Facebook Twitter
    Trending
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    • Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian
    • Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar
    • 10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN
    • Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya
    • Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus
    • Guru bukan pengganti ibu bapa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026

      Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu?

      May 14, 2026

      PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

      May 13, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 75 tahun penderitaan Palestin: Perang Enam Hari, Naksa dan Garis Hijau

    75 tahun penderitaan Palestin: Perang Enam Hari, Naksa dan Garis Hijau

    By KU SYAFIQ KU FOZINovember 1, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ASKAR Israel di Gaza ketika Perang Enam Hari 1967. - GAMBAR ENSIKLOPEDIA BRITANNICA

    NAKBA 1948 menjadi titik mula penderitaan Palestin apabila ratusan ribu rakyat negara itu dibunuh dan diusir keluar, menjadi pelarian di negara-negara jiran.

    Menurut Pusat Sumber untuk Hak Kependudukan dan Pelarian Palestin (BADIL), seramai 852,491 rakyat Palestin menjadi pelarian di Jordan, Lubnan, Syria dan wilayah dalam Palestin sendiri, iaitu Gaza dan Tebing Barat.

    Selepas peristiwa Nakba, Israel menguasai 78 peratus wilayah Palestin manakala 22 peratus lagi ditadbir Mesir (Gaza) dan Jordan (Tebing Barat).

    Selepas 1948, ribuan pelarian Palestin cuba melintasi sempadan untuk kembali ke rumah masing-masing atau pulang bertemu keluarga. Malangnya, antara 1949 hingga 1956, dianggarkan 2,000 hingga 5,000 pelarian ditembak mati oleh tentera Israel.

    Selepas peristiwa Nakba juga, banyak konflik tercetus antara Israel dengan Palestin dan negara-negara Arab lain. 

    Contohnya, pada 1953, tentera Israel menyerang kampung Qibya di Tebing Barat, membedil 45 buah rumah dan mengorbankan 69 nyawa.

    Pada 1956 pula, Krisis Suez tercetus apabila Israel bersama Perancis dan Britain menyerang Mesir untuk menjatuhkan Presidennya, Gamal Abdel Nassser. 

    10 tahun kemudian, Israel menawan sebuah lagi kampung di Tebing Barat, iaitu As-Samu’ selepas gerakan pembebasan Palestin, Fatah membunuh beberapa orang tentera Israel. Kira-kira 18 orang mati dan lebih 100 lain cedera.

    Ketegangan berterusan antara Israel dengan Palestin dan negara-negara Arab akhirnya meledak menjadi perang pada 1967, yang turut dikenali sebagai perang Enam Hari.

    Menjadi Naksa

    Israel berperang dengan Mesir, Jordan dan Syria pada 1967 atas pelbagai faktor. Ini termasuk mahu meneruskan perampasan wilayah yang gagal disudahkan pada 1948.

    Menurut Al-Jazeera, sebelum memulakan serangan, menteri Israel, Yigal Allon menulis, “Dalam…perang yang baharu, kita mesti mengelakkan kesilapan bersejarah dalam Peperangan Kemerdekaan (1948)… dan tidak menghentikan serangan sehingga kita mencapai kemenangan sejati, wilayah penuh untuk Tanah Israel”.

    Kemenangan Israel dalam perang tersebut membolehkan mereka bukan sahaja menawan Gaza, Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat, malah Bukit Golan di Syria dan Semenanjung Sinai di Mesir.

    WILAYAH yang dikuasai Israel selepas Perang Enam Hari berlorek kuning. – RAJAH AL-JAZEERA

    Yang paling terkesan dengan kemenangan besar Israel itu pastinya rakyat Palestin. Hanya beberapa minggu selepas perang tamat, Israel telah merampas Baitulmaqdis Timur dan beberapa wilayah di Tebing Barat, mengisytiharkannya sebagai sebahagian daripada Israel.

    Wilayah Palestin yang lain di Tebing Barat dan Gaza pula dikawal sepenuhnya oleh tentera Israel dengan beratus titik semak ketenteraan, sistem permit kod warna dan tembok pemisah yang memisahkan ratusan ribu keluarga.

