Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 8 tanda kritikal anda sudah terlebih bekerja

    8 tanda kritikal anda sudah terlebih bekerja

    By Umi FatehahNovember 8, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SUDAH tidak mengejutkan lagi bahawa ramai yang mengalami burnout dan tertekan disebabkan kerja.

    Salah satu sebab utama berlakunya keletihan dan tertekan adalah kerana pekerja terlalu banyak bekerja. Tekanan untuk dianggap sebagai produktif di tempat kerja juga boleh menjadi punca, terutamanya apabila rakan sekerja mencipta budaya tempat kerja untuk terlebih bekerja.

    Burnout dan terlalu tertekan akan merendahkan produktiviti dan prestasi kerja. Oleh itu, rujuk tanda-tanda anda sudah terlebih bekerja seperti di bawah. Sekiranya anda mengalami beberapa tanda, sudah tiba masanya untuk berehat selama beberapa hari sebelum kembali bekerja dengan semangat yang baharu.

    1. Susah untuk melupakan kerja

    Apabila terlalu banyak bekerja, anda cenderung untuk berasa seperti perlu sentiasa aktif dan fokus kerana tidak mahu ketinggalan walapun waktu bekerja sudah tamat.

    Akibatnya, anda sentiasa menggunakan komputer riba dan telefon bimbit selagi tidak tidur, terputus bekalan elektrik atau tidak ada capaian internet. Jika menghadapi masalah untuk melupakan kerja selepas waktu bekerja tamat dan juga pada hari cuti, itu boleh menjadi tanda bahawa anda terlalu bekerja.

    2. Buat kerja orang lain

    Apabila ada rakan sekerja diberhentikan atau meninggalkan syarikat dan belum ada penggantinya, tanggungjawab mereka diserahkan kepada anda. Hal ini kerana bos sudah pesan, projek perlu diselesaikan.

    Mahu tidak mahu, terpaksalah anda melakukan dua atau tiga kerja orang lain. Jika ia berlangsung dalam tempoh masa yang lama, ia akan menjadi sangat-sangat meletihkan.

    3. Sering bekerja lebih masa

    Bekerja lebih masa apabila projek khas muncul bukanlah sesuatu yang luar biasa. Tetapi anda tidak perlu bekerja pada waktu malam dan hujung minggu dengan kerap hanya untuk memastikan tidak ada kerja yang tertangguh.

    Tetapi, apabila bekerja lebih masa menjadi sebahagian daripada kerja anda yang konsisten, itu adalah red flag.

    4. Hilang semangat

    Satu lagi tanda bahawa anda terlalu banyak bekerja ialah kehilangan semangat untuk bekerja. Kerja yang dahulunya memberikan rasa gembira, kini merasakan kerja itu menjadi punca anda kemurungan.

    5. Susah untuk kekal fokus

    Tekanan boleh membuatkan anda berasa seperti susah untuk kekal fokus dengan membuatkan anda memikirkan senarai tugasan yang panjang dan tidak berkesudahan.

    Jika anda mendapati sukar untuk mengekalkan fokus sepanjang hari, ini mungkin menandakan anda terlebih bekerja.

    6. Produktiviti semakin berkurangan

    Terlalu banyak bekerja sebenarnya boleh menjadikan anda kurang produktif. Ini kerana anda terlalu banyak menggalas tugas sehingga sukar untuk fokus dengan betul untuk menyelesaikan semuanya.

    Apabila anda menghabiskan terlalu banyak masa bekerja, ia juga boleh memberi kesan kepada kehidupan peribadi sehingga menimbulkan masalah dan sedikit sebanyak menyukarkan anda untuk kekal produktif.

    7. Sudah tidak berdaya untuk siapkan tugas

    Apabila anda terlalu banyak bekerja, otak juga semakin berat kerana terlebih bekerja. Apabila anda paksa untuk berfikir demi menyelesaikan tugas, lama kelamaan otak sudah tidak mampu untuk memproses output. Akibatnya, anda mungkin ketinggalan dalam beban kerja anda, yang mengakibatkan lebih banyak tekanan.

    8. Kesihatan semakin merosot

    Apabila anda mula mengalami gejala fizikal yang teruk kerana terlalu banyak bekerja, sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan. Beberapa gejala kesihatan merosot kerana terlebih bekerja ialah:

    ● Perubahan berat badan yang ketara
    ● Insomnia atau sukar untuk tidur
    ● Peningkatan tekanan darah
    ● Rasa penat sepanjang masa
    ● Sakit yang tidak dapat dijelaskan

    – RELEVAN

    bos featured kerjaya overworked pejabat terlebih bekerja
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.