Facebook Twitter
    Trending
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tiga petua belajar congak

    Tiga petua belajar congak

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 18, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AKTIVITI congak baik untuk kecerdasan otak. - GAMBAR HIASAN/KEIRA BURTON (Pexels)

    OTAK, seperti otot, perlu selalu dilatih tubi dan digerakkan untuk mengekalkan keaktifan dan kecerdasannya. 

    Kalau demi otot kekar kita sanggup bersenam dan angkat besi, untuk otak segar kita perlu rajin berfikir dan berimaginasi.

    Salah satu latih tubi yang baik untuk otak ialah mencongak – membuat perkiraan matematik yang asas, seperti tambah, tolak atau darab, dengan fikiran semata-mata tanpa menulis di kertas atau menggunakan kalkulator.

    Relevan mahu kongsikan beberapa petua mencongak yang boleh diamalkan para pelajar.

    • Congak nombor pendaftaran kenderaan

    Ramai tak sedar, siri nombor yang paling kerap kita lihat dalam kehidupan seharian ialah nombor pendaftaran kenderaan. Di mana-mana kita boleh nampak kereta, motosikal atau lori dan semuanya ada nombor pendaftaran sendiri.

    Amalkan petua ini: setiap kali nampak kenderaan, congak hasil tambah setiap nombor pada plat kenderaannya. 

    Contohnya, kalau nombor pendaftarannya WEF 5561, kira 5+5+6+1 dalam kepala. Amalan itu berkesan kerana ia boleh dilakukan di mana-mana.

    Bayangkan perjalanan jauh pulang ke kampung pada cuti perayaan. Kalau bosan dalam kereta, kira saja semua nombor pendaftaran kenderaan yang dapat dilihat.

    • Gandaan 2-5-10

    Bukan formasi bola sepak. Nombor 2, 5 dan 10 merupakan nombor-nombor yang mudah ditambah, ditolak malah didarab. Manfaatkan nombor-nombor tersebut apabila mencongak. 

    Contohnya, untuk tambah 37 dengan 56, genapkan salah satu nombor pada gandaan 10 terdekat. Misalnya, tambah 37 dengan 3 menjadi 40, lalu tambahkan dengan 56, kita dapat 96. Jumlah itu kemudiannya ditolak semula dengan 3, menjadikan jawapan sebenar ialah 93. 

    Untuk mencongak operasi darab, 7 x 3 contohnya, gunakan pula gandaan 5. Tukarkan 7 kepada 5 dan darab dengan 3. Kita dapat 15. Kemudian, darabkan baki 2 dengan 3 dan tambahkan dengan 15, anda dapat jawapan 21.

    Jika anda selalu keliru dengan nombor ganjil, gunakan teknik sama tetapi menggunakan gandaan 2.

    • Sifir 11

    Ini mungkin lebih berfungsi untuk anda berpura-pura genius di hadapan para sepupu.

    Jika ada apa-apa nombor dua digit yang perlu didarabkan dengan 11, tambah dua digit pertama dan selitkan jawapannya di tengah-tengah nombor asal. Contoh: 35 x 11. 3 + 5 = 8, maka jawapannya 385. 

    Namun, jika hasil tambah dua digit tersebut melebihi 10, anda perlu tambah satu pada digit pertama dan selitkan digit kedua jawapan di tengah-tengah. Contoh: 87 x 11. 8 + 7 = 15, maka jawapannya 957.

    Jika mahu lebih cabaran, cuba nombor tiga digit dan ke atas pula. Tekniknya sama cuma akan melibatkan lebih banyak nombor. Mulakan dengan menulis di atas kertas dahulu. – RELEVAN

    Previous ArticleBersenam bantu mengurangkan masalah kesihatan mental
    Next Article Sindrom Stockholm dalam kalangan tebusan

    Artikel berkaitan

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.