Facebook Twitter
    Trending
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    • Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik
    • Cara kekalkan awet muda
    • Senarai cuti umum 2026
    • Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 
    • Berwaspada bila susut berat badan
    • Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang
    • 10 pekerjaan permintaan tinggi 2026
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025

      5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

      December 26, 2025

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025
    • Kewangan

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025
    • Pendidikan

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025
    • Kerjaya

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hati-hati dengan rakan dalam talian

    Hati-hati dengan rakan dalam talian

    By October 2, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KITA hidup dalam zaman digital. Berhubung dengan orang lain semudah ABC. Dengan kewujudan media sosial, kita mudah mendapat kawan dalam talian, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai minat dan hobi yang sama.  

    Mempunyai rakan baharu boleh membuatkan kita teruja. Jika sebelum ini kita tidak mempunyai sesiapa untuk bercerita mengenai minat yang sama, kini ada rakan yang sudi mendengar.

    Menurut Statistica, rakyat Malaysia secara purata menghabiskan masa selama lapan jam dalam talian. Kira-kira dua jam daripadanya digunakan untuk melayari media sosial seperti Facebook, Instagram dan X. Itu tidak termasuk masa yang diluangkan dalam permainan video atas talian. 

    Jadi, tidak hairanlah kebanyakan kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang rakan dalam talian. 

    Bak kata pepatah, berkawan biar beribu. Bagaimanapun, sebagai pelajar, penting untuk anda lebih berhati-hati ketika melayari internet. Kadangkala, individu yang kita anggap rakan baik itu sebenarnya pemangsa alam maya. 

    Bahaya yang tersembunyi

    Kadangkala, kawan yang dijumpai dalam talian bukan seperti yang dibayangkan. Ramai yang jujur, namun ada juga yang mempunyai niat tidak baik. 

    Mereka yang tidak jujur selalunya berselindung di sebalik ketanpanamaan (anonymity). Malah, ada juga yang sanggup menyamar sebagai orang lain dengan niat untuk memanipulasi dan menipu orang lain. 

    Sebagai contoh, seorang individu yang mengakui sebaya dengan anda mungkin sebenarnya lebih berusia. Mereka kononnya berkongsi minat yang sama dan mempunyai masalah yang hampir sama dengan anda. 

    Tidak mustahil, individu tersebut menggunakan gambar orang lain untuk berkawan dan meraih kepercayaan. 

    Mereka juga akan menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan maklumat peribadi anda. Selain itu, mereka juga boleh berpura-pura menjadi rakan dan pendengar yang baik untuk ‘mengorek’ lebih banyak maklumat. 

    Artikel berkaitan: 7 tip belajar online dengan lebih efektif

    Artikel berkaitan: Hati-hati dengan scammer, ikuti langkah berbelanja dalam talian dengan selamat

    Kekal selamat berkawan dalam talian

    Tidak salah jika anda suka berkawan. Benar, kadangkala rakan yang ditemui dalam talian lebih memahami kerana mereka mempunyai minat yang sama. 

    Bagaimanapun, ada beberapa langkah yang boleh dipraktikkan untuk kekal selamat. Antaranya: 

    1. Rahsiakan segala maklumat peribadi. Jangan berikan nama penuh, alamat rumah atau nombor telefon kepada orang yang tidak dikenali. 
    2. Pastikan identiti mereka tulen. Sebelum berjumpa, cuba kenali mereka dengan lebih mendalam. Minta akaun media sosial atau gambar. Jika enggan, itu mungkin petanda mereka tidak jujur. 
    3. Jangan berjumpa tanpa pengawasan sesiapa. Jika anda ingin berjumpa rakan dalam talian, ajak ahli keluarga atau ibu bapa untuk menemani. Keselamatan diri perlulah menjadi keutamaan. 
    4. Percaya kata hati. Jika anda berasa ragu-ragu atau tidak sedap hati tentang seseorang, eloklah putuskan persahabatan tersebut. 
    5. Jangan kongsi kisah peribadi. Elakkan terlalu banyak berkongsi kisah peribadi, misalnya tentang masalah keluarga atau percintaan kepada rakan dalam talian. Mereka boleh gunakan maklumat tersebut untuk memanipulasi anda. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Rahsia bebas tekanan kewangan

    January 5, 2026

    Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

    January 2, 2026

    Cara kekalkan awet muda

    January 2, 2026

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025

    Berwaspada bila susut berat badan

    December 30, 2025
    Artikel Terkini

    Rahsia bebas tekanan kewangan

    January 5, 2026

    Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

    January 2, 2026

    Cara kekalkan awet muda

    January 2, 2026

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.