Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 3 sebab ini, anda mungkin tidak mahu bersara

    3 sebab ini, anda mungkin tidak mahu bersara

    By Umi FatehahOctober 10, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    3 sebab ini, anda mungkin tidak mahu bersara. - GAMBAR HIASAN TIMA MIROSHNICHER/PEXELS

    MENGAPA kita perlu bekerja? Bagi kebanyakan daripada kita, jawapan yang jelas adalah untuk membayar bil, menyimpan untuk perbelanjaan besar seperti membeli kereta dan rumah, membayar kos pendidikan anak-anak serta menyimpan untuk persaraan.

    Namun begitu, ada beberapa ketika kita akan berasa kurang senang dengan rakan sekerja, cara bekerja di syarikat atau mempunyai bos yang toksik. Jangan jadikan itu semua sebab untuk bersara. Tetapi, pindahlah syarikat dan carilah pekerjaan baharu.

    Atau, ada juga yang tiba-tiba merasakan mereka mahu bersara awal kerana sudah bosan bekerja. Jika ada di antara anda yang pernah terdetik sebegitu, pertimbangkan tiga sebab di bawah mengapa anda tidak perlu bersara lagi.

    1. Kerja memberi makna kepada tujuan hidup

    Sebagai manusia, kita memerlukan makna untuk terus menjalani kehidupan. Salah satu cara untuk memenuhi keperluan itu ialah dengan bekerja dalam pekerjaan yang diminati dan di syarikat yang menghargai sumbangan pekerjanya. 

    Jika keinginan untuk melakukan sesuatu yang berbeza mendorong anda untuk bersara, cari cara baharu untuk memenuhi keperluan asas itu. Ramai orang mengabaikan perancangan sedemikian. Cari pekerjaan baharu atau pindah ke syarikat yang lain.

    Ia juga berpotensi untuk meningkatkan gaji dan faedah yang semestinya akan menyumbang kepada kehidupan selepas bersara kelak. 

    Sekiranya anda merasakan kehidupan persaraan ialah kehidupan yang anda benar-benar mahukan, tidak ada salahnya. Namun, pastikan anda sudah membuat perancangan yang teliti agar anda dapat betul-betul menikmati kehidupan persaraan dengan bahagia.

    Pun begitu, ada beberapa orang yang sudah bersara mengatakan mereka bosan dengan kehidupan tidak bekerja. Jadi, rancang dengan teliti apa yang anda mahu lakukan dengan kehidupan agar ia lebih bermakna dan bertujuan.

    1. Keperluan sosial bersama rakan sekerja dan klien

    Bagi individu yang mempunyai personaliti ekstrovert, anda mesti pernah rasa gembira apabila dapat bekerja bersama rakan sekerja dan klien. Kelebihan dapat bersosial juga menjadi salah satu sebab kukuh mengapa anda tidak perlu bersara.

    Bayangkan jika anda sudah terbiasa bersosial dengan orang yang ramai, tiba-tiba apabila bersara anda meluangkan kebanyakan masa berseorangan. 

    Meskipun jarang berlaku, ada sahaja individu yang teruskan bekerja dan aktif ke sana ke mari kerana tidak mahu meluangkan masa berseorangan. 

    Apabila anda bersara daripada bekerja, sudah tentu hidup tidak lagi dibelenggu tekanan daripada majikan. Walau bagaimanapun, anda juga akan kurang bersosial. Ini boleh menyebabkan tahap kesunyian yang boleh merosakkan kesihatan fizikal dan mental.

    Jadi, tidak salah sekiranya anda mahu teruskan bekerja untuk beberapa tahun lagi untuk mengelakkan berasa kesunyian atau kehidupan yang membosankan.

    1. Fleksibiliti kewangan

    Satu lagi sebab untuk terus bekerja ialah fleksibiliti kewangan. Contohnya, sekiranya anda terus bekerja, anda akan ada simpanan kecemasan. Simpanan kecemasan itu pula boleh digunakan pada masa-masa genting seperti kemalangan, kereta rosak dan sebagainya. Anda juga akan mempunyai akses untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang baik.

    Dengan fleksibiliti kewangan, anda juga berupaya untuk membeli apa sahaja kehendak tanpa perlu korek tabung. 

    Siapa tahu, mungkin masih ada benda yang belum anda terokai. Masa-masa inilah untuk anda bercuti dan melancong kemana sahaja tanpa risau kerana tahu duit yang ada mencukupi dan yang mana telah digunakan itu akan diganti apabila tibanya hari gaji.

    Tabung simpanan yang dibina pula akan lebih kukuh kerana anda akan sentiasa menabung. Justeru itu, ketika tibanya saat sudah bersedia untuk bersara, kehidupan anda akan lebih selesa dan terjamin.

    Lebih-lebih lagi apabila usia meningkat, semakin banyak pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan. Anda tidak akan berdepan dengan masalah untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang terbaik. – RELEVAN

    Previous ArticleByakuya aiskrim termahal di dunia, tiada tarikh luput
    Next Article Reformasi struktur perlukan keberanian, jangan tunduk pada populariti – Rafizi

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.