Facebook Twitter
    Trending
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Merangkak keluar dari lembah rosot

    Merangkak keluar dari lembah rosot

    By KU SYAFIQ KU FOZINovember 30, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEMUA orang ada potensi masuk ke lembah rosot tetapi dengan langkah yang betul, semua orang juga boleh keluar. - GAMBAR HIASAN/COTTONBRO STUDIO (Pexels)

    SEMUA pekerja akan merasai turun naik prestasi sepanjang bekerja, termasuk pekerja yang paling cemerlang dalam syarikat.

    Fasa kemerosotan prestasi itu mungkin berpanjangan tetapi ia tidak kekal, asalkan pekerja mengambil langkah yang tepat untuk keluar. 

    Fasa tersebut disebut sebagai slump, yang Relevan terjemahkan sebagai lembah rosot. Kerana sifatnya seperti lembah – jurang dalam dan gelap yang dipenuhi kegelisahan serta kebuntuan. Nak keluar susah tetapi dengan strategi dan langkah yang betul, ia tidak mustahil.

    Ada banyak faktor boleh meletakkan kita dalam lembah rosot. Boleh jadi faktor dalaman seperti kebosanan, tekanan atau kemurungan. Boleh juga faktornya luaran, seperti pengurus yang bermasalah atau rakan sekerja yang menyusahkan.

    Walau apa faktornya, kita perlu berusaha untuk keluar daripada lembah rosot supaya prestasi kerja tidak terkesan teruk sehingga membahayakan kedudukan dalam syarikat.

    Sehubungan itu, Relevan kongsikan cadangan jurulatih kerjaya dan kepimpinan, Caroline Castrillon berkenaan cara untuk kita keluar dari lembah rosot.

    • Kepelbagaian

    Jika lembah rosot anda berpunca daripada kebosanan atau lesu upaya, menyuntik kepelbagaian dalam rutin kerja boleh membantu. Sebab kepelbagaian boleh mendatangkan cabaran baharu yang membawa bersama keseronokan dan keterujaan. 

    Menurut Castrillon, teori tersebut disokong sebuah kertas kajian oleh Cassie Mogilner dan Jordan Etkin yang menyimpulkan bahawa kepelbagaian dalam rutin harian mendorong rasa gembira.

    Maka, bergerak keluar dari zon selesa, bersiaga menghadap cabaran yang asing dan baharu. Suntik kepelbagaian dalam rutin kerja anda.

    • Penghargaan

    Kita tak boleh paksa orang beri penghargaan tapi kita boleh berusaha menghargai usaha sendiri. 

    Perubahan perspektif sebegini dapat membantu kita keluar dari lembah rosot. Tumpukan perhatian pada nilai yang disumbang kepada syarikat atau nilai yang diperoleh dari setiap tugasan.

    Apabila setiap pengalaman dihargai, kita bukan sahaja mengekalkan, malah menambah kegembiraan.

    Begitu juga sikap kita kepada rakan sekerja. Hargai usaha dan sumbangan supaya mereka turut gembira.

    • Inspirasi

    Ketika dalam lembah rosot, kita hilang inspirasi untuk terus bekerja. Cara terbaik untuk mengatasinya: cari inspirasi kerjaya kita semula.

    Sertai kursus-kursus, hadiri persidangan dan perbincangan, baca buku atau keluar bertemu lebih ramai orang. Dalami kerjaya sendiri dan cari motivasi untuk terus melakukannya.

    Kajian Harvard Business Review mendapati, pekerja yang mempunyai inspirasi lebih produktif sehingga 250 peratus berbanding pekerja lain. 

    Kalau perlu bercuti untuk dapatkan semula inspirasi bekerja, mohon cuti. Kalau tiada cuti, cuba cari ruang untuk mengisi minda dengan inspirasi yang sesuai. – RELEVAN

    Previous ArticleAncaman tersembunyi internet, telefon pintar
    Next Article Cegah penyakit dengan lakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun

    Artikel berkaitan

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.