Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?
    • Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia
    • Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah
    • Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 
    • 5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah
    • Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya
    • Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir
    • Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

      April 23, 2026

      5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

      April 22, 2026

      Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

      April 22, 2026

      Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir

      April 21, 2026

      Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

      April 21, 2026
    • Kewangan

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

      April 23, 2026

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026
    • Pendidikan

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026
    • Kerjaya

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » SuperCamp cipta landskap baharu pendidikan

    SuperCamp cipta landskap baharu pendidikan

    By Zubaidah IbrahimDecember 26, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KAEDAH pembelajaran SuperCamp telah diterima pakai di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat sebagai sebahagian kurikulum yang menjamin landskap pendidikan lebih terangkum dan boleh dinikmati oleh semua orang.

    YAYASAN Kemanusiaan Malaysia (MHF) berhasrat mencipta impak baharu landskap pendidikan Malaysia menerusi penganjuran SuperCamp dengan memperkenalkan program pendidikan terbaik di luar bilik darjah.

    SuperCamp merupakan jenama pendidikan global yang ditubuhkan pada tahun 1982 dengan meletakkan kepercayaan bahawa kanak-kanak yang diperkasakan dengan asas ‘8 Kunci Kecemerlangan’ boleh mengukuhkan motivasi untuk terus belajar.

    Lapan kunci itu ialah integriti, komitmen, kegagalan membawa kepada kejayaan, tanggungjawab, bercakap dengan tujuan yang baik, fleksibiliti, inilah masanya dan keseimbangan.

    Pengarah Eksekutif MHF, Henry Teh Kok Kheng berkata, kanak-kanak tidak mempunyai kemahiran hidup yang lazimnya dipelajari semasa memasuki fasa dewasa.

    HENRY

    “Kita perlu mencetuskan kesedaran yang boleh disesuaikan dengan perwatakan kanak-kanak ini.

    “Sebab itu, kami anjurkan SuperCamp yang menyatukan pelajar daripada pelbagai latar belakang akademik yang boleh dibentuk dengan keperibadian dinamik dan positif,” katanya.

    Tambah beliau, pihaknya mahu mencungkil bakat baharu di Malaysia menerusi program SuperCamp, sama ada pelajar menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik ataupun kemahiran vokasional kerana negara memerlukan dua golongan ini.

    Jelasnya, umur 10 hingga 19 tahun berada dalam fasa yang paling penting untuk membentuk perwatakan mereka apabila dewasa kelak. 

    MHF juga telah menjalinkan usahasama dengan Teach for Malaysia (TFM) iaitu sebuah organisasi yang komited terhadap kesamarataan dalam pendidikan.

    “Pada masa sama, tujuh pelajar berkelayakan daripada golongan kurang berkemampuan juga telah dikenal pasti bagi menerima biasiswa untuk menyertai SuperCamp ini.

    “Kekangan kewangan tidak seharusnya menjadi alasan yang menghalang mereka untuk terus maju dan mencapai kejayaan pada masa akan datang,” ujarnya.

    Selain itu, Teh turut berharap agar ibu bapa yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas dapat menyertai SuperCamp sebagai salah satu cara meningkatkan kecemerlangan mereka.

    Ini kerana, kaedah pembelajaran SuperCamp telah diterima pakai di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat sebagai sebahagian kurikulum yang menjamin landskap pendidikan lebih terangkum dan boleh dinikmati oleh semua orang.

    “Sejajar dengan peningkatan kesedaran terhadap keperluan khas di Malaysia, kita perlu mengambil kira kanak-kanak ini sebagai anggota masyarakat dan menyediakan kemahiran hidup supaya mereka boleh menjalankan kehidupan normal.

    “SuperCamp Malaysia pada kali ini disertai 23 pelajar dari peringkat sekolah rendah dan menengah di seluruh dunia seperti Singapura, Brunei, Vietnam dan Kanada,” jelasnya.- RELEVAN

    Previous ArticleBerdiri pun boleh bakar kalori? Ini sebabnya
    Next Article 4 personaliti kewangan bersama titipan pesan buat keempat-empatnya

    Artikel berkaitan

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    April 24, 2026

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    April 24, 2026

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    April 23, 2026

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    April 23, 2026

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026

    Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

    April 22, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    April 24, 2026

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    April 24, 2026

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    April 23, 2026

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    April 23, 2026

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.