Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Empat cara urus duit raya anak dengan baik menurut pakar kewangan

    Empat cara urus duit raya anak dengan baik menurut pakar kewangan

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 11, 2022Updated:May 21, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SETIAP kali Hari Raya Aidilfitri disebut-sebut, golongan kanak-kanak antara yang paling teruja menyambutnya.  Bukan sahaja mereka tidak lagi perlu berpuasa menahan diri daripada makan dan minum, mereka juga berpeluang untuk mengutip duit raya daripada ibu bapa, pak cik dan mak cik serta jiran-jiran di kampung. 

    Pejabat Mufti Wilayah berkongsi pandangan tentang pemberian duit raya.  Menurut mereka, pemberian duit raya ada asasnya di sisi Islam iaitu termasuk dalam kategori sedekah yang hukumnya sunat. Justeru, tidak timbul isu tasyabbuh iaitu amalan penyerupaan angpau yang diberikan semasa perayaan kaum Cina.

    Kanak-kanak zaman sekarang rata-ratanya mengutip duit raya sehingga mencecah ratusan ringgit.  Malah, ada yang dapat kutipan duit raya sehingga ribuan ringgit.  Kanak-kanak semestinya belum mempunyai ilmu pengurusan wang yang baik. Jadi, apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menguruskan duit raya anak-anak?

    Relevan berkongsi tip pengurusan duit raya yang boleh dilakukan oleh ibu bapa berdasarkan perkongsian bersama Konsultan Kewangan daripada INFAQ Consultancy Sdn. Bhd, Afyan Mat Rawi dan bekas Penolong Pengurus Besar Bank Islam Malaysia Berhad, Makhzan Hussein.

    1. Duit raya anak, milik anak

    Ibu bapa perlu faham bahawa duit raya yang diperoleh anak-anak itu milik mereka.  Ibu bapa tidak boleh sesuka hati menggunakan duit raya anak untuk dibelanjakan tanpa izin dan pengetahuan mereka.  

    Majoriti ulama dan ahli fiqah di dalam mazhab Syafie, Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa ibu bapa tidak boleh mengambil harta anaknya kecuali dalam keadaan yang memerlukannya sahaja. 

    Rasulullah bersabda, “sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan di antara kamu adalah haram bagimu sepertimana kemuliaan pada harimu ini, di negerimu ini,”.  Riwayat at-Tirmizi (2159).

    Oleh itu, ibu bapa perlu faham bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil duit raya iaitu hak anak mereka.  Memikirkan kepentingan dan jaminan masa depan anak, Ibu bapa perlu menjadi lebih bertanggungjawab dan telus dalam menguruskan kewangan anak.

    1. Latih anak-anak untuk menabung

    Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberi pendidikan awal tentang amalan menabung kepada anak-anak.  Didikan awal akan menjadi amalan sehingga mereka menginjak ke umur dewasa.  Tetapi, sebelum mendidik anak-anak, ibu bapa sendiri juga perlu jadikan amalan menabung sebahagian daripada diri mereka.  

    “Ramai anak muda sekarang tak mampu untuk menabung kerana mereka sudah terbiasa dari kecil untuk berbelanja dan bukan menabung,” kata Afyan.

    Selain menabung duit raya, ibu bapa juga boleh mengajar anak-anak untuk menabung duit belanja sekolah.  Sebagai contoh, beri RM5 sebagai belanja harian mereka di sekolah dan ajar mereka untuk menabung sekurang-kurangnya RM1 sehari.

    Ibu bapa boleh membuka akaun Tabung Haji atas nama anak mereka untuk menyimpan semua duit raya yang dikumpulkan.  Menurut Afyan, adalah lebih baik jika ibu bapa membuka akaun Tabung Haji untuk anak dari awal kerana akan memudahkan urusan mereka menunaikan haji kelak.

    Infografik oleh Akmal Hakim
    1. Didik anak menjadi orang yang berjimat cermat

    Menurut Makhzan, tidak salah jika ibu bapa mengizinkan anak-anak untuk membelanjakan duit raya mereka dengan membeli permainan atau kasut baharu tetapi ajarlah mereka untuk berjimat cermat.  Belanjakan hanya sebahagian daripada duit raya yang telah dikumpul dan selebihnya dimasukkan ke dalam simpanan.

    Adalah sangat penting untuk mengajar mereka apa itu keperluan dan kehendak supaya mereka dapat mengenal pasti apa yang perlu dan apa yang tidak perlu.  Apabila mereka sudah dapat membezakan apa itu keperluan dan kehendak, fikiran mereka akan lebih matang dan dapat mengawal nafsu mereka untuk tidak terlalu mengikut kemahuan sendiri.

    Memberi kebenaran untuk berbelanja duit raya akan mewujudkan rasa bertanggungjawab dalam diri mereka untuk tidak berbelanja dengan berlebihan dan belajar untuk menguruskan wang sendiri dengan baik.

    1. Melakukan pelaburan berisiko rendah

    Sebagai alternatif lain, ibu bapa juga boleh melaburkan duit raya anak-anak ke mana-mana skim pelaburan.  Dalam memilih skim pelaburan yang sesuai, ibu bapa perlu memastikan ia sekurang-kurangnya rendah risiko, mudah cair atau tiada kos.

    Antara skim pelaburan yang selamat dan dilindungi kerajaan ialah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).  SSPN-i merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi memudahkan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi untuk membuat pinjaman.

    Dengan membuka akaun dan menyimpan duit raya mereka di SSPN-i, ibu bapa tidak perlu risaukan persediaan kewangan bagi melanjutkan pelajaran anak mereka.  Menurut Afyan, SSPN-i adalah alternatif terbaik untuk jangka masa panjang kerana proses mengeluarkan wang simpanan agak sukar.

    Jika kita mahu lahirkan anak yang bijak menguruskan kewangan, mulakan didikan dari kecil.  Didikan ilmu kewangan boleh dimulakan dengan membeli buku kewangan yang sesuai dengan peringkat umur mereka.  

    Era digitalisasi kini mendorong kepada lambakan kelas atau bengkel ilmu yang diadakan secara dalam talian.  Ibu bapa boleh menyertai bengkel tersebut bersama anak mereka untuk meningkatkan pengetahuan dalam kewangan.

    Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.  Perlakuan ibu bapa mencerminkan peribadi anak.  Untuk membesarkan dan mendidik anak menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat, agama dan negara, ibu bapa sendiri juga perlu memperbaiki diri mereka supaya dapat menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.

    Budaya pemberian duit raya yang masih mekar adalah peluang untuk ibu bapa mendidik anak-anak menguruskan kewangan mereka sejak usia kecil. Gunakan peluang ini sebaiknya supaya anak-anak dapat membesar sebagai individu yang celik kewangan. – RELEVAN

    celik kewangan featured kanak-kanak kerjaya pengurusan kewangan
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.