Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berkelah, berpuisi, mendedah diri di Piknik Puisi

    Berkelah, berpuisi, mendedah diri di Piknik Puisi

    By AFIFAH GENTAYANGAugust 30, 2024Updated:August 30, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KELUARGA Luqman (kanan) turut hadir menyokong. - GAMBAR IHSAN AHLUL HIKAM

    SEBUAH acara puisi santai diadakan di Taman Dr. Seenivasagam, Ipoh pada 25 Ogos lalu. Ia dianjurkan Kedai Buku Sebbuku, Komuniti Projek Rebel, Perpustakaan Laman dan Pekan Culture.

    Acara yang dinamakan sebagai Piknik Puisi itu diadakan untuk mengumpul peminat-peminat puisi sekitar Ipoh, untuk bersama berekreasi (baca sebagai re-creation, membina semula diri) dan berkelah secara santai di taman.

    Ruangnya disusun secara minimal – hanya guna tikar dan kerusi ‘healing’ sendiri. Posternya dihebah empat hari sebelum acara tanpa menamakan senarai pemuisi. 

    Semuanya disengajakan agar pengunjung datang mengikut naluri. Datang jika mahu, tak mahu tak apa.

    ZOUL berkongsi kisah hidup. – GAMBAR IHSAN AHLUL HIKAM

    Dulu, sewaktu gila dan gian mencari acara puisi, saya langsung tak kisah soal tempat, masa, barisan pemuisi, kos dan tiket. Namun, setelah kerap turun ke acara puisi, faktor-faktor itu menjadi lebih signifikan.

    Saya dan penganjur lain fikir, kalau buat hebahan awal, pengunjung sasaran akan berfikir dengan lebih lama. Pertimbangan mereka jadi rumit dengan tempoh yang panjang.

    Kami putuskan, biar orang buat keputusan drastik dan mendadak. Lebih ranggi.

    Puisi dan kisah hidup

    Acara bermula pukul 5 petang dan berakhir pada 7.20 petang. Kami berjaya kumpul 45 orang pengunjung, lebih daripada yang menempah kehadiran, iaitu 30 orang.

    Lebih manis, ada 11 peserta yang hadir dan membaca puisi, baik karya sendiri atau karya kegemaran mereka.

    Ada Hafiz (seorang sukarelawan), Aizat (pembikin zine), Damia (pelajar KPTM), Luqman (datang dari Klebang), Hamzah (dari Bilek Buku), Mares (dari Tambun), Taufiq (dari Perpustakaan Laman), Syafinaz (dari Tanjung Malim), Zoul (dari Sebbuku), Afifah (ini saya) dan Ayu (pelajar Aswara).

    Zoul dan Aiman dari Gerakan Seniman Pinggir Alam (GSPA) turut berkongsi kisah hidup secara narasi kepada khalayak. Malah, kugiran GSPA dan Hazim dari Projek Rebel juga berdendang secara akustik.

    Sentalmental

    Selesai acara, kami para penganjur cuba menggariskan beberapa perkara yang sangat sentimental dan meninggalkan kesan.

    Seperti Luqman, dia berjaya membacakan puisi karya sendiri di hadapan khalayak, malah dengan sokongan ahli keluarga yang sama hadir.

    AIZAT membacakan sajak dari zine tulisannya. – GAMBAR IHSAN AHLUL HIKAM

    Beberapa pengunjung lain turut berjaya membacakan puisi buat pertama kali, selain berkongsi kisah masing-masing – bagaimana boleh berminat dengan puisi.

    Kami juga gembira melihat Aizat yang membuka reruai zine dalam acara itu.

    Degup hidup

    Saya dan rakan-rakan amat gembira kerana dapat mewujudkan ruang harmoni di lapangan awam secara minimal. Tanpa surat-menyurat dan urusan meminta kebenaran yang leceh, hanya untuk membuat acara kecil-kecilan.

    Sebab acara kami sama sahaja seperti perkelahan keluarga di taman-taman. Cuma kuantitinya agak besar dan pesertanya baru berkenalan dalam acara tersebut.

    Kami menjalin hubungan dalam acara tersebut, melalui minat sepunya yang memberi degup pada hidup masing-masing.

    Saya banyak mendengar cerita dan puisi pada hari Ahad itu. Mungkin mereka tidak pernah terfikir akan dapat memulakan sesuatu di padang indah itu. Dapat membaca puisi atau menonjolkan karya masing-masing.

    Terlalu banyak berfikir sebenarnya merumitkan naluri. Susah mahu ikut kata hati. 

    Dengan Piknik Puisi, kami mahu mengajak pengunjung supaya bersederhana dalam semua perkara dan berjalan terus – ikut naluri hati – jika kita yakin pada jalan yang ingin dituju.

    Saya berharap, rakan penganjur dan para pengunjung yang hadir dapat terus termotivasi dan bernafas dengan karya masing-masing hingga hujung masa. – RELEVAN

    AFIFAH GENTAYANG merupakan pemuisi yang berasal dari Ipoh. Seorang yang sukakan puisi dan ayam gepuk.

    Previous ArticleMemerdekakan wanita daripada renung lelaki
    Next Article Sains di sebalik kecurangan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.