Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 kerjaya dalam muzik untuk mereka yang tiada bakat bermain muzik

    7 kerjaya dalam muzik untuk mereka yang tiada bakat bermain muzik

    By February 15, 2024Updated:February 15, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KERJAYA dalam bidang muzik tidak hanya terhad kepada mereka yang berbakat bermain muzik. - GAMBAR HIASAN/JESSICA LEWIS (Pexels)

    MUZIK merupakan satu bidang yang luas untuk diteroka. Tak semestinya anda perlu pandai bermain muzik untuk terlibat dalam bidang tersebut.

    Ada banyak jawatan-jawatan lain yang ada memandangkan muzik sebagai sebuah industri juga melibatkan perniagaan. Apa-apa jawatan dalam sesebuah syarikat biasa juga boleh wujud dalam syarikat berkaitan muzik.

    Untuk mengetahui lebih terperinci tentang peluang-peluang pekerjaan dalam bidang muzik, Relevan menemu bual Pengarah Urusan Juragan Publishing, Noh Zulazfar. 

    Berikut tujuh kerjaya yang dicadangkannya untuk mereka yang berminat dalam bidang muzik tetapi tiada bakat menyanyi atau bermain alat muzik.

    • Pengurus artis

    Pengurus artis bertanggungjawab menguruskan perjalanan karier seseorang artis. Seorang pengurus artis perlu membentuk karier artisnya dari segi jangka pendek atau panjang. 

    Tugas mereka termasuk mendapatkan persembahan, merancang penghasilan album atau lagu, menyusun jelajah, membina strategi pemasaran dan menjaga imej artis.

    • Artis & repertoir (A&R)

    A&R merupakan wakil syarikat rakaman yang bertanggungjawab merekrut artis untuk syarikat tersebut. Seorang A&R yang baik mempunyai kefahaman dan visi terhadap trend muzik semasa untuk mengenal pasti bakat yang tepat untuk syarikat rakamannya.

    Seorang A&R biasanya akan menghabiskan masa mendengar lagu, menghadiri konsert dan persembahan serta membaca artikel-artikel tentang muzik yang membolehkannya meramal perkembangan industri muzik dengan baik.

    • Pegawai pemasaran muzik

    Pegawai pemasaran muzik bertanggungjawab membina dan melaksanakan strategi promosi seseorang artis bersama karyanya. 

    Untuk melaksanakan promosi, pegawai pemasaran muzik akan menggunakan apa sahaja ruang iklan yang ada, termasuk media cetak, radio, televisyen atau dalam talian.

    • Pegawai perhubungan awam

    Pegawai perhubungan awam (PR) ialah wakil artis apabila berurusan dengan media. Tanggungjawab utama mereka adalah untuk menjaga imej dan reputasi artis di mata khalayak awam.

    Tugas spesifik mereka termasuk membantu memasarkan karya, menghasilkan kenyataan akhbar, mengatur temu bual serta menulis ucapan. 

    • Pegawai undang-undang/hak cipta

    Pegawai undang-undang atau hak cipta merupakan peguam kepada artis yang bertanggungjawab menyelesaikan apa-apa isu undang-undang yang melibatkan artis tersebut. Isu-isu yang terlibat termasuk pengurusan kontrak, tuntutan hak cipta, pertikaian tanda dagang, perwakilan artis dan sebagainya. 

    Walaupun bidang tugasnya hampir sama dengan peguam biasa, pegawai undang-undang dan hak cipta dalam bidang muzik memerlukan kepakaran yang tersendiri.

    • Pengedar muzik

    Pengedar muzik ialah syarikat yang menjadi orang tengah antara artis dengan kedai muzik atau platform penstriman digital (DSP). Dalam syarikat itu, ada banyak jawatan yang terlibat tetapi yang terpenting ialah pengurus pengedaran.

    Syarikat pengedar muzik akan menguruskan proses pengedaran karya artis kepada pasaran, baik karya fizikal (jualan CD, kaset atau piring hitam ke kedai-kedai) atau digital (pengedaran kepada DSP tertentu).

    • Penerbit muzik

    Jangan keliru antara penerbit (publisher) dengan produser muzik, kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza. Penerbit muzik bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan seperti mempromosikan karya komposer/penulis lirik kepada artis rakaman, mempromosikan penggunaan karya dalam televisyen atau filem dan memantau pembayaran royalti.

    Penerbit menawarkan khidmat-khidmat tersebut dengan bayaran dalam bentuk potongan daripada keuntungan artis atau peratusan pemilikan terhadap karya. – RELEVAN

    artikel pilihan featured kerjaya kerjaya muzik muzik
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.