Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Selulit vs stretch mark: Punca dan cara menghilangkannya

    Selulit vs stretch mark: Punca dan cara menghilangkannya

    By Umi FatehahJanuary 12, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mempunyai selulit dan tanda regangan adalah normal. - GAMBAR HIASAN

    SELULIT dan stretch mark (tanda regangan) ialah dua keadaan kulit yang berlaku disebabkan oleh perubahan badan. Kedua-dua keadaan kulit ini sering dianggap tidak cantik atau menjadi satu perkara yang meruntuhkan keyakinan diri. 

    Sekiranya anda berasa selulit dan tanda regangan membuatkan anda kurang keyakinan diri, perasaan itu normal. 

    Tetapi, mempunyai selulit dan tanda regangan juga normal. Sehinggakan komuniti pemerkasaan wanita menganggapnya sebagai battle scars atau parut peperangan untuk menormalisasikan kedua-dua keadaan kulit ini. 

    Hal ini kerana, kedua-dua keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Bagi kebanyakan orang selulit dan tanda regangan adalah sebahagian daripada genetik mereka.

    Selulit

    Selulit berlaku apabila lemak badan seseorang dan tisu penghubungnya yang mempunyai gentian yang menahan lemak di tempatnya terjerat di bawah kulit dan mewujudkan penampilan lekukan atau seperti lesung pipit di permukaan kulit.

    Selulit

    Tanda regangan

    Tanda regangan berlaku disebabkan regangan kulit semasa akil baligh, kehamilan atau penambahan berat badan. Apabila perubahan pada badan akibat faktor yang disebutkan di atas berlaku dengan cepat, lapisan dalam kulit akan terkoyak dan lapisan di bawahnya akan mengisi retakan, menyebabkan tanda regangan muncul.

    Stretch marks atau tanda regangan

    Pembentukan selulit bermula pada wanita semasa fasa akil baligh disebabkan oleh perubahan hormon. Biasanya wanita berumur 18 tahun ke atas telah mengalami beberapa tahap selulit. 

    Metabolisme, peredaran darah dan komposisi lemak juga telah dibuktikan sebagai faktor kepada pembentukan selulit. 

    Begitu juga dengan tanda regangan, ia mungkin terjadi disebabkan faktor genetik. 

    Sebab-sebab lain yang menjadi punca kepada pembentukan selulit dan tanda regangan

    Menurut pakar dermatologi daripada Florida, Dr. Stacy Chimento, faktor gaya hidup juga boleh menimbulkan selulit atau tanda regangan. 

    Orang yang makan terlalu banyak garam dan karbohidrat serta tidak cukup pengambilan serat lebih cenderung untuk mempunyai selulit. Diet jenis ini boleh menyebabkan kembung perut, yang menjadikan lekuk pada kulit lebih menonjol.

    Perokok dan orang yang tidak aktif juga lebih cenderung untuk mempunyai selulit.

    Berat badan berlebihan atau obes boleh membawa kepada kemungkinan lebih tinggi untuk mempunyai tanda regang. 

    Pertambahan dan penurunan berat badan yang cepat boleh menghasilkan tanda regang kerana lapisan dalam kulit diregangkan dengan cepat dan menyebabkan koyakan.

    Salah satu penyebab yang paling biasa berlaku dalam kalangan wanita pula ialah kehamilan. 

    Disebabkan faktor-faktor inilah selulit dan tanda regangan dianggap sebagai battle scars kerana ia menjadi tanda bahawa anda seorang wanita yang hebat kerana telah melahirkan anak serta mengharungi proses kenaikan dan penurunan berat badan dengan jayanya.

    Cara untuk mengurangkan penampakan selulit dan tanda regang

    Menurut Chimento, terdapat dua bahan penjagaan kulit topikal yang telah terbukti secara saintifik untuk mengurangkan selulit iaitu retinol dan kafein.

    Retinol adalah satu bentuk vitamin A yang tulen dan kuat boleh menguatkan dan menebalkan kulit untuk mengurangkan lekukan pada kulit.

    “Penyelidikan menunjukkan bahawa penggunaan topikal 0.3 peratus retinol selama sekurang-kurangnya enam bulan boleh membantu dalam memperbaiki penampilan selulit.

    Kafein pula merupakan salah satu ejen antioksidan, boleh mengurangkan bengkak dan menegangkan kulit yang mempunyai selulit apabila digunakan setiap hari,” katanya.

    Selain itu, ada juga beberapa prosedur yang kurang invasif atau tidak berbahaya yang boleh anda cuba. Kaji dahulu beberapa jenis klinik dan telitikan sama ada prosedur itu bersesuaian dengan anda atau tidak.

    Anda juga boleh dapatkan nasihat daripada beberapa doktor dermatologi atau estetik untuk mengetahui rawatan yang bersesuaian dengan keadaan kulit dan bajet. – RELEVAN

    Previous ArticleTeori Kereta Merah dan peluang
    Next Article Rambut gugur dan semakin menipis? Ikuti 5 langkah ini

    Artikel berkaitan

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.