Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mitos kewangan yang disampaikan turun temurun (dan mengapa ia tidak betul)

    Mitos kewangan yang disampaikan turun temurun (dan mengapa ia tidak betul)

    By Umi FatehahOctober 2, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ilmu kewangan yang disampaikan secara turun-temurun bermula daripada generasi atuk dan nenek itu ada benar dan salahnya. - GAMBAR HIASAN RUPIXEN/UNSPLASH

    BERCAKAP tentang segala hal berkaitan wang, setiap daripada kita dibesarkan dengan kepercayaan dan cara pengurusan yang berbeza.

    Ilmu kewangan yang disampaikan secara turun-temurun bermula daripada generasi atuk dan nenek itu ada benar dan salahnya. 

    Namun, dunia makin berubah, gaya hidup generasi sekarang juga tidak sama dengan zaman nenek moyang terdahulu. 

    Tidak dilupakan juga keadaan ekonomi dan nilai mata wang hari ini yang mungkin membuatkan kepercayaan kewangan dahulu sudah tidak relevan diguna pakai pada zaman sekarang.

    Berikut Relevan bongkarkan beberapa mitos kewangan yang biasa kita dengar dan fakta sebenar di sebaliknya.

    1. “Rumah untuk kehidupan selepas pencen perlu dibeli secepat mungkin!”

    Selama bertahun-tahun, membeli rumah dianggap sebagai pencapaian tertinggi dalam kehidupan. Kita sering diberitahu bahawa memiliki rumah sendiri lebih baik berbanding menyewa. 

    Orang tua kita berpendapat menyewa itu hanya membuang wang dan merugikan. Harga rumah juga semakin meningkat, jadi mereka menggesa kita untuk membeli rumah secepat mungkin.

    Tetapi, adakah pendapat itu masih relevan hari ini?

    Realitinya, menyewa mungkin pilihan yang lebih bijak untuk kebanyakan orang terutamanya generasi muda.

    Proses dan tanggungjawab memiliki rumah bukan sekadar membayar kepada bank setiap bulan. Sebagai pemilik rumah, anda perlu menanggung pelbagai kos tersembunyi.

    Bermula dengan penyelenggaraan dan penambahbaikan, cukai hartanah dan faedah pinjaman – kesemuanya akan membaham sebahagian besar pendapatan anda.

    Tambahan pula, terikat kepada satu lokasi mungkin bukan idea terbaik jika anda masih muda, sedang mencari peluang kerjaya yang lebih baik atau tinggal di kawasan hartanah yang nilai pasarannya berubah-ubah. 

    Menyewa memberikan fleksibiliti dan bagi sesetengah orang, ia lebih mesra poket dalam jangka masa panjang. 

    Tidak ada salahnya jika anda memilih menyewa selama-lamanya atau mahu memiliki rumah secepat mungkin. Segalanya terpulang kepada matlamat setiap individu. Ingat, lakukan apa yang anda mahukan dan bukan kerana tekanan orang sekeliling.

    1. “Jangan ambil kad kredit. Kad kredit itu jahat!”

    Ramai antara kita dibesarkan dengan kepercayaan bahawa kad kredit adalah perangkap berbahaya yang akan menghancurkan masa depan kewangan. 

    Nasihatnya mudah sahaja, dalam hidup ini kita ada pilihan. Mahu mendapatkan kad kredit juga salah satu pilihan dalam kehidupan. Sekiranya ada keinginan untuk mendapatkan kad kredit, pastikan anda sudah tahu pantang larang dan baik buruknya.

    Jika digunakan dengan bijak, kad kredit boleh memudahkan urusan dan menguntungkan. 

    Memang benar bahawa kad kredit boleh menyebabkan hutang jika disalah guna. Tetapi jika berdisiplin membayar baki sepenuhnya setiap bulan, anda tidak akan dikenakan caj faedah yang sangat tinggi. 

    Kad kredit boleh menawarkan faedah hebat seperti mata ganjaran, pulangan tunai dan diskaun. Selain itu, ia adalah cara yang baik untuk membina skor kredit yang penting untuk melakukan pinjaman rumah. 

    Kuncinya adalah disiplin dan gunakan kad kredit sambil beringat. Nikmati segala faedah yang ditawarkan tanpa terjerumus ke dalam perangkap hutang.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kad kredit: perlu atau tidak?

    1. “Sudah dapat gaji, wajib simpan 10 peratus dalam tabung persaraan!”

    Sebenarnya, menyimpan 10 peratus sebahagian daripada gaji itu amalan yang baik. Tetapi untuk tabung persaraan, 10 peratus mungkin tidak mencukupi.

    Walaupun menyimpan 10 peratus adalah lebih baik daripada tidak menyimpan langsung, peraturan itu tidak mengambil kira matlamat kewangan individu atau kos sara hidup yang semakin meningkat.

    Anda mungkin perlu menyimpan lebih atau kurang, bergantung kepada matlamat kewangan setiap individu.

    Jumlah yang perlu disimpan bergantung kepada banyak faktor seperti gaya hidup, kos sara hidup di kawasan anda, matlamat persaraan dan umur. 

    Jika anda mahu bersara awal atau tinggal di bandar yang mahal, menyimpan 10 peratus mungkin tidak mencukupi. 

    Sebaliknya, jika melabur dengan bijak atau memperoleh pendapatan pasif, anda mungkin tidak perlu menyimpan sebanyak itu. Sesuaikan pelan simpanan anda dengan gaya hidup, pendapatan dan berapa banyak kerja yang dilakukan (sekiranya anda melakukan banyak pekerjaan bebas atau gig).  

    1. “Orang kaya sahaja yang boleh buat pelaburan…”

    Untuk sekian lama, melabur dalam pasaran saham atau hartanah dilihat sebagai sesuatu yang hanya boleh dilakukan oleh golongan kaya raya. 

    Ramai antara kita dibesarkan dengan pemikiran bahawa banyak wang diperlukan untuk mula melabur dan pelaburan terlalu berisiko untuk golongan marhaen.

    Realitinya, sesiapa sahaja boleh melabur dan anda dipersilakan untuk memulakannya secepat mungkin!

    Dengan kemajuan teknologi, pelaburan kini lebih mudah diakses. Aplikasi seperti Wahed, Raiz dan sebagainya. Malah, syarikat TouchNGo juga menawarkan khidmat pelaburan melalui GoInvest.

    Anda tidak perlu menjadi orang kaya dahulu untuk melabur. Tetapi, melabur adalah kunci untuk menjadi orang kaya. – RELEVAN

    featured kaya kewangan mitos kewangan
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.