Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » “Selamat tinggal yang tersayang” – Selepas itu nak buat apa?

    “Selamat tinggal yang tersayang” – Selepas itu nak buat apa?

    By NIK AKMALMay 30, 2024Updated:June 2, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    “Selamat tinggal yang tersayang” – Selepas itu nak buat apa? - GAMBAR HIASAN AFIQ RAZALI
    Pegawai Amanah Raya Berhad, Nik Akmal

    Kehilangan individu rapat atau orang tersayang ialah pengalaman yang sangat sukar. Setiap daripada kita pasti akan merasainya. Oleh itu, adalah wajar untuk kita tahu bagaimana cara untuk menguruskan situasi tersebut dengan lebih baik, setuju?

    Alah, sama macam solat jenazah. Alangkah baik sekiranya kita ada ilmu menguruskannya.

    Penulisan ini bukan untuk berkongsi cara mengurus jenazah. Tetapi, apa yang keluarga rapat (baca: waris) perlu buat selepas selesai kebumikan si mati?

    Langkah 1: Bernafas dan bertenang

    Izinkan rasa sedih berada dalam diri, ratapi insan yang telah pergi dan berdamailah dengan takdir. Setiap individu perlukan masa itu. Namun, sebaiknya semasa semua ahli keluarga (baca: waris) masih berkumpul di satu tempat, mulakan persiapan seterusnya.

    Langkah 2: Kumpul dokumen penting

    Untuk mengurus harta si mati (baca: harta pusaka), apakah dokumen penting yang perlu ada? Kad pengenalan? Lesen? Sijil mati? Ya, betul tapi itu terlalu asas. Masih ada banyak lagi.

    Senarai asas dokumen yang perlu dikumpulkan adalah seperti berikut:

    • Sijil kematian (salinan asal – dapatkan di Jabatan Pendaftaran Negara) atau permit kubur
    • Salinan kad pengenalan setiap waris (jadi kena ada senarai waris) berserta salinan sijil lahir setiap waris.
    • Salinan sijil nikah atau sijil cerai
    • Sijil faraid asal (dapatkan di Mahkamah Syariah) jika harta bernilai lebih RM100,000 atau ada kematian berlapis.
    • Senarai harta si mati berserta bukti/dokumen sah (seperti salinan penyata akaun, salinan geran tanah/kereta).

    Ini yang asas, ingin tahu dokumen  lengkap, boleh rujuk di sini (hanya sediakan jika berkaitan sahaja).

    Langkah 3: Siapa yang akan urus semua ini?

    Ini fasa yang ramai mengelat kerana perlu banyak prosedur dan kerja seperti lengkapkan dokumen, beratur di kaunter, tunggu nombor giliran, isi borang, mohon bicara, tulis surat, hantar dokumen dan lain-lain lagi.

    Semua mengelak. Tapi bab harta pusaka, semua nak tunggu. Sudah norma masyarakat.

    Maka, anda boleh lantik seorang untuk melakukan urusan tersebut yang termasuk:

    • Individu: Dalam kalangan waris, runner, konsultan/ejen, peguam
    • Institusi: Amanah Raya Berhad

    Yang dilantik itu digelar pentadbir harta pusaka. Dia yang perlu buat semua kerja renyah serta turun naik bank, pejabat tanah dan lain-lain urusan yang perlu.

    Pentadbir bertanggungjawab mengagihkan harta pusaka kepada waris. Ingat, pentadbir bukan pemilik harta. Oleh sebab itu, pentadbir perlulah seorang yang jujur dan boleh dipercayai.

    Lebih baik jika tahu proses teknikal dan cara urus harta pusaka di pejabat-pejabat berkaitan. Atas sebab itu juga, ramai yang lantik institusi untuk jadi pentadbir. Sediakan fi sahaja, yang akan dicaj dari harta pusaka.

    Langkah 4: Waris duduk, bincang kata sepakat supaya senang

    Ini bab penting: waris kena ada kata sepakat. Isu harta pusaka beku atau tak selesai adalah kerana waris tiada kesepakatan atau awalnya sepakat tapi berubah keputusan apabila tahu nilai harta pusaka.

    Atau hanya sepakat pada mulut sahaja. Ketika minta dokumen atau salinan kad pengenalan atau tanda tangan atau minta datang bicara (bagi kes ada rumah/tanah), tidak nampak kelibat. Hilang dari radar. Alasannya pasti ada dan pelbagai.

    Tahukah anda, untuk dapat tarikh bicara mahkamah perlu tunggu hingga berbulan-bulan? Sekiranya tidak lengkap kehadiran waris, ia ditunda dan perlu buat permohonan semula. Berbulan pula untuk dapatkan tarikh bicara baharu. Bermakna, urusan jadi tertangguh.

    Langkah 5: Jangan makan harta haram

    Setiap harta ada haknya. Jangan sesekali berniat pun untuk mengambil hak orang lain dalam bab pusaka. Bahkan, lagi bagus jika kita permudahkan seperti beri kerjasama dan respons dengan segera permintaan dari pentadbir.

    Bagi orang Islam, kita ada halal dan haram. Bagi bukan Islam, ada karma. Ringkasnya, setiap perbuatan ada balasan, baik atau buruk.

    Ini langkah yang telah diringkaskan agar masyarakat awam mendapat gambaran secara kasar dan tahu pihak untuk dirujuk, khasnya untuk urusan harta pusaka selepas selesai pengebumian. – RELEVAN

    Nik Akmal merupakan pelatih (trainer) yang mengendali latihan seluruh negara dan membangunkan modul legasi Amanah Raya Berhad untuk sektor korporat dan awam.

    Previous ArticleKortisol dan kaitannya dengan berat badan naik
    Next Article Kerap menggosok mata, pemuda ini jalani pemindahan kornea

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.