Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    • Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian
    • Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar
    • 10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN
    • Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya
    • Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026

      Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu?

      May 14, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kurangkan sisa makanan, pelihara alam sekitar

    Kurangkan sisa makanan, pelihara alam sekitar

    By Umi FatehahJanuary 2, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MUNGKIN ramai antara kita yang masih belum jelas apakah kesan sisa makanan kepada alam sekitar. Tetapi itu bukan alasan anda tidak perlu ambil tahu dan ambil kisah tentangnya. - GAMBAR HIASAN JULIA FILIROVSKA/PEXELS

    MEMETIK kajian yang diterbitkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2022, meskipun harga barang naik, lebih separuh daripada rakyat Malaysia melakukan pembaziran makanan.

    Di peringkat global, Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2021 merekodkan Malaysia menjana 91kilogram (kg) sisa tahunan per kapita, iaitu tertinggi di Asia Tenggara. Daripada data tersebut, jumlah tertinggi sisa tahunan per kapita ialah sisa makanan.

    Mungkin ramai antara kita yang masih belum jelas apakah kesan sisa makanan kepada alam sekitar. Tetapi itu bukan alasan anda tidak perlu ambil tahu dan ambil kisah tentangnya.

    Sebenarnya, sisa makanan juga salah satu penyumbang perubahan iklim, kemerosotan kualiti tanah dan memudaratkan biodiversiti. Oleh itu, isu ini tidak boleh dipandang remeh.

    Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan sisa makanan. Segalanya bermula di rumah. Ayuhlah kita berazam untuk mengurangkan sisa makanan untuk tahun 2024.

    1. Elakkan pembelian pukal

    Kebanyakan orang cenderung membeli lebih banyak makanan daripada yang diperlukan. Walaupun membeli secara pukal mungkin memudahkan urusan kerana tidak perlu berulang kali keluar ke kedai, kajian telah menunjukkan bahawa kaedah membeli-belah ini membawa kepada lebih banyak sisa makanan.

    Untuk mengelakkan daripada membeli lebih banyak makanan daripada yang diperlukan, lakukan perjalanan kerap ke kedai runcit setiap beberapa hari berbanding melakukan perjalanan membeli-belah pukal sekali seminggu atau sekali sebulan.

    Pastikan anda menggunakan semua makanan yang dibeli. Selain itu, cuba buat senarai barang yang perlu dibeli dan patuhi senarai itu. Ini akan membantu anda mengurangkan pembelian spontan dan mengurangkan sisa makanan.

    2. Simpan makanan dengan betul

    Penyimpanan yang tidak betul akan mengakibatkan kebanyakan makanan rosak dan terbuang. Ramai orang tidak menyimpan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan betul.

    Sebagai contoh, kentang, tomato, bawang putih, timun dan bawang merah tidak boleh disimpan dalam peti sejuk. Barangan ini hendaklah disimpan pada suhu bilik.

    Mengasingkan makanan yang menghasilkan lebih banyak gas etilena daripada yang tidak adalah satu lagi cara terbaik untuk mengurangkan kerosakan makanan. Etilena menggalakkan makanan cepat matang dan boleh mempercepat kerosakan.

    3. Jangan penuhkan peti sejuk

    Mempunyai peti sejuk yang besar bukan bermakna anda perlu memenuhinya dengan pelbagai jenis makanan. Ia mungkin bagus untuk situasi kecemasan tetapi ia juga boleh menjadi kerugian besar.

    Bagi mengelakkan makanan yang dibeli menjadi sisa dan merugikan, pastikan peti sejuk sentiasa dikemas agar anda dapat melihat makanan dengan jelas agar ia tidak berakhir menjadi sisa sahaja.

    Amalkan kaedah first in, first out iaitu barang apakah yang dimasukkan dalam peti sejuk dahulu, maka barang itulah yang perlu dikeluarkan atau dihabiskan dahulu.

    4. Kompos sisa makanan sekiranya mampu

    Mengkompos sisa makanan ialah cara yang baik untuk mengitar semula sisa makanan iaitu menukar sisa makanan menjadi tenaga untuk tumbuhan (baja).

    Walaupun tidak semua orang mempunyai ruang untuk sistem pengkomposan luar, terdapat pelbagai sistem pengkomposan mudah yang menjadikan amalan ini boleh diakses oleh semua orang, walaupun mereka mempunyai ruang terhad.

    Komposter luar mungkin berfungsi dengan baik untuk seseorang yang mempunyai taman yang besar, manakala komposter atas meja adalah yang terbaik untuk penduduk bandar yang mempunyai tanaman dalaman atau taman herba kecil.

    5. Jangan buang kulit buah, sayur

    Tidak dinafikan, ramai di antara kita membuang kulit buah-buahan dan sayur-sayuran apabila menyediakan makanan.

    Sebenarnya, kulit atau lapisan luar buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi banyak nutrien. Sebagai contoh, kulit epal mengandungi sejumlah besar serat, vitamin, mineral dan antioksidan.

    Lapisan luar kentang, lobak merah, timun, mangga, kiwi dan terung juga boleh dimakan dan berkhasiat.

    Bukan sahaja memakan kulit yang lazat, ia menjimatkan dan mengurangkan sisa makanan. Sayang jika dibuang. Ambil inisiatif untuk tidak membuang kulit-kulit hasil tanaman dan anggap anda memakan suplemen kesihatan. – RELEVAN
    ​

    Previous Article10 artikel pendidikan Relevan terbaik 2023, maksud sebenar lirik Nur Nilam Sari
    Next Article Artikel kewangan Relevan yang paling popular sepanjang 2023: KWSP, e-Madani jadi perhatian

    Artikel berkaitan

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026

    10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

    May 18, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.