Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 langkah bina belanjawan dengan peraturan 50/30/20

    7 langkah bina belanjawan dengan peraturan 50/30/20

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 21, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BELANJAWAN membantu seseorang berbelanja dengan lebih terkawal, merancang simpanan dengan berkesan dan mengetahui kemampuan sebenar kewangan sendiri. - GAMBAR HIASAN/KELLY SIKKEMA (Unsplash)

    MEMBINA belanjawan merupakan antara langkah penting dalam membentuk disiplin kewangan dalam diri seseorang.

    Belanjawan membantu seseorang berbelanja dengan lebih terkawal, merancang simpanan dengan berkesan dan mengetahui kemampuan sebenar kewangan sendiri.

    Ada banyak cara untuk membina belanjawan tetapi Relevan mahu mencadangkan satu teknik khusus, iaitu peraturan 50/30/20.

    Peraturan itu merupakan antara yang paling kerap diguna dan dicadangkan. Ia melibatkan pemecahan perbelanjaan kepada tiga kategori, iaitu keperluan (50 peratus), kehendak (30 peratus) dan simpanan (20 peratus).

    Khan Academy menggariskan tujuh langkah untuk membina belanjawan berdasarkan teknik tersebut.

    • Ketahui pendapatan

    Langkah pertama adalah dengan mengetahui pendapatan sendiri, merujuk kepada wang yang anda pasti terima setiap bulan dalam bentuk gaji, elaun, pemberian atau biasiswa.

    Jika anda hanya mempunyai lebih daripada satu kerja, satukan pendapatan daripada kesemua kerja yang ada. Pastikan jumlah tersebut adalah yang anda pasti terima setiap bulan.

    Jika pendapatan anda tidak tetap, cuba dapatkan purata setiap bulan.

    • Kira keperluan

    Keperluan merujuk kepada perkara-perkara yang anda perlukan untuk meneruskan hidup dengan baik dan sihat. Ini termasuk tempat tinggal, utiliti, makanan, pengangkutan, insurans dan pakaian.

    Untuk tahu berapa jumlah yang anda boleh belanjakan untuk keperluan, darabkan pendapatan anda dengan 0.5.

    Contohnya, jika pendapatan anda RM2,000 sebulan, belanja untuk keperluan adalah sebanyak RM2,000 x 0.5 = RM1,000. 

    Maknanya, anda perlukan pastikan perbelanjaan untuk keperluan tidak melebihi RM1,000.

    • Kira kehendak

    Kehendak pula merujuk kepada perkara yang anda mahu miliki tetapi tidak betul-betul penting. Ini termasuk hobi, hiburan, makan di luar, beli-belah atau melancong.

    Untuk tahu berapa yang boleh dibelanja untuk kehendak, darabkan pendapatan anda dengan 0.3. 

    Contohnya, jika pendapatan anda RM2,000, belanja untuk kehendak adalah sebanyak RM2,000 x 0.3 = RM600.

    Oleh itu, anda perlu pastikan belanja untuk kehendak tidak melebihi RM600 sebulan.

    • Kira simpanan

    Simpanan merupakan kategori terakhir dalam teknik 50/30/20. Anda boleh menetapkan beberapa jenis simpanan tetapi jumlahnya tidak melebihi 20 peratus daripada pendapatan.

    Jenis-jenis simpanan yang boleh dipertimbangkan termasuk simpanan kecemasan, simpanan persaraan, simpanan pendidikan dan simpanan pembelian barangan besar (seperti kereta, rumah dan lain-lain).

    Untuk tahu berapa yang anda boleh belanjakan untuk simpanan, darabkan pendapatan dengan 0.2.

    Contohnya, jika pendapatan anda RM2,000, belanja untuk simpanan adalah sebanyak RM2,000 x 0.2 = RM400.

    • Tulis perbelanjaan sebenar

    Selepas menentukan belanjawan, anda boleh mula mengira perbelanjaan sebenar yang diamalkan sebelum belanjawan itu dibina. Anda boleh merujuk kenyataan bank terbaharu.

    Catatkan perbelanjaan tersebut mengikut tiga kategori tadi. Contohnya, kalau anda belanja RM100 untuk bil utiliti, letakkannya di bawah kategori keperluan. Jika anda belanja RM100 untuk menonton wayang, letak di bawah kategori kehendak.

    • Banding perbelanjaan sebenar dengan belanjawan

    Kini tiba masa untuk berhadapan realiti. Ini penting untuk kita tahu sikap dan disiplin semasa – adakah pengurusan kewangan kita ketika ini cukup baik atau perlu dibaiki?

    Caranya, tolakkan jumlah perbelanjaan sebenar anda dengan belanjawan yang telah dibina, dalam ketiga-tiga kategori.

    Jika jumlahnya positif, maknanya anda sudah mengamalkan disiplin kewangan yang baik. Jika negatif, ada yang perlu diperbetul.

    • Perbaiki perbelanjaan

    Jika perbelanjaan anda negatif selepas ditolak dengan kiraan belanjawan, jangan risau. Boleh lihat pada kategori lain, ada tak yang dibelanja lebih sehingga menyebabkan kategori lain terkurang. Jika ya, perbetulkan semula perbelanjaan anda pada bulan seterusnya.

    Jika negatif dalam ketiga-tiga kategori, ini bermakna anda sudah terlebih belanja. Jalan keluarnya hanya dengan mengurangkan perbelanjaan atau menambah pendapatan.

    Sebaliknya, jika ada lebihan dalam ketiga-tiga kategori, maknanya anda berbelanja kurang daripada panduan peraturan 50/30/20. Ini sangat bagus.

    Anda boleh menggunakan wang tersebut sama ada untuk menambah baik kualiti hidup dengan meningkatkan perbelanjaan keperluan (seperti berpindah rumah/bilik yang lebih selesa), menambah belanja kehendak, tambah simpanan atau bersedekah. – RELEVAN

    Previous Article6 fakta penting magnesium, bantu masalah tidur dan kemurungan
    Next Article Jangan takut benarkan anak bermain dengan kekotoran, ini kelebihannya

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.