Facebook Twitter
    Trending
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Terusan Wan Muhammad Saman kini tinggal kenangan

    Terusan Wan Muhammad Saman kini tinggal kenangan

    By Zahra Mohamad ZhahirAugust 29, 2024Updated:September 19, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Terusan wan muhammad saman
    Terusan Wan Muhammad Saman yang dijadikan tempat pembuangan sampah oleh pihak tidak bertanggungjawab. -GAMBAR HIASAN UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH

    Terusan Wan Muhammad Saman (juga dikenali dengan nama Terusan Wan Mat Saman) merupakan satu tinggalan bersejarah buat rakyat Kedah.

    Terusan yang dikorek pada abad ke-19 itu adalah antara projek terbesar cetusan idea Wan Muhammad Saman yang digali sepenuhnya menggunakan kudrat manusia. 

    Bagaimanapun, pembinaan terusan bukanlah satu perkara yang baharu bagi penduduk Kedah yang pada waktu itu banyak mengusahakan tanaman padi. 

    Pada zaman pemerintahan Sultan Rijaludin Mohammed Shah (1625 – 1651), terusan pertama di Kedah telah dibina dari Kayang, Perlis sehingga ke Anak Bukit.

    Selepas itu, dua buah terusan kecil dikorek dari Mergong ke Pumpong dan dari Alor Janggus ke Sungai Gunung. 

    Kesemua terusan tersebut dibina bagi membekalkan air ke kawasan sawah padi dan dusun milik penduduk. 

    Difahamkan, Wan Muhammad Saman mendapat inspirasi untuk membina terusan tersebut usai lawatan beliau ke Siam.

    Beliau mendapati, tanaman padi di negara tersebut subur disebabkan wujudnya sistem terusan yang mantap. Oleh itu, tidak mustahil terusan yang sama boleh dibina di Kedah bagi membantu petani melipatgandakan hasil mereka. 

    Korek terusan guna sistem kerahan

    Projek terusan yang diilhamkan Wan Muhammad Saman itu berskala besar. Jarak terusan tersebut adalah sepanjang 36 kilometer dengan kelebaran sekitar 7.5 meter. Kedalamannya pula adalah 1.5 meter.  

    Pembinaan Terusan Wan Muhammad Saman melibatkan tiga fasa; fasa pertama dari Lubuk Katong (kini dikenali sebagai Tandop) sehingga Kota Sarang Semut, fasa kedua dari Kota Sarang Semut ke kaki Gunung Jerai dan fasa ketiga pula dari Lubuk Katong ke Tanjung Chali.

    Bagaimanapun, visi Wan Muhammad Saman untuk membina terusan terhalang disebabkan kekurangan tenaga buruh. 

    Bagi mengatasi masalah tersebut, beliau telah menggunakan kuasa dan kedudukan beliau untuk mengerah penduduk Kedah bekerja secara percuma. 

    Maka, berduyun-duyunlah rakyat Kedah turun padang dalam keterpaksaan bagi mengorek terusan tersebut. Sekiranya ada yang membantah dan enggan turut serta, mereka akan dihukum seberat-beratnya. 

    Wan Muhammad Saman juga mengarahkan penghulu kampung agar membuat jadual giliran supaya kerja-kerja mengorek terusan tidak menyebabkan tanaman padi terbiar. 

    Bagaimanapun, sistem kerahan menyebabkan semua orang terpaksa bekerja tanpa gaji. Bagi orang tua atau uzur, mereka ditugaskan membekalkan makanan kepada para pekerja. 

    Semasa pembinaan, ramai rakyat Kedah telah melarikan diri ke Pulau Pinang kerana tidak sanggup bekerja siang malam tanpa henti. 

    Bukan itu sahaja, terusan tersebut juga dikorek di kawasan yang mencabar melibatkan kawasan paya dan semak-samun. Ini menyebabkan terlalu ramai yang jatuh sakit dan meninggal dunia disebabkan malaria. 

