Facebook Twitter
    Trending
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 perkara wajib yang perlu dilakukan sebelum balik kampung

    5 perkara wajib yang perlu dilakukan sebelum balik kampung

    By Umi FatehahApril 2, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ingat, kalau mengantuk, berehat seketika di kawasan rehat dan dapatkan kopi atau minuman yang boleh menyegarkan mata. -GAMBAR HIASAN AMIR KHALID

    TINGGAL beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Setiap kali tibanya Aidilfitri, apakah perkara yang hampir setiap orang lakukan? 

    “Ho ho ho balik kampung!”

    Tidak sabar rasanya mahu pulang beraya di kampung bersama ahli keluarga yang lain. Tetapi, sebelum anda semua memulakan perjalanan jauh ke kampung halaman masing-masing, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan.

    1. Semak semula barang yang ingin dibawa

    Disebabkan ada banyak barang yang ingin dibawa pulang ke kampung, ada kemungkinan akan tertinggal beberapa barang penting. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai, ada sahaja yang tertinggal nanti. 

    • Baju raya, butang baju melayu dan aksesori lain
    • Telekung, kain pelikat dan sejadah
    • Alat mandian termasuk tuala
    • Alat solek
    • Alat-alat elektronik (pengecas telefon, power bank, plak sambungan dan fon telinga)
    • Kuih raya
    • Sampul duit raya
    • Ubat-ubatan
    • Snek

    Jika ingin memudahkan urusan, kemaskan barang-barang mengikut kategori iaitu apa yang perlu dicapai dalam kereta sepanjang perjalanan dan apa yang boleh disimpan dalam bonet kereta.

    Contohnya, power bank dan fon telinga mungkin diperlukan untuk menghilangkan bosan sepanjang perjalanan. Letakkan barang-barang yang diperlukan sepanjang perjalanan dalam beg berasingan dan mudah dicapai.

    Besar kemungkinan, kesesakan jalan raya akan berlaku dan perjalanan yang biasanya mengambil masa selama dua hingga tiga jam akan menjadi lebih lama. Jadi, bawa bersama bantal atau selimut untuk tidur dalam kereta dengan selesa.

    1. Buat pemeriksaan kenderaan

    Sebelum memulakan perjalanan bersama orang tersayang, pastikan kereta anda diperiksa dan diservis untuk mengelakkan sebarang kerosakan.

    Periksa tayar, enjin, bateri, brek dan lampu kereta untuk memastikan perjalanan yang selamat dan bebas tekanan. Sedikit usaha yang dibelanjakan untuk servis kereta sebelum perjalanan raya boleh memastikan perjalanan yang lebih selamat dan aman.

    1. Semak keadaan trafik

    Kalau boleh, kita semua nak elakkan daripada tersangkut dalam kesesakan jalan raya yang menyeksakan. Jadi, anda boleh semak keadaan trafik di www.jalanow.com. Pilih lebuh raya yang berkenaan dan semak keadaan trafik dari masa ke masa.

    Untuk melihat pilihan lebuh raya yang lain, layari www.jalanow.com.
    1. Tambah nilai 

    Tambah nilai Touch ‘N Go sebelum memulakan perjalanan bagi memudahkan urusan. Bagi yang masih menggunakan kad TNG versi lama, anda boleh membuat tambah nilai di stesen minyak dan 7-Eleven.

    Bagi kad TNG baharu yang menggunakan teknologi Near Field Communication (NFC), anda boleh membuat tambah nilai melalui aplikasi e-dompet TNG. Pastikan anda tambah nilai dalam amaun yang mencukupi.

    Untuk mengetahui berapakah amaun tol yang dicaj, anda boleh semak di aplikasi navigasi Waze. Anda hanya perlu tetapkan destinasi dan pilih laluan yang akan digunakan. Amaun caj tol yang akan dikenakan tertera di setiap pilihan laluan.


    1. Muat turun aplikasi navigasi

    Bagi mengelakkan sesat jalan, muat turun aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps. Melalui aplikasi itu juga, anda dapat mengetahui keadaan trafik semasa termasuk sekiranya berlaku kemalangan dan kedudukan kamera perangkap laju (speed trap camera).

    Selesai! Semoga kita semua sampai ke destinasi masing-masing dalam keadaan yang selamat dan aman. Pastikan anda semua memandu dalam keadaan yang selamat agar tidak merisikokan keselamatan ahli keluarga dan pemandu lain. 

    Ingat, kalau mengantuk, berehat seketika di kawasan rehat dan dapatkan kopi atau minuman yang boleh menyegarkan mata. Jangan lupa juga untuk baca doa kenderaan. – RELEVAN

    balik kampung enjin featured jalan raya jalanow kereta lebuh raya sesak tng trafik waze
    Artikel Terkini

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.