Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengenali “Pahlawan Gikuyu”: Terjemahan wawancara Ngugi wa Thiong’o (Bahagian akhir)

    Mengenali “Pahlawan Gikuyu”: Terjemahan wawancara Ngugi wa Thiong’o (Bahagian akhir)

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 12, 20247 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    NGUGI WA THIONG'O

    ANTARA kesan penjajahan yang jelas pada sesebuah negara ialah martabat bahasanya. 

    Lebih-lebih lagi untuk negara di benua Afrika yang hampir semuanya terdiri daripada berbilang etnik yang menggunakan berbilang bahasa, globalisasi yang menjunjung keseragaman mendesak penggunaan bahasa asing sebagai bahasa utama.

    Banyak negara Afrika meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan ia merendahkan martabat bahasa-bahasa sukuan, sehingga ada yang diancam kepupusan.

    Ngugi wa Thiong’o menyedari kepentingan memelihara bahasa sukuan kerana dia sedar, bahasa bukan sekadar alat komunikasi, malah mampu membentuk fikiran penuturnya.

    Dalam bahagian akhir wawancara bersama Nanda Dyssou dari Los Angeles Review of Books (LARB), Thiong’o banyak mengulas tentang perkembangan penulisan dan pendidikan bahasa sukuan.

    Wawancara ini disiarkan di laman web LARB pada 23 April 2017.

    NANDA DYSSOU: Banyak orang Afrika mempunyai pengalaman sama dengan anda: bahasa ibunda mereka dirampas dan lidah penjajah diterap melalui pendidikan. Awak menggalakkan supaya mereka diajar bahasa Afrika sebagai bahasa kedua. Ada perkembangan dalam hal ini?

    NGUGI WA THIONG’O: Hak untuk bahasa ialah hak manusia, bukan kelebihan. Setiap orang mempunyai hak ke atas bahasa mereka, seterusnya ke atas hasil intelektual dalam bahasa tersebut. Tapi, ia menjadi kelebihan yang besar jika awak ada lebih dari sekadar bahasa ibunda.

    Aime Cesaire dari Martinique yang, dalam bukunya Discourse on Colonialism (1950), mencirikan hubungan budaya sebagai oksigen ketamadunan. Tapi bukan hubungan budaya antara penunggang dengan kudanya.

    Saya percaya hal sama berlaku kepada bahasa: hubungan bahasa boleh menjana oksigen untuk kemanusiaan yang kita kongsi bersama, namun hanya apabila bahasa berhubung dalam rangkaian beri dan ambil, bukan sebagai hierarki kuasa.

    Memang betul yang kerajaan pascakolonial juga meneruskan polisi yang menyisihkan bahasa-bahasa Afrika dan mengangkat bahasa-bahasa Eropah. Proses kognitif yang normal ialah menambah pada apa yang awak sedia tahu, bukan mencabut pengetahuan dari seseorang dan tanam semula satu alat linguistik lain yang memberi pengetahuan pada mereka.

    Jika awak tahu semua bahasa dunia tetapi tidak bahasa ibunda atau bahasa budaya sendiri, itu perhambaan. Tapi jika awak tahu bahasa ibunda dan menambah semua bahasa lain dalam dunia, itu pemerkasaan. Monolingualisme ialah karbon monoksida untuk ketamadunan. 

    Pastinya ada komuniti yang hak ke atas bahasa mereka – seperti dalam kes orang Afrika yang diperhamba – diambil secara paksa melalui undang-undang dan kekerasan. Tetapi mereka mencipta bahasa baharu. Bahasa-bahasa itu ialah bahasa yang menjadi hak mereka dan ia, seperti bahasa-bahasa Afrika, tidak terletak lebih rendah berbanding bahasa Inggeris.

    Terbitan pertama anda adalah dalam Penpoint, majalah sastera jabatan bahasa Inggeris di kolej anda. Anda juga memulakan jurnal bahasa Gikuyu, Mutiiri pada awal 90-an. Boleh awak jelaskan peranan majalah sastera dalam kembara seorang penulis?

    Saya sangat percaya pada jurnal, terutamanya jurnal pelajar. Ia memberi saya peluang. Seperti dalam budaya lain, jurnal terus memainkan peranan besar dalam menyuburkan penulisan bahasa Afrika.

