Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sindrom Stockholm dalam kalangan tebusan

    Sindrom Stockholm dalam kalangan tebusan

    By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 18, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sindrom Stockholm
    Sindrom Stockholm adalah tindak balas psikologikal mangsa yang tiba-tiba merasa kasihan atau simpati terhadap pemangsa. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    PADA pagi 4 Februari 1974, seorang pelajar bernama Patty Hearst diculik dari pangsapurinya di Berkeley, California oleh satu kumpulan pelampau yang menggelar diri mereka sebagai Tentera Pembebasan Symbionese (SLA). 

    Pada ketika itu, SLA sedang mencetuskan perang gerila terhadap kerajaan Amerika Syarikat (AS). 

    Sebelum menculik Hearst, mereka melakukan jenayah besar dengan menembak dua orang pegawai yang bekerja di sebuah sekolah di Oakland. 

    SLA tahu Hearst datang dari sebuah keluarga yang kaya raya dan berpengaruh. 

    Sebagai harga untuk membebaskan Hearst, SLA meminta agar bapanya, Randolph Hearst mendermakan makanan berjumlah AS$70 (RM328) kepada semua orang yang memerlukan di Santa Rosa hingga Los Angeles. 

    Pada awalnya, Randolph Hearst telah mendermakan sebanyak AS$2 juta (RM9.36 juta) dalam bentuk makanan. 

    Namun, SLA menganggap jumlah tersebut tidak mencukupi dan meminta agar Randolph Hearst mendermakan tambahan AS$6 juta (RM28.08 juta) kepada badan-badan kebajikan. Patty Hearst hanya akan dibebaskan sekiranya tuntutan tersebut dipenuhi. 

    Bagaimanapun, pada April, Hearst menggemparkan dunia setelah videonya menyertai rompakan bank di San Francisco didedahkan pihak berkuasa. 

    Selepas itu, Hearst menghantar satu rakaman kepada polis menjelaskan dia telah menyertai SLA atas kehendak sendiri.

    Bagi menghentikan SLA, FBI telah melancarkan siasatan besar-besaran di seluruh AS. Akibatnya, Hearst dan SLA terpaksa menyembunyikan diri. 

    Pada 18 September, Hearst atau ‘Tania’ telah ditangkap di sebuah pangsapuri di San Francisco.

    Bagaimanapun, ketika didakwa di mahkamah, Hearst mendakwa dia telah termakan janji-janji manis SLA sehingga sanggup mendukung ideologi mereka. 

    Kes melibatkan Hearst adalah salah satu contoh sindrom Stockholm dalam dunia nyata. 

    Artikel berkaitan: Bersenam bantu mengurangkan masalah kesihatan mental

    Artikel berkaitan: Kenali duck syndrome dan kaitannya dengan gangguan mental

    Apa itu sindrom Stockholm?

    Sindrom Stockholm merupakan satu terma yang digunakan untuk menggambarkan tindak balas psikologikal mangsa yang tiba-tiba merasa kasihan atau simpati terhadap pemangsa. 

    Sindrom Stockholm merupakan satu fenomena yang kompleks dan sukar untuk difahami. 

    Menurut Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5 TR), sindrom tersebut tidak tergolong dalam mana-mana masalah mental. 

    Persatuan Psikiatri Amerika (APA) pula menganggapnya sebagai satu bentuk tindak balas mental dan emosi. 

    Secara amnya, sindrom Stockholm dianggap sebagai satu bentuk mekanisme pertahanan diri secara psikologi yang dialami sesetengah pihak yang berhadapan trauma, misalnya penderaan, penculikan atau pemerdagangan manusia. 

    Kadangkala, individu yang pernah diculik atau berhadapan dengan satu bentuk penderaan akan berasa simpati atau mempunyai perasaan positif terhadap pemangsa. 

    Ia boleh berlaku dalam masa beberapa hari, minggu atau bulan. 

    Penghidap sindrom Stockholm selalunya keliru terhadap perasaan sendiri sehinggakan mereka berasa benci dan takut terhadap pihak berkuasa yang cuba untuk menyelamatkan mereka. 

    Punca sindrom Stockholm

    Bukan semua orang yang terperangkap atau diperangkap akan menjadi mangsa sindrom Stockholm. Hingga hari ini, punca sindrom Stockholm masih belum dikenal pasti. 

    Namun, ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan risiko sindrom Stockholm. Antaranya: 

    1. Dikurung dalam satu tempoh masa yang lama. 
    2. Terpaksa berkongsi ruang dengan pemangsa.
    3. Mangsa terpaksa bergantung kepada pemangsa untuk mendapatkan keperluan asas. 
    4. Sebarang ugutan, misalnya ugutan untuk memukul atau membunuh, tidak dilaksanakan. 
    5. Jika mangsa tebusan tidak dicederakan dan dijaga dengan baik. 

    Menurut Breanna Mona dalam artikelnya di Forbes, sindrom Stockholm tidak berlaku kepada mangsa penculikan sahaja, ia juga boleh berlaku terhadap mana-mana mangsa penderaan. 

    “Selalunya, pemangsa mempunyai kuasa atau wang yang lebih banyak berbanding mangsa. Akibatnya, mangsa akan rasa ‘tersangkut’ dan terpaksa bergantung kepada pemangsanya.

    “Lama-kelamaan, mangsa akan rasa resah jika terpisah. Malah, mereka juga ingin memuaskan hati pemangsa sehingga sanggup menyebelahinya,”  katanya. – RELEVAN

    featured hearst kesihatan Patty Hearst sindrom sindrom Stockholm
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.