Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kemalasan tak wujud, yang wujud hanyalah idea bahawa kemalasan itu wujud

    Kemalasan tak wujud, yang wujud hanyalah idea bahawa kemalasan itu wujud

    By Zahra Mohamad ZhahirJune 25, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    kemalasan
    Kalau rajin, sudah tentu kerja boleh siap awal. - GAMBAR HIASAN TRANSLY/UNSPLASH

    SAYA rasa, saya seorang manusia pemalas. Tahun ini, umur saya 30 tahun. Saya (masih) bangun lambat. 

    Saya suka buang masa. Lebih memburukkan keadaan, saya sukar fokus pada waktu kerja, fikiran mudah melayang. Tahu-tahu sudah pukul 3 petang. Kerja pula belum siap. 

    Jadi, saya simpulkan bahawa saya seorang pemalas. Kalau rajin, sudah tentu kerja boleh siap awal. 

    Dulu, saya malas buat kerja sekolah. Kalau cikgu minta salin karangan pada waktu cuti sekolah, saya tidak akan buat walaupun tahu saya akan dimarahi.

    Dalam hati, saya lebih sanggup kena jerkah atau kena rotan depan kelas daripada menghabiskan masa cuti sekolah menyalin karangan sebanyak tujuh muka surat.  

    “Kamu ini pandai tapi kamu malas! Malas buat kerja sekolah,” kata cikgu kepada saya. Saya okay sahaja. Saya tahu saya memang malas. 

    Tetapi, ketika menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya merupakan antara calon cemerlang di sekolah. 

    Selepas itu, saya berjumpa dengan cikgu Fizik. Katanya, saya rajin. Inilah keputusan yang saya dapat kalau rajin berusaha.

    Pada waktu itu, saya rasa pelik. Saya rasa saya malas. Orang lain juga cakap saya malas. 

    Tetapi, bila saya berjaya, orang kata saya rajin. Mana satu?

    Kemalasan adalah satu amaran

    Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), perkataan malas bermaksud tidak mahu berbuat apa-apa, termasuklah bekerja.

    Tetapi, apa yang membuatkan seseorang itu layak dipanggil pemalas?

    Pengarang buku Laziness Does Not Exist, Dr. Devon Price berkata, kemalasan adalah satu penipuan. Oleh itu, tidak ada sesiapa layak dipanggil pemalas. 

    Menurutnya, kemalasan hanyalah satu ‘idea’ yang diterapkan dalam minda masyarakat untuk membuatkan kita dan orang lain rasa tidak berguna dan tidak produktif. 

    Price berkata, pemikiran tersebut merupakan satu perangkap. Orang yang berasa dirinya malas selalu akan mencari jalan untuk menjadi lebih produktif dan lebih rajin. 

    Bagi mereka, kemalasan nampak seperti satu kelemahan yang perlu diperbetul. 

    Jadi, kita akan minum kopi untuk segarkan badan. Duduk di pejabat sampai malam dengan alasan ingin siapkan kerja. Padahal, apa yang kita perlu hanyalah rehat yang cukup. 

    Benar, ada orang yang memang pemalas. Ada yang melepak 24 jam di rumah, makan dan tidur. Ada orang yang tidak akan lakukan apa-apa kerja di pejabat; lebih sanggup makan gaji buta. 

    Price berkata, individu sebegini mungkin boleh dipanggil pemalas. 

    Bagaimanapun, Price menyeru agar kita semua melihat kemalasan secara lebih empatetik. 

    Di sebalik kemalasan yang ditonjolkan, selalunya ada masalah lain yang membelenggu sehinggakan badan dan minda mereka jadi terlalu penat. 

    Price berkata, sebenarnya tidak ada orang yang malas di dunia ini. Apa yang ada hanyalah orang yang terlalu letih menghadap kehidupan. 

    Orang yang kita panggil malas itu mungkin bergelut dengan masalah mental. Mungkin juga mereka alami masalah keluarga, sakit atau sebagainya. 

    Siapa kita untuk panggil orang lain pemalas jika kita tidak tahu masalah sebenar dalam hidup mereka? 

    Perlu pandai urus kerja 

    Kemalasan juga sering dikaitkan dengan sikap suka melengah-lengahkan kerja (procrastination). Individu yang tersangkut dalam pusaran ini akan berasa mereka kerap ‘buang masa’ dan ‘malas buat kerja’. 

    Menurut ahli psikologi, Jenny Yip, dalam sebuah artikel di CNN, ada dua perkara yang membezakan kemalasan dengan sikap suka melengahkan kerja. 

    “Orang yang malas selalunya tidak ada usaha untuk buat satu-satu kerja. Tetapi, mereka yang melengah-lengahkan kerja pula terbeban dengan keinginan untuk menyiapkan kerja tersebut. 

    “Kesukaran inilah yang menyebabkan mereka ada masalah untuk memulakan satu-satu tugas. Ini satu perbezaan yang sangat besar,” katanya. 

    Yip berkata, ada beberapa jenis procrastinator. Contohnya, orang yang inginkan kesempurnaan atau The Perfectionist; The Dreamer — orang yang sukar fokus kerana fikiran mereka mudah melayang dan The Worrier — belum buat apa-apa lagi sudah dibebani kerisauan yang melampau. 

    Sikap suka melengah-lengahkan kerja ada kesan buruk terhadap kehidupan. Kerja sudah tentulah akan tertangguh. Ini tidak termasuk lagi dengan masalah lain yang mungkin tercetus hanya kerana kita suka tangguh kerja. 

    Tetapi, sikap ini juga berkait rapat dengan keadaan mental seseorang. Sikap suka melengahkan kerja boleh berlaku disebabkan depresi, kegelisahan, kesunyian atau masalah tidur. 

    Oleh itu, penting untuk mereka yang gemar melengahkan kerja ini kenal pasti corak ‘kemalasan’ dalam diri. Yip berkata, ada sebab mengapa seseorang itu menjadi procrastinator. 

    “Setelah kenal corak atau punca mengapa kita ‘malas’, kita dapat patahkan kitaran tersebut dengan merangka strategi tertentu,” katanya. 

    Apa yang penting, Yip menegaskan, perlu ada mindset tertentu yang boleh membantu kita keluar dari kepompong ‘kemalasan’. 

    “Kalau anda percaya anda boleh, maksudnya anda boleh. Jika tidak, anda tidak boleh. 

    “Apa sahaja yang anda percaya, anda betul,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleWawancara bersama Mukmin Nantang (Bhg. 1): Pengaruh awal, pengalaman sekolah dan gerakan mahasiswa
    Next Article Cabaran 30 hari tanpa beli-belah: kurangkan belanja, tingkatkan simpanan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.