    Oleh sebab itu, orang Melayu sudah tidak sanggup lagi mengorbankan tenaga dan nyawa mereka untuk mengorek terusan tersebut. 

    Pada fasa ketiga pembinaan, Wan Muhammad Saman terpaksa mengupah buruh Cina untuk menyambung kerja-kerja pembinaan. Difahamkan, Wan Muhammad Saman menggunakan duit simpanan sendiri untuk membayar upah.

    Bagaimanapun, simpanannya tidaklah banyak mana. Wan Muhammad Saman akhirnya kehabisan wang dan terpaksa melewat-lewatkan pembayaran gaji. 

    Akibatnya, Wan Muhammad Saman telah menerima ugutan bunuh oleh buruh Cina kerana gagal membuat pembayaran. Bagi melunaskan hutang tersebut, beliau terpaksa menggadaikan kesemua harta benda miliknya. 

    Artikel berkaitan: Sejarah dan sains di sebalik pembinaan empangan

    Artikel berkaitan: Nak mandi sungai? Perhatikan 6 petanda awal kepala air demi keselamatan

    Berjaya tingkatkan ekonomi penduduk Kedah

    Pembinaan Terusan Wan Muhammad Saman telah membawa perubahan positif kepada ekonomi negeri Kedah. 

    Sistem pengairan yang baik membolehkan tanah yang dahulunya kosong ditukarkan kepada sawah padi. Bukan itu sahaja, perkampungan-perkampungan baharu juga muncul di sepanjang terusan Wan Muhammad Saman. 

    Ekoran daripada itu, muncullah pekan-pekan kecil seperti Tandop, Simpang Empat, Kota Sarang Semut, Guar Cempedak dan Gurun. 

    Kesemua pekan itu merupakan kesan daripada pembukaan terusan Wan Muhammad Saman satu ketika dahulu.

    Bagaimanapun, keadaan terusan Wan Muhammad Saman kini sangat mendukacitakan. Airnya kotor dan berbau busuk.

    Penduduk setempat, lebih-lebih lagi generasi baharu tidak tahu mengenai sejarahnya yang menjadi asas kepada penanaman padi di Kedah sehingga menerima julukan ‘Negeri Jelapang Padi’.

    Lebih menyedihkan, kebanyakan penduduk sekitar menganggap terusan itu sebagai parit. Hanya orang tua sahaja yang tahu mengenai sejarah terusan tersebut. 

    Mungkin sebab itulah, di kebanyakan kawasan, terusan Wan Muhammad Saman telah dipenuhi sampah dan ditumbuhi semak-samun. 

    Hanya pokok asam jadi saksi 

    Sehingga kini, tebing sepanjang terusan Wan Muhammad Saman masih lagi dibarisi pokok-pokok asam yang mungkin sudah menjangkau usia ratusan tahun. 

    Di tempat asal saya sendiri, iaitu di Simpang Empat, deretan pokok asam itu tumbuh subur dan terus berbuah.

    Difahamkan, Wan Muhammad Saman telah menanam pokok tersebut bagi tujuan pengindahan.

    Dengan adanya pokok asam di sepanjang terusan, rakyat Kedah pada zaman dahulu boleh menjadi mampu-diri. 

    Penduduk sekitar terusan tersebut boleh gunakan beras daripada tanaman padi dan memancing sekiranya ingin makan ikan. Asam pula boleh digunakan sebagai bahan masakan. 

    Bagaimanapun, kebanyakan pokok asam tersebut sudah ditebang bagi tujuan pelebaran jalan dan penanaman padi. Ada juga yang sudah reput dan tumbang dengan sendirinya. 

    Sedikit demi sedikit, kisah di sebalik terusan Wan Muhammad Saman kian dilupakan. Tidak mustahil, satu hari nanti sejarahnya akan terpadam terus dari ingatan rakyat negeri Kedah. – RELEVAN

    Previous ArticleSalah guna jabatan kecemasan: Apa pesakit patut buat?
    Next Article Tiada siapa yang nafsunya akan ternoktah pada satu tahap

    Artikel berkaitan

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.