    Biar saya beri contoh: Penpoint diasaskan di Makerere (Uganda); The Horn di Ibadan (Nigeria). Kemudian ada Transition, Kwani, African Literature Today, Black Orpheus dan sebagainya. Mutiiri telah menyediakan pelatform untuk ramai penulis dalam bahasa Gikuyu.

    Nampaknya masih tak cukup buku dalam bahasa-bahasa Afrika, jadi orang telah terbiasa membaca dalam bahasa Inggeris dan bahasa Eropah lain. Dan terdapat kemungkinan yang lebih kecil untuk penerbit memberi peluang kepada penulis yang menulis dalam bahasa ibunda mereka. Ia seperti kitaran yang jahat.

    Untuk diterbitkan adalah antara cabaran yang paling menyakitkan hati apabila menulis dalam bahasa-bahasa Afrika. Jarang ada rumah penerbitan yang mengangkat bahasa-bahasa Afrika. Jadi, penulis bahasa Afrika menulis dengan penuh kesukaran: tiada penerbit, tiada sokongan negara dan dengan kuasa kebangsaan atau antarabangsa sebagai lawan mereka.

    Hadiah banyak diberikan untuk mempromosi sastera Afrika tetapi dengan syarat penulisnya tidak menulis dalam bahasa Afrika.

    Awak fikir, mungkin swaterbit dan pasaran digital boleh jadi penyelesaian?

    Swaterbit sangat berkuasa dalam dunia sekarang. Saya menggelarnya sempadan baharu, pedalaman misteri yang belum diteroka. Internet memungkinkan penerbitan dalam talian. Ia mendemokrasikan ruang penerbitan. Youtube juga adalah ruang penting untuk ekspresi lisan dan visual.

    Adakah itu masa hadapan yang sedang dituju pembacaan dan penulisan?

    Teknologi baharu, media elektronik membuka kemungkinan yang luas. Dalam Globalectics, saya berhujah bahawa kelisanan sedang kembali. Saya menggelarnya kelisanan siber (cyberorality). Lihat bahasa internet: bilik bual, kawan Facebook, komuniti dan lain-lain. 

    Media sosial ialah versi elektronik rewang membawang (rumor mill) yang jelas. Dulu kita panggil bush telegraph – ini sebelum internet. Mungkin sekarang kita patut gelarnya rewang elektronik (electronic rumor). 

    Tapi di Afrika, perbatasan yang jelas ialah menulis dan menerbit dalam bahasa-bahasa Afrika.

    Adakah awak fikir penulis muda Kenya cukup sedar tentang kesan warisan penjajah terhadap penggunaan bahasa mereka?

    Tanpa perubahan radikal dalam masyarakat, pemerolehan kemerdekaan, walaupun penting, sering bermakna penormalan sistem penjajah yang tidak normal. Sebagai contoh, tentera penjajah yang pernah menentang kuasa nasionalisme antipenjajah menjadi tentera dan polis negara.

    Penormalan sistem penjajah yang tidak normal ini merupakan ancaman sebenar terhadap kestabilan dan kemakmuran Afrika. Contohnya, kawalan berterusan korporat Barat, jurang besar antara yang berada dengan tidak. Piramid kaum yang bermakna orang putih ada di puncak, orang Asia di tengah dan orang Afrika di dasar menjadi piramid sosial dengan puncak yang sedikit, kelas menengah dan majoriti terbesar di dasar.

    Orang muda yang pastinya tidak merasai pengalaman penjajahan secara langsung mengalami – sebagai titik mula mereka – penormalan ketidaknormalan ini.  Tetapi era pascakolonial yang mengarut ini memaksa orang muda untuk bertanyakan soalan yang membawa mereka kembali ke akar penjajahan dalam karut pascakolonial tersebut.

    Ambil contoh Kolektif Pan-Afrika Jalada. Semua ahlinya lahir beberapa tahun selepas kemerdekaan. Tetapi mereka dah lihat betapa mengarutnya elit Afrika membuahkan idea dalam bahasa-bahasa Eropah dalam benua yang 90 peratus populasinya bertutur bahasa Afrika.

