Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tak tahu jenis kulit? Ini cara untuk kenal pasti

    Tak tahu jenis kulit? Ini cara untuk kenal pasti

    By Umi FatehahNovember 6, 2023Updated:November 6, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Langkah pertama untuk menjaga kulit adalah mengetahui jenis kulit anda terlebih dahulu. - GAMBAR HIASAN SHINY DIAMOND/PEXELS

    PENJAGAAN kulit adalah gabungan pengetahuan sains dan disiplin diri. Tetapi jangan gentar, ini adalah sesuatu yang kita semua boleh pelajari. 

    Langkah pertama untuk menjaga kulit adalah mengetahui jenis kulit anda terlebih dahulu. Hal ini kerana jenis produk yang perlu dipilih adalah berbeza mengikut jenis kulit. 

    Dengan pemahaman berkaitan jenis kulit, anda boleh boleh mencari produk yang sesuai bagi memerangi masalah kulit yang dihadapi.

    Terdapat tujuh jenis kulit asas iaitu normal, berminyak, kering/dehidrasi, kombinasi, berjerawat, sensitif dan matang. Ketahui cara mengenal pasti jenis kulit sebelum memilih produk dan rawatan yang bersesuaian. 

    Normal

    Jenis kulit normal. – GAMBAR HIASAN LINH HA/UNSPLASH

    Kulit yang normal tidak mempunyai banyak jerawat. Kulit anda tidak cenderung untuk bertindak balas negatif terhadap produk baharu atau perubahan cuaca. 

    Anda tidak berasa seperti perlu sentiasa melembapkan atau menghilangkan minyak dari muka sepanjang hari. Kulit anda juga dalam keadaan tegang dengan garis halus dan kedutan yang minimum.

    Ketahuilah, anda adalah golongan yang bertuah. Dengan kulit normal, anda hampir tidak mengalami sensitiviti, kekeringan atau kulit berminyak. 

    Berminyak

    Jenis kulit berminyak. – GAMBAR HIASAN ANGELA ROMA/PEXELS

    Kulit yang berminyak kelihatan sentiasa berkilat. Anda mungkin tidak asing lagi dengan kertas serap minyak muka (blotting paper) atau bedak bersifat nyahkilat (mattifying). 

    Kadang-kadang, mungkin anda perasan bahawa produk solek dan penjagaan kulit tidak sentiasa kekal berfungsi untuk merawat dan mencantikkan seperti yang dimahukan.

    Kering/dehidrasi

    Kekeringan dan dehidrasi sebenarnya adalah dua kebimbangan yang berlainan tetapi mempunyai simptom yang hampir sama. 

    Kekeringan berlaku disebabkan kekurangan minyak dalam kulit. Gejala utama adalah termasuk mengelupas, sensitiviti, kegatalan dan retak. Ia mungkin disebabkan oleh gaya hidup dan faktor persekitaran atau keadaan kronik (sekiranya mempunyai ekzema atau keadaan yang berkaitan).

    Dehidrasi terjadi apabila kulit tidak mengekalkan kelembapan yang mencukupi. Kulit anda mungkin terasa tegang, kelihatan seperti kertas atau menunjukkan garis-garis halus yang kecil apabila kulit dicubit.

    Kombinasi

    Jika anda mengalami masalah untuk mengetahui jenis kulit, mungkin jenis kulit anda ialah kombinasi. Adakah kulit anda kering di kawasan tertentu tetapi kelihatan berminyak di kawasan lain? Jika ya, maka anda mempunyai jenis kulit kombinasi.

    Kulit kombinasi kebiasaannya mempunyai zon T yang berminyak. Zon T yang dimaksudkan ialah kawasan dahi dan di sekitar hidung. Namun begitu, di bahagian kulit muka yang lain seperti pipi dan dagu kelihatan kering atau normal.

    Berjerawat (acne prone)

    Jenis kulit berjerawat. – GAMBAR HIASAN TOWFIQU BARBHUIYA/PEXELS

    Jika anda kerap mempunyai jerawat (atau tidak pernah hilang), anda mungkin mempunyai kulit cenderung berjerawat (acne prone). 

    Ini bermakna pori-pori anda cenderung tersumbat dengan mudah, menjadikan anda lebih mudah terdedah kepada bintik putih, bintik hitam atau pustula berbanding jenis kulit yang lain. Anda boleh mempunyai kulit berminyak atau kering dan terdedah kepada jerawat.

    Sensitif

    Kulit sensitif mungkin disebabkan oleh genetik, alahan atau faktor persekitaran. Tanda-tanda jenis kulit ini termasuk:

    • Kulit yang mudah menjadi kemerahan
    • Ruam dan ketulan yang kerap
    • Rasa pedih atau terbakar selepas menggunakan produk penjagaan kulit
    • Reaksi negatif terhadap wangian
    • Tompok kulit kering, menggelupas, merengsa

    Matang

    Jenis kulit matang. – GAMBAR HIASAN TEONA SWIFT/PEXELS

    Tidak semestinya anda perlu jadi tua dahulu untuk kulit menjadi matang. Ada juga beberapa orang muda yang mempunyai kulit matang.

    Walaupun tidak semua orang menua pada kadar yang sama, tanda-tandanya agak universal. Anda mungkin melihat kedutan di sana-sini atau lebih banyak kekeringan berbanding ketika anda berusia lebih muda. 

    Untuk kulit yang lebih matang, anda mungkin melihat kendur, bintik-bintik gelap, kusam dan dehidrasi. – RELEVAN

    featured jenis kulit jerawat kecantikan kesihatan kulit minyak pori
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.