    TEMBOK pemisah didirikan sepanjang sempadan Gaza. – GAMBAR PBB

    Kerjasama negara-negara Arab sepatutnya membawa berita gembira kepada Palestin tetapi sebaliknya yang terjadi.

    Israel menang besar: matlamatnya untuk menguasai seluruh Palestin, termasuk 22 peratus yang gagal didudukinya pada 1948, tercapai.

    Perang Enam Hari pada 1967 akhirnya menjadi langkah ke belakang, atau Naksa, buat Palestin.

    Garis Hijau

    Mungkin ada antara kita yang pernah mendengar tentang penyelesaian dua negara (two-state solution) sebagai penyelesaian agung untuk konflik antara Israel dengan Palestin.

    Konsepnya mudah: kedua-dua negara, Israel dan Palestin diiktiraf penubuhannya dengan masing-masing diberikan wilayah tertentu.

    Pada 1993, kerajaan Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pernah bersetuju dengan penyelesaian dua negara melalui Perjanjian Oslo namun sehingga hari ini, ia tidak pernah direalisasi.

    Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) berkata, Israel gagal memberikan rakyat Palestin keselamatan atau taraf negara yang sepatutnya, selain peluang ekonomi dan politik yang saksama.

    Malah, ketika Perjanjian Oslo menetapkan pengiktirafan dua negara yang setara, Israel dan Palestin terpecah kepada empat kawasan (atau lebih tepat – enklaf).

    • Baitulmaqdis – selama berpuluh tahun kawasan ini direbut, terutamanya kawasan suci yang menempatkan Masjid al-Aqsa. Penduduk di kawasan Baitulmaqdis Timur, yang dirampas Israel pada 1967, pula ditindas dengan sekatan perumahan dan perniagaan.
    • Seluruh Israel – kawasan yang diiktiraf sebagai ‘negara Israel’ ini dianggap sebagai sarang aparteid kerana di sana, penduduk asal Palestin diberikan hak dan kewarganegaraan yang berbeza dengan bangsa Yahudi.
    • Tebing Barat – walaupun ditadbir Pihak Berkuasa Palestin (Fatah), Israel mengawal banyak perkara di sana, termasuk pergerakan keluar masuk rakyat Palestin ke Israel. Malah, semakin ramai juga rakyat Israel yang masuk dan menjarah tempat tinggal rakyat Palestin di Tebing Barat, menyebabkan konflik di sana tidak pernah tamat.
    • Gaza – Israel mengawal semua perkara di Gaza. Air dan elektrik dibekalkan oleh rejim itu, membolehkan mereka memutuskan bekalan pada bila-bila masa yang mereka mahu. Ada yang gelar Gaza sebagai penjara terbuka terbesar dunia, dengan tembok pemisah mengelilingi sempadannya.

    Keadaan ini menyebabkan penyelesaian dua negara menjadi mustahil, terutamanya untuk Palestin mendapat wilayah seperti yang ditetapkan dalam Garis Hijau, atau sempadan pra-1967.

    Garis Hijau merujuk kepada sempadan Israel-Palestin seperti sebelum peristiwa Perang Enam Hari. 

    MENURUT sempadan pra-1967, kawasan dalam garis hijau adalah milik Palestin. – GAMBAR ENSIKLOPEDIA BRITANNICA

    Melihat kepada sikap rejim Zionis terhadap Gaza dan Tebing Barat selama puluhan tahun, walaupun penyelesaian dua negara mengikut Garis Hijau diberikan, ia tetap tidak memihak kepada Palestin.

    Apa gunanya mendapat kuasa mentadbir tetapi diskriminasi ala aparteid tetap berlangsung? Apa gunanya Gaza menjadi milik Palestin kalau segala sumber asas perlu bergantung kepada Israel? – RELEVAN

    Previous ArticleSaintis Korea Selatan cipta sut larian pantas
    Next Article Panduan terbaik penjagaan kulit untuk kekal jelita

    Artikel berkaitan

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026

    10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

    May 18, 2026

    Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

    May 18, 2026
    Artikel Terkini

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026

    10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

    May 18, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.