    Kolektif Pan-Afrika Jalada pilih untuk buat sesuatu. Mereka mulakan projek terjemahan antara bahasa-bahasa Afrika. Mereka yang menggerakkan terjemahan The Upright Revolution ke dalam lebih 60 bahasa di Afrika dan seluruh dunia.

    Selain karya anda sendiri, apa lagi buku-buku penting oleh penulis Afrika tentang kesan penjajahan?

    Hampir semua karya yang diterbitkan di Afrika setakat ini. Termasuk penulis-penulis muda, seperti Chimamanda Ngozi Adichie dan Tsitsi Dangaremba yang telah menghasilkan karya yang dengan bijak membedah penjajahan dalam dunia pascakolonial.

    Peter Abrahams, Ousmane Sembene, Ferdinand Oyono, Mongo Beti, Chinua Achebe, Wole Soyinka – penulis-penulis ini telah menghasilkan karya yang membedah penjajahan klasik sampai ke terasnya.

    Karya apa yang awak rasa berhubung dengan penulisan awak?

    Baru-baru ini saya tulis sajak, semacam sajak puji-pujian, untuk kebun isteri saya di Irvine. Tajuknya Mugunda uria ungi (The Other Garden). Ia dalam Gikuyu tetapi ia berhubung dengan penulis novel Samoa, Albert Wendt yang menulis sajak untuk kebun isterinya di New Zealand.

    Kami berbual secara puitis di perkumpulan sastera di Hawaii. Kemudian, dua puisi itu diterbitkan dalam isu khas Hawaii Review yang didedikasikan untuk “Call and Response”. 

    Tetapi sajak saya yang agak panjang membawa saya dari Irvine ke Hawaii ke Kenya dan sampai pada sejarah Orang Asli Amerika. Saya suka macam itu: sajak dalam Gikuyu menghubungkan landskap dan sejarah tersebut.

    Awak memuji ibu awak untuk kesannya pada pendidikan awak. Ketika awak kecil, dia selalu bertanya, “Itu yang terbaik kamu boleh buat?” dan ia menggerakkan awak mencapai kecemerlangan.

    Adakah awak orang tua yang sama? Adakah mungkin sebab itu anak-anak awak, Tee Ngugi, Wanjiku wa Ngugi, Mukoma wa Ngugi dan Nducu wa Ngugi, semua memilih jalan sama seperti awak?

    Saya gembira mereka berjumpa suara sendiri. Saya tak pernah mendesak mereka menjadi penulis. Pembaca, ya, tapi bukan penulis. Saya mahu mereka buat sehabis baik dengan apa saja suara mereka.

    Walau bagaimanapun, sekarang mereka menjadi penulis atas kehendak sendiri, sangat menggembirakan apabila kami berkesempatan membuat persembahan bersama seperti di Jamaica, Florida, Los Angeles dan London.

    Tapi semua kredit keibubapaan patut diberikan kepada ibu. Saya perlu keluar dalam usaha untuk mendapat peluang pendidikan yang langka; saya dipenjara dan dibuang negara; saya pernah cuba dibunuh. Mereka menanggung kesan aktivisme sastera saya.

    Rumah saya di Kenya sering diserbu dan keluarga saya disoal akibat khabar angin palsu sehingga saya terpaksa pulang secara senyap-senyap semasa dibuang negara dan bersembunyi di dalam rumah. Mereka beritahu bagaimana teruknya perasaan melihat patung saya dibakar atau dibuang ke laut dalam televisyen atas arahan Diktator (Daniel Arap) Moi.

    Ibu mereka, Nyambura, perlu naikkan semangat mereka. Dia dah meninggal dunia tapi semangatnya pasti terus menggembirakan mereka. Seperti ibu saya, mungkin dia tanya mereka, “Itu yang terbaik kamu boleh buat?”. Mereka mungkin kata, “Kami dah buat yang terbaik, walaupun sukar, dan kami terus berusaha menjadi yang terbaik”. – RELEVAN

    Wawancara ini terpaksa dipecahkan kepada beberapa bahagian kerana terlalu panjang. Baca bahagian pertama di sini , bahagian kedua di sini  dan bahagian ketiga di sini.

     

    Previous Article15 sekolah bersaing dalam projek alam sekitar Toyota Eco Youth
    Next Article Penyelidik UPM hasilkan gel tenaga sukan gabungan superfood 

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.