zahra Mohamad ZhahirOctober 10, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    penderaan kewangan
    Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal BMC Public Health, hampir 90 peratus kes keganasan rumah tangga melibatkan penderaan kewangan. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    SARAH merupakan seorang wanita muda berusia 24 tahun. Dia baru sahaja berkahwin dengan cinta hatinya, Amir. Ketika bercinta, Amir nampak penyayang dan bertanggungjawab. 

    Disebabkan Amir lebih tua, Sarah sangat mempercayainya dalam menguruskan hal kewangan rumah tangga. 

    Oleh itu, Sarah mengambil keputusan menyerahkan 100 peratus gajinya kepada Amir supaya ia boleh diuruskan dengan baik. 

    Pada awalnya, Amir berjanji akan mengagihkan wang tersebut kepada tabung-tabung berbeza agar masa depan mereka lebih terancang. Amir juga berjanji tidak akan menggunakan duit tersebut dalam hal-hal bukan kecemasan. 

    Bagaimanapun, lama-kelamaan, Sarah mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. 

    Walaupun Sarah menyumbang bahagian yang lebih besar dalam tabung keluarga, dia tidak dapat menggunakan duit tersebut walau satu sen pun tanpa mendapat persetujuan suaminya. 

    Keadaan menjadi semakin teruk. Amir mula memarahi Sarah apabila dia meminta wang belanja. Amir juga mengelak daripada mendedahkan jumlah simpanan semasa kepada Sarah. 

    Rupa-rupanya, Amir diam-diam telah menggunakan wang tersebut tanpa pengetahuan Sarah. Wang yang selama ini dianggap disimpan dengan baik rupanya sudah habis dibelanjakan. 

    Sarah rasa terperangkap. Disebabkan tidak ada duit, Sarah tidak berupaya melarikan diri. Apa yang Amir lakukan telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap emosi dan mental Sarah. 

    Dia berasa tidak berdaya dan tertindas dalam perkahwinan. Bagaimana Sarah hendak melarikan diri sekiranya duit pun tidak ada?

    Sekat kewangan untuk ikat pasangan

    Apabila bercakap mengenai penderaan, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran ialah penderaan secara fizikal. 

    Bagaimanapun, ramai orang terlupa, ada banyak lagi bentuk penderaan atau penganiayaan lain – salah satunya adalah dari segi kewangan. 

    Walau bagaimanapun, jumlah kes mungkin berbeza mengikut lokasi. 

    Penderaan dalam bentuk kewangan merupakan satu taktik biasa yang digunakan oleh seseorang bagi mengawal satu-satu hubungan. 

    Benar, mereka tidak menjerit, menjerkah atau menggunakan kekerasan. Namun, mereka bertindak mengehadkan akses kewangan mangsa. 

    Dalam sesetengah kes, penderaan kewangan berlaku sepanjang perhubungan. Ada juga kes penderaan yang berlaku selepas mangsa melarikan diri atau meninggalkan perhubungan. 

    Menurut Very Well Health, terdapat beberapa tanda penderaan dari segi kewangan. Antaranya:

    • Cuba mengawal atau menggunakan wang mangsa: Pelaku bertindak mengehadkan akses terhadap wang atau simpanan mangsa. Mereka juga akan menggunakan wang mangsa tanpa meminta izin.
    • Mengancam kewangan mangsa: Pelaku akan menggunakan kad kredit mangsa sehingga mencapai had. Mereka juga berjanji akan membuat pembayaran tetapi sebenarnya membiarkan hutang tersebut tertunggak. 
    • Beranggapan mereka berhak ke atas wang atau aset anda: Dalam sesetengah kes, pelaku mungkin meminta gaji, kata laluan dan kad bank mangsa. Mereka juga akan meminta anda membantu menyelesaikan hutang atau komitmen sedia ada. 
    • Selalu campur tangan dalam hal kewangan: Pelaku juga akan menggunakan pelbagai alasan untuk menyekat mangsa daripada sebarang bentuk kewangan. Malah, mereka juga mungkin mengugut anda dengan membuat pelbagai dakwaan palsu. 

    Artikel penuh: Mitos kewangan yang disampaikan turun temurun (dan mengapa ia tidak betul)

    Artikel penuh: Red flag kewangan dalam hubungan percintaan dan perkahwinan

    Semua orang boleh menjadi mangsa

    Semua orang berisiko menjadi mangsa penderaan tanpa mengira bangsa, usia dan jantina. 

    Selain pasangan, ahli keluarga juga boleh menjadi pemangsa. Bagaimanapun, pemangsa selalunya adalah lelaki dan mangsa adalah perempuan. 

    Penderaan dari segi kewangan membuatkan mangsa hilang kawalan terhadap kehidupan sendiri. Malah, ia juga boleh mendatangkan tekanan emosi yang mendalam terhadap mangsa. 

    Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali merupakan mangsa penderaan, dapatkan bantuan daripada individu yang boleh dipercayai atau pihak berkuasa secepat mungkin. 

    Kebanyakan mangsa rasa terperangkap. Malah, ada juga yang rasa terlalu takut untuk mendapatkan bantuan. 

    Penderaan, tidak kiralah dalam apa bentuk, adalah satu kesalahan yang besar dan perlu dihentikan. – RELEVAN

    Previous ArticleIffah dan Syaja’ah menuju lazat yang sejati
    Next Article Manusia masih relevan, mantapkan kemahiran insaniah dalam era taklukan AI

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.