Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tabiat untuk menjadi orang yang lebih baik

    7 tabiat untuk menjadi orang yang lebih baik

    By Umi FatehahDecember 27, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    7 tabiat untuk menjadi orang yang lebih baik. - ANDREA PIACQUARDIO/PEXELS

    KITA semua mahu menjadi lebih baik atau yang terbaik. Penyesalan atau beberapa insiden yang berlaku dalam kehidupan juga sedikit sebanyak mengajar kita untuk melakukan perubahan pada diri demi menjadi yang lebih baik.

    Sama ada dari segi kehidupan peribadi atau bekerja, tidak ada siapa yang mahu kekal memegang watak jahat selama-lamanya. Namun, pasti ada yang tertanya-tanya: umur semakin meningkat, sempatkah nak berubah?

    Jawapannya adalah ya. Selagi masih hidup, peluang dan ruang untuk berubah akan sentiasa ada. Ingin menjadi lebih baik? Lakukan tujuh tabiat di bawah.

    1. Fikir sebelum cakap

    Lidah tidak bertulang tetapi ia lebih tajam daripada pedang. Apa sahaja yang kita cakapkan,  lebih-lebih lagi kata-kata negatif, akan meninggalkan kesan terhadap diri sendiri dan orang lain.

    Sekiranya anda sering bergurau tentang fizikal seseorang, hentikannya. Kita tidak tahu apa yang mereka hadapi. Mungkin mereka sudah sedaya upaya menurunkan berat badan tetapi masih tiada perubahan. Mungkin juga mereka sebenarnya ada masalah kesihatan lain dan kesan sampingan ubat yang mereka ambil itu meningkatkan berat badan.

    Gurauan itu pula perlu kedengaran kelakar oleh kedua-dua pihak. Jika salah seorang terasa hati, itu bukan lagi satu gurauan. Ambil sekurang-kurangnya lima saat untuk berfikir sebelum bercakap sesuatu. 

    1. Terima perubahan

    Perubahan membantu kita berkembang sebagai individu. Daripada menentang perubahan, anda harus terbuka untuk mencuba perkara baharu, walaupun ia mungkin menakutkan.

    Contohnya, anda mungkin gementar untuk bekerja di syarikat baharu. Tetapi siapa tahu, mungkin syarikat baharu ini lebih baik daripada syarikat lama.

    1. Bersyukur

    Perasaan tidak cukup itu biasa. Tidak cukup cantik, kurus atau pandai, semuanya biasa bagi manusia. Tetapi jika kita selalu berasa tidak bersyukur, lama-kelamaan ia akan memakan diri. Kita akan berasa tidak yakin dan takut untuk melakukan apa sahaja.

    Jangan biar perasaan itu menjadi penghalang untuk kita lakukan sesuatu. Sebaliknya, bersyukur dan terima diri seadanya. 

    1. Buat perkara yang betul

    Sebagai orang dewasa, kita pasti tahu perbezaan antara yang betul dengan salah. Katakan anda selalu membuang sampah merata-rata. Perkara itu salah, jangan biasakan. 

    Jangan disebabkan mahu pastikan kereta bersih, kita buang sahaja pembalut makanan ke luar tingkap. Sebaliknya, simpan dahulu dan buang apabila anda jumpa tong sampah. 

    Sama juga seperti perkara lain dalam kehidupan. Kalau kita tahu apa yang dilakukan itu salah, hentikannya.

    1. Gunakan kekuatan dan kemahiran

    Jika anda mahir melakukan sesuatu, jangan simpan. Contohnya, anda mempunyai skil dan kemahiran kepimpinan. Jangan disebabkan di jabatan mempunyai rakan sekerja yang lebih tua, anda biarkan sahaja mereka membuat keputusan meskipun ia akan memberi kesan negatif. 

    Sebaliknya, utarakan solusi yang lebih baik dengan profesional dan hormat. Mungkin mereka akan lebih sedar bahawa anda mempunyai kualiti menjadi seorang pemimpin dan dinaikkan pangkat?

    1. Atasi kelemahan

    Pada masa yang sama, kita juga harus sedar akan kelemahan diri. Ia satu lagi cara yang membantu kita berkembang sebagai individu. Luangkan masa untuk membuat senarai kelemahan dan tetapkan matlamat untuk mengatasinya.

    “Saya seorang yang sukar untuk berurusan dan tidak menepati masa”. Jadi, belajar untuk mengakui dan menangani kelemahan anda dan cari cara untuk menjadikannya lebih baik.

    1. Jaga diri

    Penjagaan diri termasuklah mengamalkan pemakanan yang lebih sihat, bersenam, dapatkan tidur yang mencukupi dan buang tabiat buruk. 

    Penjagaan diri adalah salah satu cara untuk menjadi orang yang lebih baik. Anda juga akan hidup lebih bahagia. – RELEVAN

    Previous Article4 personaliti kewangan bersama titipan pesan buat keempat-empatnya
    Next Article 7 manfaat urutan wajah untuk kulit cantik dan sihat

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.